BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 8, 2009

Di sebalik lafaz itu..


Semalam saya telah menghadiri Forum Bicara Hati yg bertajuk "Nikah Awal" yang merupakan satu lagi program anjuran Skuad Nahi Mungkar USMKK.Malangnya,sambutan forum kali ini kurang menggalakkan jika hendak dibandingkan dengan forum-forum sebelum ini.Saya pun tidak pasti kenapa,mungkin kerana tajuknya yg agak berbeza.Memang tidak dinafikan akhir-akhir ini agak banyak program yg menyentuh tentang cinta dan remaja diadakan di kampus ini sehinggakan ada yg telah naik muak.Pada pandangan saya,tidak salah mengadakan program seperti itu berulang kali,asalkan isinya berbeza kerana ilmu itukan luas.Lagi satu,tujuan diadakan berulang kali adalah kerana masalah "industri perkapalan" di sini tidak juga selesai,bahkan semakin meruncing mungkin.Kerana apa?Kerana ilmu yg disampaikan tidak sampai ke hati.Jadi,mungkin apabila didedahkan dengan ilmu yg sama berulang kali,bukan sahaja terlekat di otak,tetapi juga masuk ke dalam hati.

Forum kali ini membariskan tiga orang ahli panel yg semuanya mempunyai satu persamaan,iaitu mereka semua bernikah ketika masih di alam universiti.Ustaz Fadhli lebih banyak menyentuh isu ini dari sudut pandangan agama Islam,manakala dua lagi ahli panel yg lain,yg juga merupakan bekas pelajar USM lebih senang berkongsi kisah dan pengalaman mereka mendirikan rumahtangga ketika masih lagi bergelumang dengan nota dan buku.Mereka berpendapat setelah mendirikan mahligai kasih,hati mereka lebih tenang,bahkan pencapaian akademik juga menunjukkan peningkatan.Walau manis macam manapun alam perkahwinan,tidak dapat tidak sudah tentu mereka perlu mengharungi pelbagai cabaran,antaranya dari aspek kewangan,pembahagian masa dan juga dalam menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam perbincangan yg memakan masa hampir 3 jam,kesimpulan yg diberikan Ustaz begitu terkesan dihati saya.Pernikahan bukanlah suatu fantasi,bukan seperti yg dipaparkan dalam filem-filem Hindustan,yg mana merupakan penutup sebuah kisah cinta antara dua jiwa.Akan tetapi,pernikahan adalah suatu permulaan kehidupan yg penuh ranjau dan duri.

Di saat mulut melafazkan,"Aku terima nikahnya...",pelbagai pengakuan sebenarnya terkandung dalam tiga kalimah itu.Antaranya,"Aku terima tanggungjawab ini","Aku sanggup dipersoalkan di akhirat kelak" dan "Aku redha dengan zuriat yg akan lahir daripada hubungan ini".Satu lagi perkara penting yg saya ingin tekankan disini,janganlah sesekali mengabaikan keluarga dalam soal jodoh.Apabila anda berkahwin,anda bukannya berkahwin dengan pasangan anda sahaja,tetapi juga dengan keluarganya.Jika keluarga tidak redha dengan perkahwinan tersebut,sukar bagi anda untuk mengecap kebahagiaan.Tanya diri anda,sudah utuhkah niat yg terpasak di hati??Atau sudah mampukah menggalas taklifan yg besar ini?Kalau jawapan anda negatif,alihkan perhatian dan tumpuan anda pada pelajaran dan dakwah dahulu.Yakinlah dengan jodoh anda,saat itu pasti akan tiba.(*_*)

Thinking of the future..xready lagi rasenye..

2 comments:

Anonymous said...

setuju!

Anonymous said...

soalan 1:

yang manakah pilihan ketentuan hidup anda di dunia ini?

(a)yang jelik pada jelik
(b)yang baik pada baik
(C)yang pelik pada pelik

pilihan itu adalah hak setiap insan~ {baca mcm nada iklan nouvox beuty}