BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 24, 2010

.: SemuT :.

Seorang sahabat kelihatan sangat pelik memikirkan kenapa masih ada orang yang menentang satu pihak ini yang banyak berjasa. Pihak ini memberikan banyak kemudahan dari segi kewangan, dan macam-macam jenis bantuan lagi.


Fenomena ini tak hairanlah, kawan. Tuhan yang Maha Hebat pun orang berani lawan inikan pula manusia yang belum tentu betul atau salah. ingin diingatkan kepada kawan, rezeki tu hak Allah. Allah yang beri rezeki kepada kita. Pihak itu atau pihak ini hanyalah sebagai pengantara. Jangan kawan fikir yang tanpa pihak itu atau pihak ini, kawan akan hidup susah. Siapa mereka untuk menyekat rezeki yang Allah nak bagi?


Kawan pernah dengar cerita semut dengan Nabi Sulaiman?
Suatu hari Nabi Sulaiman terjumpa semut yang sedang mencari makanan. Nabi Sulaiman bertanya banyak mana semut makan. Semut jawab, semut makan sebiji beras untuk sebulan. Nabi Sulaiman berkata, "Kalau setakat sebiji beras, aku boleh beri lebih daripada tu." Nabi Sulaiman mempelawa semut untuk tinggal bersama Nabi supaya semut tak perlu bersusah payah cari sebiji beras tu lagi. Maka Nabi Sulaiman pun letak semut kat dalam satu bekas tertutup dan meninggalkan sebiji beras kepada semut.





Sebulan kemudian, Nabi Sulaiman datang melawat semut. Nabi Sulaiman terkejut melihat sebiji beras tu masih berbaki separuh. Nabi Sulaiman meminta penjelasan daripada semut. Semut jawab, "semasa aku berada di luar, aku bergantung kepada Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Pemurah. Aku percaya Allah lah yang memberi rezeki kepadaku.walaupun aku letih mencari sebiji rezeki, namun aku percaya yang Allah takkan lupakan aku. Tetapi sekarang aku telah dikurung di sini. Aku hanya bergantung kepadamu. Aku takut kamu lupa untuk memberi aku makanan pada bulan akan datang. sebab itu aku makan sedikit-sedikit supaya masih berbaki untuk masa depan." Nabi Sulaiman beristighfar atas kejadian tersebut.



Refleksi diri sendiri dengan melihat apa yang terjadi pada orang lain. Sungguh banyak nikmat yang Allah beri. Apa yang dah kita lakukan untuk tunjuk rasa syukur kita pada yang Maha Pemberi. Check list diri kita sendiri:
- solat lima waktu sempurna?tiada perlengahan?
- puasa ganti, selesai?puasa sunat, ada buat?
- aurat?ada tutup dengan sempurna?



Sebaiknya-baiknya, kejarlah kedua-duanya. akhirat dan dunia. sekiranya tidak mampu, jadikan akhirat pilihan utama.



- sekadar tazkirah untuk kita yang sering alpa -

2 comments:

Roihan said...

super like! :)

Anonymous said...

refleksi diri