BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 30, 2009

.: Intifadhah :.

Wahai belia sekalian! Perkuatkan dan perhebatkan dirimu dengan ilmu. Dengan ilmu, kita boleh menguasai dunia. Umat Islam pernah menguasai dunia suatu ketika dahulu. Yakinlah diri bahawa kita boleh berjaya asal ada kemahuan di hati. Tanamkan budaya cintakan ilmu.


"Untuk menanamkan budaya membaca di dalam diri, pertama sekali kita harus mencintai ilmu", kata seorang ustaz dalam ceramah beliau.


Pada mulanya saya ingin menyangkal kata-kata ini. Bagi saya, kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara sudah cukup untuk mendorong kita membaca.


"If you have been questioned about something and you cannot answer the question, that is the starting when you should read." - this is what I hold on after learning EBM (Evidence ased Learning)


Then, I realized that "kemahuan takkan wujud tanpa kecintaan". We have to love ILMU before KEMAHUAN comes.



~ STUDY! I LOVE YOU!
buku sangat sedikit masa 1st year ~


Saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, ciptalah satu KEBANGKITAN. Tingkatkan kualiti diri dengan ilmu.

"Read whenever you have time. Instead of watching films, chatting or 'mengumpat', you better read."
"Buku adalah sahabat sejati."




Tersentuh hati ini bila meng'amin'kan doa yang dibaca oleh Us. Zawawi dalam Halaqah@tv9.

"Ya Allah ya Tuhan kami, bersihkanlah hati-hati kami daripada sifat-sifat orang munafik. Bersihkanlah amalan-amalan kami daripada ingin menunjuk-nunjuk dan bersihkanlah kata-kata kami daripada kata-kata dusta dan kotor.

Ya Allah ya Tuhan kami satukanlah hati-hati orang Islam di timur dan di barat, di utara dan di selatan sebagaimana Kau telah menyatukan hati orang Ansar dan Muhajirin.


Ya Allah ya Tuhan kami, bantulah muslimin, mujahidin di Palestin dan di mana sahaja.
Berilah kekuatan kepada mereka. Hidupkanlah semangat jihad mereka. Kau satukanlah hati pemimpin-pemimpin dunia Islam supaya mereka membantu bukan sahaja dengan memberi ubat tetapi juga membantu dengan menghantar tentera bilamana orang Islam diserang.

Wahai Tuhan kami, tanamkanlah di hati kami supaya Allah menjadi matlamat hidup kami, jihad sebagai jalan hidup kami, Rasul adalah ikutan kami, Al-Quran sebagai peraturan dan undang-undang kami, dan berikanlah kepada kami nikmat mati syahid sebagaimana yang telah diperoleh oleh mereka yang syahid pada agamaMu.

Ya Rabbal 'Alamin,
tanamkanlah dalam hati kami, bukan hanya mencintai Masjid Al-Haram tapi juga mencintai Masjid al-Aqsa yang penuh keberkatan yang disebut olehMu dalam Al-Quran.

Wahai Tuhan kami, pada hari ini, kami memohon kekuatan kepadaMu untuk menyelamatkan diri kami, keluarga kami, anak-anak kami daripada api nerakaMu, ya Rabbal 'Alamin.
Berkatilah hidup kami dunia dan akhirat, harta kami dan keluarga kami."



Satu lagi KEBANGKITAN yang boleh kita lakukan ialah,
"baju nak yang branded, kasut branded, beg pun branded. Solat amacam? ada brand tak? Tingkatkanlah kualiti solat kita."


~ brand yang saya wajibkan diri sendiri jangan guna ~


~berpesan untuk diri sendiri~

Sunday, January 18, 2009

.: cop2...berhenti jap :.

~selipar jepun~

Teringat sewaktu kecil, saya bersama-sama kakak dan jiran-jiran sangat suka bermain bola selipar. Caranya sangat mudah, seorang akan membaling bola kepada para pemain dan pemain-pemain lain kena menyatukan selipar-selipar menjadi satu binaan. Sesiapa yang terkena bola tersebut terpaksa keluar dari permainan. Jadi, dalam permainan ini ada yang mengejar dan yang dikejar. Saat saya menjadi yang dikejar, adrenalin naik mendadak. Dikejar adalah 'fear factor' bagi saya. Apabila pembaling bola sangat hampir dengan saya, saya akan menggunakan senjata yang paling berkesan iaitu "cop-cop, berhenti la sekejap." Bila pembaling bola leka, saya akan cepat-cepat lari dan menyatukan selipar-selipar tadi. hahha...itulah taktik namanya.


