BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 3, 2009

Nikmat dalam ujian

Pejam celik hanya sebulan lebih sahaja lagi saya akan menduduki peperiksaan Profesional 2,peperiksaan yg akan menentukan nasib saya seterusnya,samaada berjaya atau tidak ke tahun 4(berjaya hendaknya,amiin).Hanya Allah sahaja yg tahu betapa tertekan majoriti pelajar tahun 3.Apabila melihat nota-nota yg bertimbun dan buku-buku teks yg tebal membuatkan mata saya berpinar-pinar.Mustahil rasanya menyumbat segala info ke dalam otak.Entri ini bukanlah utk merungut,tetapi sekadar meluahkan.Saya insan biasa,terkadang rasa lemah.Di saat inilah sebenarnya kekuatan tawakal dan tadharu' kepada al-Malik teruji.

Niat saya pada awalnya ingin menyepikan diri daripada laman blog ini buat sementara waktu memandangkan peperiksaan yg semakin hampir,tambahan pula laptop yg bermasalah akhir-akhir ini.Akan tetapi,rasa kasihan pula pada sahabat saya Suhaijah yg perlu mengupdate blog sendirian,mana tidaknya Roihan sibuk dengan jadual klinikal yg agak padat di samping masalah ketiadaan akses internet di rumahnya.Akhirnya,niat terkubur begitu sahaja.

Cuti Tahun Baru Cina yg lalu saya pulang ke rumah empat hari sahaja,sekadar ingin melepaskan rindu menatap wajah ibu yg seorang dan menghiburkan hati melayan kerenah anak-anak saudara.Saya membuat keputusan utk pulang awal ke kampus (sesuatu yg tdk pernah saya buat sebelum ini) semata-mata untuk mengisi cuti yg berbaki dengan muraja'ah.Walaubagaimanapun,saya hanya merancang,Allah jualah yg menentukan segalanya.Saya diserang demam yg agak teruk.Sudah lama rasanya saya tidak sakit begini sehingga saya tidak boleh bercakap kerana sakit tekak yg amat sangat dan batuk.Kemudian,pada hari ketiga demam batuk saya menjadi-jadi dan saya akan muntah setiap kali mengambil apa-apa makanan.Saya hanya mampu terbaring di katil menggigil kesejukan.Sayu rasanya,keluarga jauh di kampung,roomate pula bermalam di rumah saudaranya.Air mata saya turut menitis,terkenang rancangan asal yg tertangguh.

Namun,dalam sakit dan ujian yg tidak seberapa ini,saya masih dapat merasai nikmat Allah yg tidak terhingga.Saya berpeluang menghisab diri yg serba kekurangan ini.Mulut yg bagaikan terkunci kerana kesakitan sebenarnya memberi saya kerehatan daripada berbuat dosa lisan.Tubuh lemah yg terlantar di katil mengingatkan saya betapa saya perlu menggunakan nikmat sihat yg dianugerahkan olehNya utk berbuat sebanyak mungkin amal kebaikan,jangan sesekali menangguhkan kerja.Rasa hiba dek kerana jauh dari keluarga,Allah datangkan beberapa orang rakan bertanya khabar dan menjaga makan minum saya,bahkan mereka memberi kata-kata semangat yg amat diperlukan tika itu.Saya juga tidak terlepas memikirkan betapa beruntungnya saya berbanding saudara-saudara saya di bumi Palestin sana yg ujian mereka jauh lebih mencabar keimanan dan kesabaran.Mereka terpaksa bergelap,ada juga yang hanya berteman unggun api,menahan kesejukan yg mencengkam ke tulang,mengikat perut lantaran tiada sumber makanan dan juga perlu bersabar atas kehilangan ahli keluarga akibat bedilan rakus Rejim Zionis.

Hati lantas tedetik,mungkin ujian kecil ini kafarah bagi dosa-dosa saya yg menggunung tinggi..Sayu hati berbisik dan merintih pada Ilahi memohon maghfirahnya.Tidak lupa kesyukuran dipanjatkan atas peringatan yg diberi ini.Bukalah mata hatimu wahai diri,sentiasalah merintih padaNya kerana Dia Maha Pendengar,janganlah apabila ujian menimpa,baru terjaga.

::Moga kita semua tidak jemu mengadu dan merintih pada ALLAH::

1 comments:

Anonymous said...

kak rafaa'

tugal terus-terusa.
tanam yakin dan iman.