Saya terjingkit-jingkit untuk melihat kelibat ahli keluarga seramai 13 orang yang masih beratur menunggu giliran untuk dicop pas perjalanan mereka oleh pegawai imigresen Indonesia. Namun, penglihatan saya terbatas kerana lupa untuk membawa cermin mata mahal tu (^_~). Wan, satu-satunya adik lelaki saya menghantar sms mengatakan bahawa mereka semua sudah selamat sampai. Saya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan mereka. Akhirnya, mak, abah dan yang lain pun keluar. Saya menyalami dan memeluk mak dan abah dengan erat. Sudah lama tidak memeluk mak dan abah.
Mereka sepatutnya tiba pada jam 1055 tetapi tiba pada jam 0445. Saya menyangkakan penerbangan mereka 'delay' rupa-rupanya tidak. Mereka telah lambat 10 minit untuk 'check-in' lalu tidak dibenarkan masuk. Demi tidak menghampakan harapan saya yang sedang menunggu di Bandung, abah dan ayah lik (bapa saudara saya) terpaksa menanggung kos tiket sehala iaitu tiket penerbangan jam 0345. Saya amat terharu. Apa-apapun, jadikan ini satu pengalaman yang memberi pengajaran. (Jangan lambat ya, budak-budak kecik. Mandi cepat. Ikut cakap mak dan ummi. Kasihan abah dan baba kena bayar lebih.)
Plan untuk ke Lembang pada hari itu terpaksa ditunda ke esok hari. Hari ini, kami makan ikan bakar Cileunyi. Semua berpuas hati dengan makanannya yang ringkas (ikan bakar, sambal yang sedap, nasi) dan murah. Kagum betul mereka. Maklumlah pertama kali membayar dengan rupiah. Setelah itu, kami ronda-ronda dalam kampus UNPAD dan singgah di Bale Padjadjaran 4 untuk menghabiskan jam-jam terakhir Kia Travello sewaan milik PADMA itu. (lupa nak bagitau, supirnya ialah Mas Zakaria @ Jaka). Selepas itu, saya membawa mereka pulang untuk beristirahat di rumah sewa saya. Alhamdulillah kerana mempunyai 'housemates' yang sangat bermurah hati untuk menerima keluarga saya sebagai tetamu selama 4 hari 3 malam. Malam itu mereka tidur dengan nyenyak kerana keletihan. Abah mengajak saya berborak sebelum tidur. Sayang abah!
Hari kedua, kami ke daerah Lembang.
"Selagi tak pergi ke Tangkuban Perahu, tak leh balik", kata ayah lik penuh semangat. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Tangkuban Perahu ialah Rp. 35ooo per orang (saya agak ini adalah harga untuk orang luar). Tangkuban Perahu ialah satu kawasan gunung berapi yang masih aktif, berbeza dengan Kawah Putih yang sudah tidak aktif lagi. Di sini, ramai penjual-penjual cenderahati yang tidak berputus asa untuk merimaskan kami supaya membeli barangan mereka. ~berjaya jugak la taktik penjual-penjual tu~
Hari ketiga, hari membeli-belah. Bermula di PaUn (pasar UNPAD), melawat fakulti kedokteran tempatku menuntut ilmu dan kemudian ke Pasar Baru. Mak, Che Su dan kak sangat asyik membeli. Inilah syurga membeli-belah untuk wanita. Lelaki tak terasa sangat. 3 'bedcover' -naruto, mickey in the car, simple line- sempat dibeli oleh Ha, Sa dan Wan. Kami tidak menyangka telah berada di Pasar Baru selama 6-7 jam (saya dah sangka dah. dah biasa...). Seterusnya, kami ke factory outlet di Jalan Riau. Membeli-belah di f.o tidak semeriah di Pasar Baru.
"tak 'match' ngan jiwa la", kata kak.
Ok la. Sama la kita. Saya juga tidak suka berada di f.o. Tidak lama kami di situ. Pulang lagi ke Jatinangor untuk tidur.
Sepanjang perjalanan pulang ke Jatinangor, kami melihat suatu fenomena yang tidak ada di negara kita iaitu perarakan membawa obor api sambil berselawat untuk menyambut Maal Hijrah.
Hari keempat, tiada tempat lagi yang hendak ditujui melainkan bandara ('airport'). Penerbangan jam 1120 tapi oleh sebab terlalu fobia dengan kes kelewatan, kami bertolak dari Jatinangor pada jam 0630. Kami menempah 1 kijang dan 2 teksi. Kami adalah orang pertama yang sampai di Bandara Hussein Sastranegara itu. ~bangganya...~
Setelah bersalaman dan sempat juga menitiskan air mata (seperti biasa), saya pun pulang. Mak juga menitiskan air mata sewaktu kami berpelukan. (TT)
Banyak juga pengalaman dan iktibar yang diperoleh semasa lawatan kami kali ini. Paling saya suka ialah dapat makan masakan mak. Mak bawa banyak barang masakan dari Malaysia. Keropok, kiub tomyam, kiub ikan bilis, ikan bilis, beras pun mak bawa. Terharu tak? Satu lagi, mak saya tak suka akan kekotoran dan debu. Tudung saji di rumah sewa saya ini dah jadi macam tudung saji baru. 'Labcoat' saya juga dibasuh oleh mak. Sayang mak!
Selepas mereka balik, sangat terasa kesunyiannya.
"Kalau ada rezeki, mak datang lagi", kata mak, memberi harapan.
"Boleh datang lagi ni sebelum jah balik", kata abah pula.
"Lain kali kita datang ikut jakarta pulak deh", kata ayah lik dan diiyakan oleh che su.
"Lawatan berjaya, banyak dapat iktibar, time kasih", kata abah dalam sms nya.
I miss them a lot.
6 comments:
mak aii seronok banget kamu sih,,huhu
mau jgk gue pamir ke sana..huhu
yuk ke bandung!penginapan, makanan dan pengangkutan disediakan. pakej lengkap. hehehe...
hehehe...teringat kejadian di LCCT ari tu...x sanggup eden makan kentang n air oren lagi..kembung perut.pengalaman bagus bangat.rasa mau pegi lagi.mau jumpa mas jakar.hehehe.baik bangat
hang gatai na...
bagus betul la idea tautanhati.. tautanhati buat bende kat bandung dgn a lik tu
a lik suka 4 hari 3 malam
Post a Comment