Rupa-rupanya taktik saya ini telah dicuri/diciplak oleh Israel. Bila Israel merasakan yang pihaknya sudah lemah dan tidak dapat bertahan lagi, pihaknya mengisytiharkan yang mereka tidak akan menyerang (unilateral ceasefire). Konon-kononnya nak berdamai la. Dakwanya, mereka telah berjaya menggempur Hamas habis-habisan baik dalam sistem militer mahupun infra struktur. Dakwanya lagi, mereka telah menghancurkan laboratorium pembuatan roket Hamas, meledakkan terowong dan gudang senjata Palestin yang menjadi tempat penembakan roket-roket. Realitinya, Israel tidak berjaya melumpuhkan kekuatan pertahanan Hamas. Hamas pula berjaya menakutkan Israel. Banyak serangan Israel yang telah dipatahkan oleh Hamas. Atas dasar itulah Ehud Olmert telah mengisytiharkan gencatan senjata sepihak.



~senjata baru zionis laknatullah-mampu mencairkan tubuh manusia, sangat kejam~


Pengisytiharan oleh PM Israel Zionis ini telah menunjukkan kelemahan dan kekalahan pihak Israel Zionis. Di saat Olmert menyatakan bahawa mereka berjaya menghancurkan lab pembuatan roket dan meledakkan gudang senjata Hamas, Brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan Hamas menggempur pangkalan udara Hatsarem Israel dengan roket Grad. Sangat nyata bahawa Israel silap. Hamas masih belum kalah. Hamas tetap berdiri teguh.







Satu lagi signifikan yang boleh dilihat ialah pengisytiharan ini jelas-jelas menunjukkan bahawa Israel Zionis mengaku yang perang ini adalah perang satu pihak iaitu Israel Zionis ke atas rakyat palestin. Tidak ada kaitan dengan Hamas. Ye la, kalau Israel nak kata 2 pihak yang terlibat sepatutnya diorang setuju dengan gencatan senjata dua pihak bukan sepihak je. Walaupun, Israel nampak 'baik' sebab isytiharkan gencatan senjata ini, tapi jangan terpedaya. Ini adalah satu usaha untuk mengaburi mata manusia. Mereka tetap tidak menarik balik semua tentera mereka (IOF). Bahkan, IOF masih lagi bertebaran di tanah Palestin. Konon-kononnya sebagai persiapan kalau rakyat Palestin bertindak ke atas mereka. Macam tu ke yang dikatakan gencatan senjata?hish...


Israel Zionis ni sudah terkenal dengan cakap tak serupa bikin dan kata-kata mereka tidak boleh dipercayai. Siapa yang percaya juga, "BOLEH BLA" bak kata seorang teman.


p/s Artikel ini ditulis selepas membaca di www.infopalestina.com dan ditulis berdasarkan pehamahaman saya. Kita boleh berbeza pendapat kerana memang diciptakan untuk itu. Itulah yang dinamakan 'Human Variability'.



Wednesday, January 7, 2009

Duka mereka duka kita jua..


Saat membaca berita yg terpampang di dada akhbar,tubir mataku terasa panas,perasaan di dalam hati bercampur baur,ada rasa sedih,rasa simpati,rasa marah,semuanya bersatu menjadi suatu perasaan yg sukar ditafsirkan,mulutku terkumat kamit meluahkan gelojak rasa di hati.Apakah dunia semakin hampir kepada hari kiamat?Apa manusia yg berbangsa Yahudi ini layak digelar manusia?Apakah sudah hilang sifat rahim yg dicampakkan dalam hati setiap insani?Ya Allah,saudara-saudaraku,umat Islam di tanah suci Palestin semakin menderita.Saban hari beratus nyawa tidak berdosa terkorban,tidak kurang juga beribu yg mengalami kecederaan.Ini semua angkara dendam kesumat Yahudi yg tidak pernah padam.


