.: kalau tak suka, bagi balik :.
9:54 AM | Author: tautanhati
Senario 1

Dania sedang menunggu ketibaan lif untuk ke pengajian usrah di tingkat 14. Dia sedang memegang senaskhah Al-Quran terjemahan. Semasa lif terbuka, Dania menyorokkan Qurannya di dalam jaket yang dipakai olehnya. Dia takut kalau2 ada non-muslim di dalam lif tersebut yang melihatnya memegang Al-Quran.

~Apa yang Dania takutkan?



Senario 2

Dania dan dua sahabatnya memasuki lif untuk pulang ke rumah masing2. Dalam lif tersebut ada satu keluarga berbangsa Cina. Sesampai Dania ke tingkat yang dituju, dia meminta diri. Kebiasaannya, Dania akan memberi salam kepada sahabat-sahabatnya. Tapi, pada kali ini, Dania segan untuk memberi salam kepada sahabat-sahabatnya di depan keluarga Cina tersebut.

~Apa yang Dania segankan?



Senario 3


" Umat Islam seharusnya berbangga dengan Islam. Bangga menjadi seorang Islam. Bangga mengamalkan ajaran Islam. Tidak takut untuk menegakkan syariat Islam serta undang-undang Islam. Kita tidak seharusnya menjadikan orang bukan muslim sebagai alasan untuk kita tidak mahu menegakkan undang-undang Islam. Bimbang orang bukan Islam takut dengan undang-undang Islam atau bimbang orang bukan Islam menolak undang-undang Islam. Kita seharusnya menegakkan Islam walaupun dibenci oleh orang kafir, walau dibenci oleh mereka dan walau dimusuhi oleh mereka. "

Menitis air mata Dania mendengarkan khutbah Aidil Adha pada pagi 10 zulhijjah tersebut. Dia merasakan kata-kata khatib itu seperti sedang ditujukan kepada dirinya. Dia berazam untuk membaiki kesilapannya selama ini. Dia tidak akan takut, malu atau segan untuk mengamalkan Islam.



Senario 4


Drama 'Taubat Nasuha' tayangaan TV3 sempena Aidiladha pada malam itu sangat memberi kesan kepada diri Dania. Ia mengisahkan tentang seorang ayah (fauzi) yang panas baran, selalu melepaskan geram kepada anak-anak.

Bapa mertua (jalaluddin hasan) ayah ini memberikannya beberapa buah kitab lama yang salah satunya berjudul 'panduan solat sunat TAUBAT'. Pesan si bapa mertua, "kalau tak suka, jangan buang. Bagi balik."

Kata- kata bapa mertua ni ada signifikannya di akhir cerita.

Pada satu pagi, sang ayah memarahi anak-anaknya, "kalau macam ni la perangai, lebih baik takde daripada ada." Ibu (shila rosly) yang mendengar dan melihat kelakuan ayah terhadap anak-anaknya, telah menitiskan air mata.

Akhirnya, ibu dan anak-anaknya mati dibunuh oleh penyamun di rumah mereka. Sebelum meninggal, ibu sempat menelefon ayah untuk meminta bantuan namun ayah tidak menghiraukan panggilan telefon sang ibu.

Melihat kejadian tersebut, barulah sang ayah tersedar dari kesilapannya. Bapa mertua menyedarkannya bahawa anak-anak dan isteri adalah amanah dari Allah. Samalah seperti kitab lama itu tadi, kalau tak suka bagi balik.


"KITA SERING MENGHARGAI SESUATU KETIKA IA SUDAH TIADA DI SISI KITA DAN PADA MASA ITU SEMUANYA SUDAH TIDAK BERGUNA."


"SAYANGILAH KELUARGA KITA SELAGI ADA WAKTU."
.: silence :.
10:24 PM | Author: tautanhati



silence
silence isn't nothing
silence means a lot
silence also means
that u know someone very well
.: Am I? :.
5:45 PM | Author: tautanhati
Dear somebody,
would u like to read my story? do u want to know what happened today?

today i was labelled as stingy. am I?

why she/he said that to me?

