BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 14, 2009

.: Mati - Maaf - Sahabat :.

M- maafkan orang lain setiap hari sebelum tidur
- minta maaf atas segala salah silap
A- amalan wajib disegerakan
- amalan sunat (qiyamullail) setiap malam insyaAllah
T- tanamkan cinta kepada ALLAH lebih dari segalanya
- tanamkan cita-cita untuk mendapat syurga ALLAH yang paling tinggi
I - ingat ALLAH sentiasa (baca Quran, zikir)


Dah lama tampal acronym MATI ni kt dinding bilik. Hari ni bila revise balik, ada juga yang masih belum dilaksanakan. (Acronym ni ciptaan sendiri, sebab tu la tak berapa nak puitis.)


Semalam saya menghadapi masalah 'jiwa'. Rasa sedih bangat. Air mata macam tak sabar-sabar nak keluar. Saya pun menadah air mata yang menitis dengan telapak tangan. Dah la masa tu ramai orang. Harap-harap tiada yang perasan.


Monolog AKU sebelum tidur semalam.


AKU (devil side): (tak ingat dah. huhu.)

AKU (angel side): baca sikit kt dinding tu. Persediaan untuk mati: maafkan dan minta maaf. Kan dh tahu, "lupakan kesalahan org lain, ingat kesalahan kita. lupakan kebaikan kita, ingat kebaikan org lain." Setiap manusia pernah buat salah. Dan dia tu manusia juga. Tak pernah lari dari kesalahan.


Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang pemaaf dan memaafkan orang lain. Selepas itu, saya pun tidur dengan lena.


Saya cuba untuk mengingat kembali dan mencari cerita-cerita yang boleh mengubat hati yang lara ini. Satu cerita yang saya ingat ialah...


" Ada 2 sahabat yang sedang dalam perjalanan yang jauh dan panjang. Mereka berjalan bersama-sama, teman- menemani. Pada suatu hari, sahabat A telah memarahi sahabat B. Sahabat B merasa sedih lalu menulis di atas pasir, 'hari ni sahabat yang aku sayangi telah memarahi aku'. Pada hari yang lain, sahabat A telah membantu sahabat B ketika sahabat B hampir terjatuh ke dalam sebuah gaung. Lalu, sahabat B menulis di atas sebuah batu, 'Hari ni sahabat yang aku sayangi telah menyelamatkan nyawaku. Aku sangat gembira.' Sahabat A hairan lantas bertanya, "B, kenapa hari yang lalu kamu menulis di atas pasir dan pada hari ni pula kamu menulis tentangku di atas batu?" Sahabat B menjawab, "semasa kamu memarahiku, aku sangat sedih dan menulis di atas pasir supaya angin yang bertiup dapat menghilangkan kesedihanku. Pada hari ni, aku sangat gembira dan menulis di atas batu supaya aku sentiasa ingat kebaikan yang telah kamu lakukan kepadaku."

Saya ingin jadi seperti B.


~ friends forever ~



Sebagai persediaan untuk mati, saya akan berusaha untuk menjadi orang yang pemaaf dan memaafkan.


Pernah dengar tazkirah di ikim.fm...Sesiapa yang bercita-cita untuk mati syahid, ALLAH akan mengabulkan permintaannya walaupun dia mati di atas katil.


Ya Allah! Masukkanlah aku dan saudara-saudaraku tercatat sebagai syuhada'Mu.



~ Asy-syahid Sheikh AhmadYasin ~


" Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: barangsiapa mati dan tidak pernah berperang (di jalan Allah) dan tidak pernah bercita-cita untuknya, maka ia mati dalam salah satu cabang kemunafikan." (HR Muslim 3533)


Jadi, point yang nak disampaikan ialah, " Sahabat! Aku ingin matiku tidak sia-sia. Matiku mati syahid. Oleh itu, maafkan segala salahku."


~be AKU (angel side), never be AKU (devil side)

0 comments: