BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 1, 2009

Lembaran baru bermula..

Salam ukhuwah...

Rasanya sudah lama betul tidak menukilkan sesuatu di laman blog ini.Bukan tidak mahu,bahkan idea sentiasa bermain-main di kotak fikiran saya.Akan tetapi,syita' yg melanda bumi Serambi Makkah ini mengganggu talian internet.Jadi,niat sy pun terbantut.Apa-apa pun,sy bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk bertemu kalian di alam maya ini.

Masih tidak terlambat kiranya utk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi.Masa kian berganjak,menandakan semakin bertambah usia kita,semakin sedikit nafas yg ada dan semakin hampir kita semua kepada kematian.Cukupkah masa yg ada ini utk kita mengumpul bekal dan masih terbukakah pintu taubat buat kita semua??Kita semua mempunyai tiga masa iaitu semalam yg telah berlalu,hari esok yg tidak pasti lagi buat kita dan hari ini.Maka,pergunakanlah setiap detik waktu yg ada hari ini agar kita tdk menyesal kelak.Ambil iktibar dr masa lampau,jadikan hari ini lebih baik dr smlm.

Berhijrahlah

Rasulullah s.a.w bersabda ;
"Tiada hijrah lagi setelah pembukaan kota Makkah."
Hadis diatas menjelaskan bahawa tiada lagi hijrah sebagaimana yg telah tercatat dlm sirah nabawiyah dulu,yakni perpindahan umat Islam dr Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah.Konteks hijrah pd hari bukan merujuk kepada perpindahan dr suatu tempat ke tempat yg lain,tetapi merujuk kepada kemahuan utk berubah ke arah yg lebih baik.Sebenarnya,kita tidak perlu menanti tahun baru utk membuat perubahan,tetapi kita memang perlu membaiki diri dr masa ke masa.Contoh yg paling mudah,tanya diri kita.Sudah sempurnakah solatku?Semak diri,andai bacaan dlm solat benar2 difahami dan dihayati,sudahkah mencapai khusyu' dlm solat.Jika solat kita masih di takuk lama,maka rugilah kita.Mulakan berhijrah dengan perkara yg kecil dan mudah,jgn meletakkan expectation yg terlalu tinggi,kelak usaha terkandas di tengah jalan.

Hijrah boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu hijrah akal,hijrah hati dan hijrah nafsu.

Hijrah akal merujuk kepada penambahbaikan ilmu pengetahuan.Jika kita tidak menambah ilmu di dada,kita tidak akan terkehadapan.Hal yg demikian kerana proses cerdik akak tidak berlaku.Perihal ilmu telah dinyatakan dlm Kitab Allah seperti dlm surah al-Alaq,ayat 1 hingga 5.Kita semua perlu bertindak dengan apa yg difahami.Oleh itu,kita perlu mulakannya dengan ilmu dan pengalaman lalu.Lihat dan selidikilah masa lalu kita,insyaAllah kita tahu dan faham apa yg mahu dibuat,selain tdk mengulangi kesilapan yg sama.Kebanyakan drpd kita kurang ilmu kerana tidak bersungguh dlm mencarinya.Ilmu terlalu luas,semakin dicari semakin cetek sebenarnya apa yg kita ada.Anda tdk rugi jika menjadi org berilmu,bahkan Allah telah berjanji akan memuliakan & mengangkat darjat org berilmu.

Hati adalah Raja dlm diri kita.Jika baik hati,maka baiklah kita.Hati sentiasa menjadi rebutan antara kuasa hidayah (ilham rabbani) dan kuasa dhalalah (syaitan).Antara dua kuasa ini,iman dan ilmu lah yg akan menjadi penentu siapa yg menjadi juara.Kita menghabiskan banyak masa melihat kekurangan org lain,mengkritik itu dan ini,tetapi kita tidak gunakan walau sesaat utk melihat hati kita.Akibatnya,kita tdk faham dengan hati kita sendiri.Ada pelbagai jenis hati seperti hati yg mati,hati yg sakit dan hati yg sejahtera.Hati kita jenis yg mana satu?Berusahalah utk memiliki hati yg sejahtera.

Nafsu merupakan musuh yg agak hebat kepada manusia setelah makhluk bernama syaitan.Nafsu sukar disekat,tetapi boleh dan tidak mustahil utk dikawal.Untuk menundukkan nafsu,kita perlukan kekuatan hati yg membuah drpd iman dan ilmu yg mantap.

Saban tahun,kita hanya melaung-laungkan ungkapan hijrah.Apa kata tahun ini kita realisasikannya.Pasakkan niat di hati,munajatlah pd Allah kerana hijrah itu hidayah-Nya,ia perlu pada penghayatan diri bukan sewenang-wenangnya dicari-cari atau dirangka-rangka.

Akhirul kalam,berhijrahlah kerana itu satu jihad,satu landasan utk membentuk personaliti dan figura yg lebih hebat dan cemerlang.

1 comments:

Anonymous said...

SAlam..
Artikel yang menarik..
Marilah kita bersama-sama berhijrah ke landasan yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
Renung kelemahan,perbaiki diri,agar persingghan kita yg sementara di dunia ini tidak sia-sia.