~i am evaluating myself. 'u' also should do so.~


1. U have some amount of money. U go to kedai kasut to accompany your fren. She asked you to buy a pair of shoes for yourself but u refused. She labelled u as stingy. Are u?

i ada 1 kasut untuk pakai dengan baju kurung, 1 untuk pakai dengan seluar, 1 sport shoes, 1 sneakers, 1 sandal untuk g jalan2.
ada 2 lagi kasut high heel tapi tak pakai sangat untuk ke wad sebab sakit kaki.

tak boleh ke if i nak simpan duit tu for anything else INSTEAD OF BUYING SHOES.



2. U have some amount of money. Your fren asked u to join her to watch movie 2012 tonight but u refused. She labelled u as stingy. Are u?

i know if i join them, i akan balik rumah lewat malam. i tak suka jadi kupu-kupu malam ni. lagi pula, baik i baca buku kat rumah. movie tu lambat laun akan ada jugak kt youtube. i tak lapar la nak cepat2 tengok 2012 tu.



3. U have some amount of money. You go to kedai makan. Your fren buy nasi bungkus but u don't. She labelled u as stingy. Are u?

kenapa pulak? dah masa tu i kenyang buat apa nak beli. nak i bertambah gemok ke. makan bukan nak berkira. tapi berpada-pada la. jangan zalim pada diri sendiri.




if u see i don't buy anything, it is not because i love my money. It is just i have everything complete. Dah semuanya mak n abah belikan, buat apa nak beli sendiri lagi. membazir namanya.

and i think we all should find a definite definition for kedekut, penjimat, pembazir.




IF I were to label myself...

i ada laptop, printer, hp canggih. if i nak beli laptop baru, printer baru, hp baru, i akan label diri i sendiri sebagai PEMBAZIR.

i ada RM 50 (consists of notes RM1, RM2, RM5, RM 10) masa tabung derma datang kat i. i bagi RM1. i pada masa tu adalah seorang yang KEDEKUT.

i ada pilihan untuk beli sardin ayam brand (RM 5.00) atau sardin adabi (RM 4.20). i pilih sardin adabi. i JIMAT la kan?




and salah ke if i simpan duit untuk menabung? menabung untuk masa depan. menabung untuk pergi haji or umrah, for instance.

"kalau ada rezeki, pergi la. takpe kalau tak pergi pun. nak buat macam mana dah takde rezeki."

iye...memang la kalau ada rezeki baru boleh pergi. tapi kita kena usaha la juga, menabung dari sekarang. ini tidak. niat pun tarak, nak tunggu je rezeki tu? alamatnya sampai bila-bila pun takkan ada peluang.




one more thing, 'thank u' for saying that i seperti katak di bawah tempurung kaca. under that tempurung kaca, i can see the world. under that tempurung kaca i can move the tempurung kaca to the place i want to go without being blind. under that tempurung kaca, i can always be protected.



frog who don't have tempurung kaca, can always have freedom to go anywhere. BUT, without protection, that frog may ended up under tyre....MATI KATAK.
.: Ekonomi dan ekonomis :.
10:59 PM | Author: tautanhati
Alang-alang belajar di PPUKM, nak juga ada registration number (RN). Tapi RN ni bukan boleh main suka je buat. Mesti jumpa doktor dulu.


Hari ni ada peluang jumpa doktor. So, pergi lah ke klinik warga konon-kononnya nak teman ju. emm...ape alasan nak bagi ye untuk jumpa doktor ni. Oho...baru teringat. Ada batuk sikit since 3 days ago, rasa macam ada kahak tapi kahak tak keluar, tak selesa. Doktor percaya tak? percaya la ye...hehehe.


Akhir kata kepada doktor (masa tu Prof Dr. Kamsiah yang 'attend' kami), doktor tak nak order FBC (full blood count) ke? hehehe.
"tak perlu...tak ekonomis.".........kena sebijik.


