BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 13, 2011

.: 60 + 3 :.


Tangan dan kaki ku sejuk. Seluruh tubuhku menggeletar. Panggilan telefon Mak pada jam 3.15 am tadi betul2 membuat aku takut.

"Mak-Abah nak balik kg ni. Kg. Besut." kata mak. Aku dah berdebar-debar nak dengar ayat seterusnya daripada Mak.

"Abe Eh meninggal. Accident petang td."

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un." Hatiku sebak.


------------------------------------------------------------------------------------------------


"Abe Eh, maaf eh." rasa-rasanya itulah ayat terakhir aku kepada Abe Eh. Terakhir aku jumpa arwah masa raya puasa lepas. Kami sempat bergambar kategori cucu-cucu pada pagi raya tersebut.

Abe Eh, sepupu aku yang tua 2 tahun daripadaku. Masa kecil2 kami selalu main sama2. Aku ingat lagi, kami main batu selambut. Masa kecil, Abe Eh selalu datang ke rumah kami. Kitorang bukan main suka bila Abe Eh datang.

Dah besar, masing2 malu. Kalau jumpa time balik kampung tu, buat2 x nampak je. Bercakap apatah lagi.

Aku teringat gambar kami sepupu2 kat port dickson. old days stories. Tak ingat masa tu umur berapa. Aku pasti merindui saat2 itu.

Nama sebenar Abe Eh, Faris. Nama penuh aku tak pasti. Beliau anak sulung daripada 4 siblings. Semuanya hero. Mesti Chik (mak Abe Eh a.k.a adik Abah) sangat terasa akan kehilangannya.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Ini kali kedua Abe Eh terlibat dalam MVA (motor vehicle accident). Kali pertama masa aku masih di Bandung. Kereta Abe Eh total lost. Sa yang pergi melawat Abe Eh tak sanggup nak tengok. Sa hampir pengsan. Alhamdulillah pada masa tu Allah masih bagi extra masa kepada Abe Eh. Pada pandanganku, yang tengok dia selepas mungkin 1 tahun post MVA, x de kesan2 pun yang Abe Eh pernah accident. Abe Eh survive dalam MVA yang dahsyat tu.

Dan mungkin pada MVA kali ini, telah tamat tempoh masa tambahan yang Allah berikan. Ya Allah! Aku berharap agar tempoh masa tambahan yang Allah beri ini berjaya dimanfaatkan oleh Abe Eh dengan sebaik-baiknya.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Mengimbas memori perpisahan yang abadi yang berlaku di rumah kg. kat Besut...
Masa aku ambil UPSR, Tok Ayah meninggal. Aku tak dapat pergi berziarah.
Masa aku di KMPh, Mek meninggal. Aku sempat mengucup Mek buat kali terakhir.
dan ini perpisahan ketiga di kg. kat Besut. Abe Eh...aku kat HUKM, sedang dalam exam period.

Abe Eh dan Mek memang rapat. Aku kadang2 jeles dengan diorang. Abe Eh pandai ambil hati Mek. Dia penyayang. Dia cium dan peluk Mek setiap kali sampai kg. dan masa nak balik. Aku mencontohi dia. Aku pun mula cium dan peluk Mek yang aku sangat sayang. Tak sangka Abe Eh menyusul Mek.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Ya Allah! aku takut. aku takut aku belum bersedia ketika Kau menjemputku. Aku takut Ya Allah! Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu dalam setiap hela nafas kami Ya Allah.

Ya Allah!Ampunilah dosa2 Abe Eh. Tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang soleh. Permudahkanlah baginya untuk menjawab soalan2 Munkar dan Nakir. Ya Allah! jadikanlah kubur itu tempat yang aman baginya.

Ya Allah! ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, saudara2 ku, guru2ku, sahabat2ku dan semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah! kasihanilah Mak dan Abah sepertimana mereka mengasihi dan menyayangiku sejak aku masih kecil. Ya Allah! bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu. Ya Allah! kasihanilah kami. Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu Ya Allah! dengan rahmatMu. dengan rahmatMu Ya Allah.


Semoga roh Abe Eh dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang beriman yang sentiasa dalam keredaan Allah.




2 comments:

ImimaysroN said...

innalillahiwainnailahirajiún... takziah jah..
trima kasih atas peringatan bersama ni.. sungguh ajal x mengenal usia kan..

umm, apa maksud 60+3??

tautanhati said...

60+3=.....

cuba tengok measuring tape. senggat dia ada smpai 60.

bayangkan measuring tape tu timeline kehidupan kita dan kataknlah purata had umur org zaman sekarang ialah 60.

sesetengah org dpt extra 3 tahun.macam rasulullah s.a.w.

kita sekarang kt senggat yang ke-23. ada berapa senggat lagi untuk sampai ke 60? setiap kali birthday kite, semakin pendek jarak untuk sampai ke 60. itupun kalau sempat sampai 60.