~Ya Allah! hancur leburkanlah mereka. pecah belahkanlah kumpulan mereka. kacau bilaukanlah persatuan mereka. goncangkanlah pendirian mereka.~


Persoalan yg tidak pernah hilang dlm benak jiwaku,mengapa begitu malang nasib mereka?Adakah mereka langsung tidak punya peluang utk hidup aman damai seperti kita?Terkadang,terbit rasa di hati kecilku utk menjadi pendamai sengketa dua bangsa ini.Tetapi,mana mungkin diriku layak.Aku bagaikan buih di lautan,terlalu lemah.Manakan tidak,ditimpa ujian kecil pun sudah merungut,inikan pula hendak berjihad mengangkat senjata menentang musuh Allah.Kala membaca informasi tentang penderitaan rakyat Palestin,serta merta rasa simpati menerjah sehingga menitiskan air mata.Akan tetapi,informasi yg sedikit tidak mampu menggapai realiti,secebis sifat belas ini tidak berupaya menyelami penderitaan mereka.Kita dengan hidup kita di bumi bertuah ini dan mereka dengan cabaran tersendiri nun jauh di sana.Lebih malang lagi,rata-rata daripada kita memandang enteng musibah yg menimpa rakyat Palestin.Sedarlah wahai saudaraku,kita semua adalah saudara,dihubungkan atas dasar aqidah yg sama.Ingat juga bahawa Baitul Maqdis yg terletak di negara Palestin mempunyai kedudukan istimewa di hati umat Islam.Al-Qudslah yg menjadi kiblat pertama muslimin,bahkan al-Quds juga bumi para Anbiya',bumi di mana berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj serta merupakan bandar suci yg ketiga setelah Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.


~green or yellow? jangan tertipu. green is our al-aqsa.~


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Bantulah saudaramu yg zalim dan yg dizalimi."


Seorang individu muslim dalam sebuah masyarakat Islam adalah umpama satu anggota badan.Setiap anggota badan manusia sentiasa peka,sensitif dan bekerjasama di dalam satu sistem tubuh badan yg diciptakan oleh Allah s.w.t.Oleh yg demikian,kita seharusnya lebih sensitif terhadap penderitaan yg dialami oleh umat Islam yg dizalimi.Penghayatan akan penderitaan mereka bukan sekadar mengalirkan air mata,tetapi sepatutnya membuahkan sikap dan tindakan yg membuktikan keprihatinan kita kepada mereka.Tinggalkan perkara yg melalaikan dan negatif,gantikan dengan suatu usaha yg serius serta berterusan utk melakukan apa sahaja yg terdaya demi membela nasib mereka.Kita memang tidak mampu membaling batu atau mengangkat senjata bersama mereka utk menentang rejim Zionis yg sudah melampai batas,tetapi ingatlah kita boleh kirimkan senjata kita dari jauh,iaitu doa.Doa merupakan senjata yg paling mapan dan mantap bagi seorang mukmin.


~Wahai Tuhan yang menewaskan tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.~


Kesimpulannya,bukalah mata anda semua.Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat,bahkan mengatasi segala kepentingan isu yg lain dan masa depan al-Quds adalah masa depan umat keseluruhannya.Umat Islam di Palestin adalah adik-beradik kita,al-Quds adalah milik kita jua,nyawa dan jiwa mereka adalah maruah dan kehormatan kita.Kita adalah umat yg satu,mana mungkin kita sanggup membiarkan mereka dlm keperitan.Bangkitlah saudara-saudaraku,berjuanglah selayak dan mengikut kemampuanmu,sekurang-sekurangnya kita berbuat sesuatu utk mereka.


Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!


~Qunut Nazilah buat mereka



Tuesday, January 6, 2009

.: Hijrah: Peduli Palestin :.

InsyaAllah esok Islamic Malaysian Association, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (IMAN, PKPMI) akan mengadakan ceramah bersempena Ma'al Hijrah dan Isu Palestin. Jadi, tema ceramah pada kali ini ialah "Hijrah: Peduli Palestin".


Ambil tahu isu Palestin. Titiskanlah airmata berkongsi kesedihan dengan mereka. Sumbangkanlah wang kepada mereka. Bantulah mereka.





Banyak 'website' yang dianjurkan untuk dibaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang saudara-saudara kita di Palestin:

http://inijalanku.wordpress.com
http://www.palestine-info.co.cc
http://palestinkini.info
http://ifamericansknew.org


JOM PEDULI PALESTIN!

Thursday, January 1, 2009

Lembaran baru bermula..

Salam ukhuwah...

Rasanya sudah lama betul tidak menukilkan sesuatu di laman blog ini.Bukan tidak mahu,bahkan idea sentiasa bermain-main di kotak fikiran saya.Akan tetapi,syita' yg melanda bumi Serambi Makkah ini mengganggu talian internet.Jadi,niat sy pun terbantut.Apa-apa pun,sy bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk bertemu kalian di alam maya ini.

