BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 19, 2009

.: Sos Bilis a.k.a Budu :.

Esok ada tugasan yang kena 'submit' iaitu 'research problem'. Nak buat research apa ye? Saya pernah bertanya abah kalau-kalau abah ada idea untuk research. Abah memberi cadangan supaya mengkaji tentang makanan tradisional seperti budu, cengcaluk dan belacan.



"Pada pemerhatian abah, orang yang makan budu pandai-pandai. Cuba kaji apa yang ada dalam budu yang boleh meningkatkan kepandaian seseorang," kata abah, seorang pencinta budu. Saya juga!



Maka saya pun 'google' dan jumpa artikel tentang budu di wikipedia.



"Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah."

~Hoho. Betul cakap abah.



"Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoe), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi."

~ emm...dah ada yang mengkaji tentang budu rupanya.



Pelik. Macam mana budu yang masin tu boleh mencegah hipertensi. Betul kah?



Jadi untuk menjawab persoalan ini, saya akan mengadakan satu penelitian. Saya akan cari penghidap hipertensi dan akan tanya adakah budu termasuk dalam dietnya. Saya juga akan cari peggemar budu dan akan memeriksa tekanan darahnya. Itulah secara kasar 'design' nya. Paling senang (jimat kos dan masa) gunalah cross sectional punya design. Tapi untuk esok, dosen cuma mahu 'how to formulate research problem'. Huhu. Belum siap lagi.



Ok. Sekarang dengarlah lagu yang saya suka banget. Dikir 'baghak' (camtu ke ejaan nya. reti sebut je, tak reti nak eja)



Adblock



~ lagu ni tahu dari ayah lik, BUDU'MATE' ku...huhu.

6 comments:

madziani said...

Salam,ijah.

Bagusla tajuk ni..leh promote budu kat org len..hehe..

Anonymous said...

wsalam...
nuhun. Hana peminat budu kah?

madziani said...

mestila..ambo ore kelate, make budu bendo beso..huhu

Nur said...

Salam ijah..hehe. tak pernah pon mkn budu. cam sedap aje. nyam nyam. bagus idea research tuh.:)

nur_aishah said...

SAlam jah...
menarik la idea research pasal budu tu.
Kalau berjaya la kan..mesti budu jadi lbh comercial, barangan buatan malaysia.
Mana tau satu hari nanti budu akan dicari satu dunia sebab khasiatnya & menyebabkan org pandai..
tiba-tiba plak org putih nak makan budu..hehe

Anonymous said...

to hana:
ore kelate kalu tok make budu tok soh.hehe.

to hanisa:
kna try mkn budu.sedap sehingga menjilat jari..nyam2...

to aishah:
skrg omputih mkn scott's emulsion.nnt lps research ni brjaya,omputih akn mkn 1 sudu budu tiap pagi sbg supplement.emmm...rasakan!