BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 3, 2008

SYUKUR

Padjadjaran: apa pelik benor namanye tuh

“Kalau dapat offer tu Najah nak pergi tak?” Tanya Ain kepada Najah.

“Tak tau la. Tak berminat sangat sebenarnya tapi kalau dapat tu maksudnya Allah dah tetapkan saya ke sana. InsyaAllah saya akan pergi.” Najah memberitahu isi hatinya. Najah berbual-bual dengan Ain selepas temuduga Pinjaman Boleh Ubah MARA dalam Kursus Perubatan. Najah memang tidak menyangka namanya termasuk dalam senarai pelajar yang dipanggil untuk temuduga tersebut.

Tiada persiapan dibuat untuk menghadiri temuduga tersebut melainkan doa. Ain berpesan jangan lupa berdoa dan solat sunat. Pesanan Ain Najah turuti. Najah pergi dengan tidak membawa fail sijil yang menjadi suatu kemestian bagi sesiapa yang akan menghadiri temuduga. Najah memberi alasan tidak mahu menyusahkan abah untuk datang ke Kolej Matrikulasi Pahang yang jaraknya lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah di Pekan semata-mata untuk menghantar fail tersebut. “itupun belum tentu Najah diterima.” kata Najah, pasimis. Najah menunggu gilirannya di perpustakaan bersama teman-teman yang lain. Najah berkenalan dengan Hayat dan beberapa orang lagi. Pada masa itu hanya ada seorang pelajar lelaki menunggu untuk sesi yang sama. Sedikit gementar terasa apabila nama Najah dipanggil. Dua orang pegawai yang mesra sedia menunggu Najah di bilik ruangan perpustakaan.

“Why do you wanna be a doctor?” salah seorang pegawai MARA bertanya kepada Najah.

“I like to help people and to serve my country.” Jawapan skema diberi oleh Najah.

“if you want to help people it is not necessary to be a doctor.”

“yes, but now I get the offer to be a doctor, why must I find other profession. Plus, I wanna be a gynecologist to fulfill ‘fardhu kifayah’ because you know now there are a lot of male gynecologists.”

“ok. If you can choose between Indonesia and India where do you like to study?”

“I would like to go to India because only India in your list has the twinning programme which I will stay in India for 2.5 years and another 2.5 years is in Melaka.”

“ooh! That is a wise choice. Let say you are offered to go to India and people there want to know about Malaysia, for example Rukun Negara. How can you explain to them?”

“Rukun Negara consists of 5 pillars. Have faith in God, loyal to the King and country. Hehehe. It is difficult to say Rukun Negara in English.”

After a quite long conversation, pegawai MARA berpesan kepada Najah untuk membawa fail sijil ke temuduga yang seterusnya selepas ini. Selepas temuduga, Najah tidak pernah terfikir tentang tawaran MARA tersebut.

Kehidupan Najah diteruskan seperti biasa dan akhirnya PSPM II pun tiba dan berakhir. Sekarang, Najah menunggu keputusan peperiksaan Matrikulasi. Najah sangat berharap untuk berjaya dengan cemerlang supaya dapat mengambil kursus perubatan. Pernah suatu masa Najah berdoa supaya Allah permudahkan jalan untuknya masuk ke bidang perubatan.

Sebulan selepas peperiksaan berakhir, keputusan pun dikeluarkan. Pagi itu, kak long menyemak keputusan matrikulasi di internet. Najah sangat kecewa kerana tidak mendapat keputusan yang diharapkan. Dalam kesedihan itu, Najah menerima panggilan telefon dari MARA menawarkan kursus perubatan di Republik Chech. Najah tidak terus memberi jawapan sebaliknya meminta masa untuk berbincang dengan mak dan abah dahulu. Mak dan abah tidak menunjukkan tanda-tanda bersetuju. Akhirnya kata sepakat diperoleh untuk tidak menerima tawaran itu.

Beberapa hari kemudian, MARA menghubungi lagi untuk menawarkan kursus yang sama di Padjadjaran, Indonesia. Inilah kali pertama Najah mendengar nama tempat yang pelik itu. Indonesia tidak berapa jauh dari Malaysia dan penerbangan Air Asia agak murah. Mungkin itulah yang difikirkan oleh mak dan abah Najah untuk menerima tawaran ke Indonesia dan tidak ke Republik Chech.

“kalau cik Najah menerima tawaran ini, diharapkan cik boleh datang ke UKM. Kita akan adakan temuduga kali ke-2 di kampus perubatan UKM 2 hari lagi.”

Apa!!!Najah seperti tidak percaya ketetapan UKM yang seperti sangat mendadak. Apa boleh buat. Najah terpaksa menurut.

bersambung^_^

4 comments:

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

salamullahi 'alaikum..just wanna share a little bit xperience..ana pun dulu x prnh lgsung trfikir utk mnjejakkan kaki ke bumi mesir utk further stdy dlm medic..sbnrnya x prnh trpk pun nk amek medic..tp bila dh abes isi borg prmohonan jpa/mara dlu,kakak ana tnya "pilih kursus apa?"..ana ckp biotech..dia tny blk "pesal x amek medic"..masa tu la Allah ketuk pintu hati ana utk pilih medic..tp masa tu ana x prnh trpk nk pg mana..tp Allah prmudhkn laluan ana..masa intrview penemuduga tu tny nk pilih negara mana?ana trdiam..lntas dia bg pilihan utk pg mesir dan jordan..ana pun ikut je la..lgsung x trpk UK ke..india ke..nk tunjuk kat cni klau Allah btul2 nk kan kita menuju ke 1 arah,kita past akan ke arah tu..kena yakin dgn apa yg Allah tetapkn utk kita itulah yg trbaik..ssungguhnya prncgn Allah la yg trbaik..x kirala medic padjajaran ke..USM ke..CUCMS ke..klau kita ambil ksmpatan utk korek,kutip dan mnfaatkn mutiara2 yg trsimpan di tmpt tu,past tmpt tu mnjadi tmpt yg mndtgkn hasil lumayan utk masa dpn kita..wallahu'a'lam...

tautanhati said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ye,setuju dengan saudare zul,ketetapan Allah tak siape dapat menghalang,sy pun tak sangke akan amik medic lagi2 di cucms.

Nurul Amiza Mat Adam said...

Salam~cam knal jer cerite spe nie..hehe..

anyway, itulah nmenya takdir,ketentuan Allah..walau ape halangan dan rintangan,jika Allah dah takdirkan kita ambik medic..jd jgk..

'innama amruhuu iza aro da syai an ain yaku la lahu kun fayakuun'

~Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.~

tp sbg hambaNya kta sntiasa BERDOA dan BERUSAHA agr dipermudahkan lorong sudah ditetapkan, krn kta tdk pasti apkah takdir bg kta utk HARI ESOK..

anyway..teruskn menulis,sye tak sbar tggu smbungannye....hehe :)