Masih tidak terlambat kiranya utk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi.Masa kian berganjak,menandakan semakin bertambah usia kita,semakin sedikit nafas yg ada dan semakin hampir kita semua kepada kematian.Cukupkah masa yg ada ini utk kita mengumpul bekal dan masih terbukakah pintu taubat buat kita semua??Kita semua mempunyai tiga masa iaitu semalam yg telah berlalu,hari esok yg tidak pasti lagi buat kita dan hari ini.Maka,pergunakanlah setiap detik waktu yg ada hari ini agar kita tdk menyesal kelak.Ambil iktibar dr masa lampau,jadikan hari ini lebih baik dr smlm.

Berhijrahlah

Rasulullah s.a.w bersabda ;
"Tiada hijrah lagi setelah pembukaan kota Makkah."
Hadis diatas menjelaskan bahawa tiada lagi hijrah sebagaimana yg telah tercatat dlm sirah nabawiyah dulu,yakni perpindahan umat Islam dr Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah.Konteks hijrah pd hari bukan merujuk kepada perpindahan dr suatu tempat ke tempat yg lain,tetapi merujuk kepada kemahuan utk berubah ke arah yg lebih baik.Sebenarnya,kita tidak perlu menanti tahun baru utk membuat perubahan,tetapi kita memang perlu membaiki diri dr masa ke masa.Contoh yg paling mudah,tanya diri kita.Sudah sempurnakah solatku?Semak diri,andai bacaan dlm solat benar2 difahami dan dihayati,sudahkah mencapai khusyu' dlm solat.Jika solat kita masih di takuk lama,maka rugilah kita.Mulakan berhijrah dengan perkara yg kecil dan mudah,jgn meletakkan expectation yg terlalu tinggi,kelak usaha terkandas di tengah jalan.

Hijrah boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu hijrah akal,hijrah hati dan hijrah nafsu.

Hijrah akal merujuk kepada penambahbaikan ilmu pengetahuan.Jika kita tidak menambah ilmu di dada,kita tidak akan terkehadapan.Hal yg demikian kerana proses cerdik akak tidak berlaku.Perihal ilmu telah dinyatakan dlm Kitab Allah seperti dlm surah al-Alaq,ayat 1 hingga 5.Kita semua perlu bertindak dengan apa yg difahami.Oleh itu,kita perlu mulakannya dengan ilmu dan pengalaman lalu.Lihat dan selidikilah masa lalu kita,insyaAllah kita tahu dan faham apa yg mahu dibuat,selain tdk mengulangi kesilapan yg sama.Kebanyakan drpd kita kurang ilmu kerana tidak bersungguh dlm mencarinya.Ilmu terlalu luas,semakin dicari semakin cetek sebenarnya apa yg kita ada.Anda tdk rugi jika menjadi org berilmu,bahkan Allah telah berjanji akan memuliakan & mengangkat darjat org berilmu.

Hati adalah Raja dlm diri kita.Jika baik hati,maka baiklah kita.Hati sentiasa menjadi rebutan antara kuasa hidayah (ilham rabbani) dan kuasa dhalalah (syaitan).Antara dua kuasa ini,iman dan ilmu lah yg akan menjadi penentu siapa yg menjadi juara.Kita menghabiskan banyak masa melihat kekurangan org lain,mengkritik itu dan ini,tetapi kita tidak gunakan walau sesaat utk melihat hati kita.Akibatnya,kita tdk faham dengan hati kita sendiri.Ada pelbagai jenis hati seperti hati yg mati,hati yg sakit dan hati yg sejahtera.Hati kita jenis yg mana satu?Berusahalah utk memiliki hati yg sejahtera.

Nafsu merupakan musuh yg agak hebat kepada manusia setelah makhluk bernama syaitan.Nafsu sukar disekat,tetapi boleh dan tidak mustahil utk dikawal.Untuk menundukkan nafsu,kita perlukan kekuatan hati yg membuah drpd iman dan ilmu yg mantap.

Saban tahun,kita hanya melaung-laungkan ungkapan hijrah.Apa kata tahun ini kita realisasikannya.Pasakkan niat di hati,munajatlah pd Allah kerana hijrah itu hidayah-Nya,ia perlu pada penghayatan diri bukan sewenang-wenangnya dicari-cari atau dirangka-rangka.

Akhirul kalam,berhijrahlah kerana itu satu jihad,satu landasan utk membentuk personaliti dan figura yg lebih hebat dan cemerlang.