~ dah merugikan kerajaan sebanyak RM 2.36 untuk sakit yang tak seberapa ~


Anyway, x pe la...asalkan dah dapat RN. yeehaa...


p/s sebenarnya dari kecil sampai besar tak suka pergi klinik. takut nak jumpa doktor. tak pernah pergi klinik seorang diri. mesti mak or abah temankan. apa nak jadi nih...
.: Hari Ini :.
10:56 PM | Author: tautanhati
Hari ini hari Sabtu. Aku ke rumah ayah lik. King hantar sampai ke rumah. Thanx king! minggu ni ayah lik call 3 kali untuk confirmkn yang aku akan pergi ke rumahnya. Ayah lik nak g tengok bola kat bukit jalil.

Sampai-sampai je rumah ayah lik, aku nampak Myvi hitam kat luar rumah. Terdetik di hati macam kereta abah. Tengok kat muka pintu , eh! ada adik. Aku lupa yang abah dan mak memang nak datang untuk ambil sa. Suka sangat hati ni tak terkata!!!

Malam tu, aku buat cardio n respi examination ke mak n abah. Alhamdulillah, nampaknya mak n abah takde problem jantung or paru2. Lepas tu, examine mata budak2 pulak. Suka betul diorang tu. Emm...terkejut jugak, kakak ada diplopia. Sebab apa, tak tau la. Belum kaji lagi.

Malam tu jugak, kami tengok bola sepak (or sepak bola bak kata bibik) kelate vs. N9. Keciwa kelate kalah...

Hari ni hari ahad. Tak best sebab mak n abah dah nak balik. Sebelum balik, terdetik dalam hati aku nak mintak abah bawa g round2. Tak bagitau pun abah. Tapi abah macam tau2 je. Abah masuk keta n kata jom abah bawa g jalan2, macam masa jah kecik2 dulu. Huk2. Teringat masa kecik2................






Malam tu sebelum balik laman midah, macam biasa la, along n angah nak nyanyi lagu the show n trouble is a fren. Lepas dengar lagu tu, aku bagi diorang dengar lagu what did i do today, saksi, anak soleh. Lagu what did i do today sangat laju untuk diorang ikut. Lagu saksi n anak soleh nampak macam terkesan kat jiwa angah. tapi along macam biasa je, macam tak rasa apa2 pun. Aku cerita kat diorang... "nanti kat akhirat, mulut kita dah tak boleh bercakap. dah kena kunci. sebab apa? sebab mulut ni suka cakap bohong. nanti akhirat, tangan, kaki, telinga,mata yang akan bercakap. Masa tu, semua cakap benar." Angah tak sanggup nak ulang lagu saksi bila along nak dengar sekali lagi. Aku pesan lagi... "kalau nak jadi anak soleh, kena lah solat. Jangan tinggal solat. Selalu doa untuk umi dan baba. Kena ikut cakap umi dan baba." Angah terus tanya macam mana doa untuk ibu bapa. Kata angah, dia asyik lupa starting doa tu n minta aku tulis kan. Bila di ajak solat isya', terus pergi n aku nampak angah berdoa lepas solat. Moga2 angah istiqamah.





On the way to laman midah...
Along macam biasa, tak ikut. Angah ikut. Adik pula dah tidur lepas menangis teringatkan umi dia(adik kena tinggal...umi g kursus induksi 10 hari). Suka sangat angah dapat beli air kat kedai bawah tu. =)


Sampai la aku di laman midah. Continue my job as a medical student. Esok akan bermula hari baru dan semangat yang lebih semangat. InsyaAllah...
.: Kedua Letih :.
10:48 PM | Author: tautanhati
~ blue-car ~


Posting OnG memang memenatkan. Tengoklah One n Shila, housemateku. Tak boleh disorok lagi yang diorang tengah posting OnG. Balik2 rumah je terserlah dan terpancar keletihan di wajah mereka. Gue? dah lepas dah posting tu. Punbagaimanawalau, nampak gaya nye, takdir menentukan supaya gue menjadi sangat bijaksana dalam bidang OnG. Tapi sebelum menjadi sangat bijaksana tu, ada pengorbanan yang harus gue jalani. Gue harus menjalani 'kursus intensif' OnG di saat orang kebanyakan bercuti dan berlibur. Suke3x.



