Terasing...dah lama pandang-pandang buku ni setiap kali masuk kedai buku. nak beli tak nak, nak beli tak nak...akhirnya, beli juga. Novel ni ialah karya Hilal Asyraf. Dah baca beberapa karya Hilal Asyraf ni. Sangat best dan penuh ilmu dan hikmah.
Sedikit history pembelian novel ni yeh... beli di kedai buku Unikeb PPUKM. harga 20 ringgit. beli pada hari Khamis (27/1/2011) lepas menyelesaikan tugas SSM. novel ni diharapkan dapat mengisi masa petang-petangku sepanjang study week ni. Ingatkan nak baca sikit-sikit, 1 chapter 1 hari ke. Tapi, dek kerana best nye jalan cerita dia, buat aku tak sabar-sabar nak tahu apa next cerita. suspen dan berjaya mencungkil rasa ingin tahu pembaca.
Sikit sinopsis... Mengisahkan tentang Saifullah yang mempunyai beberapa orang kawan karib iaitu Tg. Saifullah, Zaman dan Amiri. Sebelum berpisah dengan Zaman, Saifullah pernah berjanji akan sentiasa mendoakan Zaman dan akan membantu Zaman jika dia tersungkur. Zaman tiba-tiba muncul setelah beberapa tahun terputus hubungan dan menagih janji daripada Saifullah. Pada masa itu juga, Saifullah menghadapi masalah apabila ada cubaan membunuh dilakukan ke atasnya. Homurodama, Zaman, Senior, Amiri, SEG, Atikah...Apa kaitan mereka dengan kes cubaan membunuh Saifullah? Apa maksud terasing? Siapa yang terasing, mengasing dan diasing? haa...curious tak? bacalah novel ini ye.
Teladan yang saya dapat...
1. Jangan mengasingkan diri daripada kawan-kawan yang baik dan soleh.
2. Orang yang terasing daripada kebaikan akan mudah terjerumus dalam kejahatan.
3. Doakanlah kawan-kawan kita sebagai tanda kita menyayangi mereka.
4. Jangan mudah menghukum orang atas apa yang mereka tersilap.
5. Perkahwinan itu...kita berkahwin bukan kerana lelaki/ perempuan itu tetapi kerana hendak memenuhi tuntutan Rasulullah s.a.w dan arahan Allah s.w.t.
6. Bukanlah siapa lelaki/perempuan itu yang menjadi persoalan tetapi bagaimana kita membangunkan diri kitalah yang menjadi asas kepada rumahtangga yang diredhai Allah.
7. Lastly, berusahalah untuk menjadi suami yang terbaik buat isteri, isteri yang terbaik buat suami, bapa yang terbaik untuk anak-anaknya, ibu yang terbaik buat anak-anaknya dan anak-anak yang terbaik buat ibu dan bapa. insyaAllah...
wallahu a'lam...
0 comments:
Post a Comment