BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 18, 2008

Berakhir sudah...

Masih ingat lagi post saya yang bertajuk Masuk Kampung beberapa bulan yang lepas?Kalau tak ingat,boleh baca semula.Sebelum ini sy berjanji utk menceritakan tentang program intervensi kami.Seperti yg telah dimaklumkan,kami dapati bahawa kebanyakan penduduk kampung terdedah kepada penggunaan racun serangga memandangkan majoriti drpd mereka adalah petani @ penanam tembakau.Ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai mslh kulit yg agak teruk akibat penggunaan racun yg tidak betul.Jadi,program intervensi kami bertujuan utk meningkatkan pengetahuan,sikap dan praktikal penggunaan racun oleh kumpulan sasaran.100 orang responden telah dipilih utk program kami.Soal selidik dijalankan sebelum dan selepas intervensi program bagi menilai jika terdpt peningkatan dlm 3 aspek yg sy nyatakan tadi.

Program intervensi terbahagi kepada dua,yg pertama dijalankan pada Residency ke-3 (7-11 Ogos) dan yg kedua pada Residency ke-4 (6-10 November).Intervensi pertama adalah utk 100 responden yg telah dipilih manakala intervensi kedua adalah utk 10 orang responden yg lyk menjadi pembimbing buat penanam tembakau yg lain.Kumpulan sy telah mendapat penajaan yg agak besar drpd Lembaga Tembakau Negara (LTN) dan juga Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG).Aktiviti seperti pameran,ceramah tentang penggunaan racun,video dan juga demontrasi telah diadakan sepanjang kedua-dua intervensi ini.Selain itu,kami juga mengadakan program bagi penduduk setempat seperti pemeriksaan kesihatan,pemeriksaan dan rawatan gigi serta sukaneka.Setelah program intervensi dijalankan,kami mendapati terdapat peningkatan daripada aspek pengetahuan,sikap dan juga pengetahuan responden.Rata-rata responden khasnya dan penduduk kampung amnya berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan.Mereka juga amat berharap byk lagi anak2 muda terlibat dengan aktiviti seperti ini.

Setelah mengambil kira semua pembentangan dan kerja kumpulan,hari ini Penyelaras KKKK telah mengumumkan tiga kumpulan terbaik.Alhamdulillah,PBL 15 telah mendpt tempat ketiga.Berbaloi rasanya penat lelah kami selama ini.Walaubagaimanapun,pengalaman dan ilmu yg kami perolehi sepnjg kesemua residency lebih mahal dan tidak ternilai.Itu semua menjadi kenangan manis yg tidak akan kami lupa.Secara keseluruhannya,dengan adanya program sebegini memberi kesedaran kpd kami tentang peranan seorang doktor dlm sesebuah komuniti selain betapa pentingnya figura anak-anak muda dlm mencorak keadaan masyarakat.

Di kesempatan ini,saya ingin menyatakan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dlm menjayakan program ini,khasnya buat semua ahli PBL 15 dan penyelia kumpulan,Dr Mohd Nazri.Hanya Allah shj yg boleh membalas jasa baik kalian.Jazakumullahi khairan kathira..^_^

p/s:sy akan upload gambar kemudian,ada mslh sikit dengan internet connection

1 comments:

Anonymous said...

Slam kenal yach.... blog yang bagus.... :)