BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 7, 2010

Buat kamu...


Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah terlalu lama saya tidak mencoret apa-apa di ruangan ini.Kalau tidak silap,kali terakhir pada tahun lepas.Kasihan sungguh dengan blog kesayangan kami yang sangat lama terbiar ini.Mujurlah ada Suhaijah yang lebih rajin berbanding kami berdua.Bukannya terlalu sibuk,tetapi kami sendiri yang tidak pandai mencari masa untuk berkongsi dengan pembaca (ada followers ke?).Hakikatnya semua insan di beri 24 jam sehari,terpulang pada setiap individu bagaimana memanfaatkan setiap saat yang Allah kurniakan.

Dua tahun yang lalu,pada tarikh ini (7 Julai) saya dan Roihan memulakan blog ini sebagai hadiah hari lahir buat Suhaijah.Saya pernah menyatakan kepada Jah untuk menamatkan sahaja riwayat blog ini gara-gara terbiar, tetapi ditegahnya.Katanya,blog ini sangat bermakna baginya.Maklumlah, blog ini bukan sahaja hadiah hari lahir bahkan sebagai tanda persahabatan kami bertiga.Alhamdulillah, dengan izin ar-Rahim, masih panjang riwayat blog ini.

Baik,berbalik kepada tujuan asal.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Jah yang menyambutnya pada hari ini.Buat Jah sayang, semoga pertambahan umur seiring dengan amal, berjaya dunia & akhirat, ceria sokmo dan bertemu jodoh soleh, insyaAllah..

p/s :
i) selamat kembali ke sekolah..
ii) sy hrp sy lebih rajin memeriahkan rumah kami slps ini
iii) maaf, ayat2 sy di atas terlalu skema..al-maklum lama sungguh tak berkarya..harap tiada yang pening membacanya..;-p

4 comments:

suhaijah said...

syukran jazilan! huhu...menitik air mata.sgt terharu lor...

madziani said...

salam, ijah

maaf lambat. selamat hari lahir.

suhaijah said...

wsalam.
terima ksh! (^_^)

rafaa' said...

pergh!!sampai menitik air mata jah,ingat dok pening baca ayat sasterawan kg mengkasar..huhu