Posting kedua yang meletihkan ialah posting medicine. 'SM'= sedang maju. Ya! gue sedang maju dalam posting kedua letih ni. Suke3x. Dalam posting ni, ada 4 core physical examination (PE) yang kena master: abdomen, cardio, respi, neuro. I am working on cardio and respi. Very interested to study lung sound and heart sound. Excited sangat2 bila dapat appreciate and differentiate between vesicular sound and bronchial sound. alhamdulillah.


~ lorong ~


Masalah yang sedang mengganggu fikiran gue sekarang ni ialah.....
emm...Kenapa la susah sangat nak buat blood taking. Asyik tak dapat jek. Kesian patients...
Gue harap dapat asah skill venopuncture ni secepat yang mungkin. (venopuncture=ambil darah). Like what abah said, bila kita jalan kat belukar setiap hari, ia akan membentuk lorong buat kita. Lorong itu lama kelamaan akan jadi jalan. Masa ia masih belukar, kita dapati bahawa sangat susah untuk kita lalui. Kena ada parang untuk tebas pokok2 dan semak samun. Tapi, bila dah jadi lorong, jalan, kita tak lagi bersusah payah. Semuanya dah jadi kebiasaan bagi kita. Gue harap belukar yang gue lalui ini akan jadi highway cepat2.


~ highway ~


Syndrome yang menakutkan.
Bila kat wad, banyak betul tajuk2 yang gue mau baca. Tapi, bila dah sampai rumah...emmm...macam semua benda tu dah tahu. Tak perlu baca lagi. Sindrom ni tak boleh dibiarkan. Boleh membawa padah ni. How to solve? Soal diri sendiri. Kalau diri sendiri tak boleh jawab tu maksudnya ilmu tak absorb ke dalam otak lagi. Belum osmosis.



Ok lah. dah ada something yang ditanya kat diri gue n gue tak boleh jawab. So, gue harus pamit ya. Mau study. Adiosss! WASSALAM.
" Revenge of the Fallen "
5:53 PM | Author: tautanhati



Ya Allah, Ya Tuhanku!
Aku serahkan jiwa, harta dan agamaku kepadaMu.
Jadikanlah aku redha dengan ketentuanMu
sehingga aku tidak mengungkit segala ibadahku kepadaMu.
Jadikanlah keberkatan pada apa yang Kau putuskan padaku
sehingga aku tidak lagi menginginkan penyegeraan apa yang Kau tundakan
dan tidak pula penundaan apa yang Kau segerakan.

Aku redha padaMu Ya Allah!





...SABAR ITU INDAH...

Abah tersayang: Kegagalan itu bukan suatu halangan. Jadikan ia satu dorongan dan cabaran untuk terus ke depan.

Lovely Prof. Shahrir: Revenge of the fallen.
.: SAKSI yang tak mengenal TIPU :.
11:58 AM | Author: tautanhati


Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihitung-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana ia melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Hanya kan mendengar
Tubuh bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

~Rabbani ft. Mawi~



raikanlah!!!
11:18 PM | Author: tautanhati
Today, streamyx was activated in my house@hostel at laman midah. After about 3 months not having internet, today i used internet for the whole evening. Many things to tell in this blog.


wanna tell about what i learnt in this 2nd posting, surgery (1st posting of mine is Obstetrics and Gynecology).


1. PATIENT IS THE BEST BOOK IN CLINICAL YEAR

one day, a doctor ask me what is medication for peptic ulcer disease/gastritis?
i answered PPI (proton pump inhibitor). Then she asked for example. I answered confidently 'Omeprazole'.
hahaha! tu ubat lama la. what PPI that we used nowadays? (nampak sgt aku ni x updated. mana tau! masa kt UNPAD dulu belajar omeprazole)
so, i went to the ward to find out what is the new PPI. An educated GERD patient told me that it is Nexium.

lesson: rajin2 la pergi ward. belajar from patient then balik baru baca buku.


2. ???


...................................................................................................to be continued (nak buat case write up)
aku aniaya diri sendiri
11:11 PM | Author: tautanhati
al-fatihah buat Us. Asri Rabbani.


Suka banget lagu ni. Menghayati lagu ni tengah2 malam hingga menitikkan air mata. Semoga roh Us. Asri dikumpulkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaan Allah s.w.t.




Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku