~ dengar lagu dulu. jadikan hari ini lebih baik dari semalam. ~
Imam al-Ghazali berkata :
Sekiranya mahu melihat masa hadapan,maka lihatlah generasi muda hari ini.
Begitulah peri pentingnya peranan orang muda,sehinggakan dijadikan penanda aras keadaan pada masa hadapan.Kita seharusnya perlu ada perasaan seronok menjadi muda kerana itu adalah nikmat Allah yang cukup besar.Akan tetapi,rasa bersyukur perlu dihadirkan dengan keseronokan itu.Apabila kita bersyukur,secara automatik pelbagai peluang untuk memajukan diri terbentang luas di hadapan kita.Apa yang perlu kita lakukan hanyalah merebut peluang yang ada dengan seberapa boleh dan elakkan daripada sikap suka bertangguh.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,"Aku pasti melakukan itu besok pagi."
Malangnya kebanyakan daripada generasi muda hari ini menyalahgunakan nikmat usia muda ini kerana tidak sedar betapa besar peranan mereka.Jika kita menyelusuri perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w,kita dapat lihat betapa Baginda sangat memuliakan orang muda.Gerakan dakwah baginda telah memperlihatkan orang muda seperti Abu Bakar as-Siddiq,Umar al-Khatab,Zubair bin Awwam dan Khalid al-Walid menjadi sasaran.Selain itu,Usamah bin Zaid telah dilantik menjadi ketua angkatan perang pada usia yang muda dan Sultan Muhammad al-Fateh telah diangkat menjadi sultan kepada kerajaan Turki pada usia 24 tahun.
Perkara sebaliknya yang berlaku pada hari ini.Berapa ramai orang muda yang menghabiskan masa melepak di pusat membeli belah,tidak kurang juga yang menjadi doktor tidak bertauliah serta jaguh di jalan raya.Tidak dinafikan masih ada yang telah mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dan mengharumkan negara,tetapi yang lebih menyerlah adalah perkara buruk.Berdasarkan kajian,11.1 juta(42.5%)rakyat Malaysia terdiri daripada golongan belia.Walaubagaimanapun,hanya 2.8 juta sahaja yang benar-benar komited terlibat dengan persatuan dan sebagainya.Sebenarnya,hal yang demikian berpunca daripada masalah sikap yang tidak pernah selesai.Semua bergantung pada diri sendiri kerana Allah telah menyatakan dlm al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum tersebut mengubah nasib mereka.Mahu seribu daya,tidak mahu seribu dalih.
Selain itu,generasi muda perlu diberi kesedaran akan peranan mereka dan mengingatkan mereka agar tidak mudah selesa dengan apa yang mereka miliki pada hari ini.Nilai harga diri yang kuat akan melahirkan belia yang sentiasa inginkan kebaikan seterusnya mendorong mereka untuk berusaha memperbaiki diri.Keyakinan yang tinggi juga harus disemai dlm jiwa orang muda agar mereka tidak gentar untuk menggegar dunia.Tidak dilupakan jua,kita perlu kembali kepada dua perkara pokok iaitu al-Quran dan as-Sunnah kerana selagi kita berpegang padanya,kita pasti akan selamat.
Imam as-Syafie telah berpesan:
Waktu ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotong kamu.Maka,sibukkan diri dengan kebaikan,jika tidak kamu akan disibukkan dengan kebatilan.
Ingatlah,muda itu amanah Allah.Jadi,pasti kita akan disoal bagaimana kita menghabiskan masa muda kita.Kita semua diibaratkan seperti cincin,diletakkan di jari manis sebagai simbolik pelbagai harapan disandarkan kepada kita.Justeru,bangkitlah wahai orang muda,bulatkan tekad dihati,orak langkah anda kerana nasib tanah air ini di tangan anda.^_^
~artikel ini adalah daripada rakaman Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Dewan Utama,USMKK.
0 comments:
Post a Comment