BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 21, 2009

Allahumma yusahhil lana~



"...Maka apabila kamu telah berazam,bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
(Surah Ali Imran:159)

Peperiksaan Selanjar 3 bakal menjengah,hanya tinggal dua hari sahaja lagi.Terasa diri ini begitu tidak bersedia.Inilah akibat study last minute(memang salah sendiri).Akan tetapi,masih ada masa untuk berusaha.Kemampuan memang amat terbatas,tetapi yakinlah Allah pasti membantu.Di kesempatan ini,saya pohon rakan-rakan di luar sana untuk turut mendoakan kami agar dipermudahkan dan dilapangkan dada.Buat rakan seperjuangan yang sedang bersengkang mata menelaah pelajaran,berusahalah selagi ada masa.Setelah berusaha dengan tekun,wajarlah berdoa serta bertawakal kepada Allah.Gandingan antara usaha,doa dan tawakal mampu membuka jalan ke arah tercapainya sesuatu matlamat.Ingatlah,setiap yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya,kita sebagai hamba tidak mampu menghalang.Selain itu,kita perlu sabar,tabah dan redha dengan apa jua ketentuan Ilahi.Tidak semua impian menjadi kenyataan.Walau apapun natijahnya,panjatkan kesyukuran pada-Nya kerana pasti ada ibrah dan hikmah yang tersirat disebaliknya.

2 comments:

Anonymous said...

GOOD LUCK!
"Allahumma yassir wa la tu'assir"

I still wonder what 'peperiksaan selanjar' looks like?

nur_aishah said...

Salam..
Good LUcK!!

2mnggu lg kAmi student twinning (batchmate Suhaijah) pun akan menjalani perperiksaan final & terakhir kami di bumi Indonesia (insyallh) sblum menyambung di UKM.

Semoga anda daoat menjalaninya dengan baik (",)