BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 18, 2008

semakin hari semakin sibuk

Hmm... Sudah seminggu saya memulakan tahun klinikal, dengan pembedahan sebagai posting pertama. Memang amat terasa perbezaannya dengan tahun pre-klinikal dulu. Minggu pertama lagi sudah disibukkan dengan bermacam-macam tugasan. Banyak yang perlu dibaca semula, maklum la setelah sebulan setengah merehatkan otak, huhu...

Minggu pertama, saya telah ditugaskan untuk menjaga wad pembedahan 3B HPJ bersama 3 lagi rakan yang lain. Wad 3B wad perempuan. Hari-hari menjalani rutin yang hampir sama. Datang pagi-pagi jumpa pesakit, kalau ada pesakit baru, temu ramah pesakit baru. 8.00 pagi mengekor doktor-doktor pakar, pegawai perubatan, doktor pelatih, dan para jururawat untuk ward round. Memang penat sebab perlu berdiri berjam-jam tanpa duduk, huhu...

Lepas ward round, kadang-kadang ada bedside teaching. Kalau tak, duduk la di wad tu, sambil menunggu peluang untuk melakukan sebarang prosedur seperti ecg, venopuncture, dressing, dan lain-lain. Petang pula selalunya ada kelas. Macam tu la jadual hari-hari. Hari ni, hari pertama untuk minggu kedua. Tapi hari ni cuti, jadi saya tidak ke hospital. Minggu ni, saya tidak lagi akan berada di wad, tapi akan ke klinik pakar dan ke dewan bedah, lagi la lama perlu berdiri, huhu... Lepas tu nak kena bersedia untuk ditanya oleh doktor-doktor pakar lagi, takut! Tu la, siapa suruh pilih bidang ni, tapi apa nak buat, sabar je la.

Dalam sibuk-sibuk ni, saya hampir terlupa satu perkara. Esok sebenarnya birthday Rafaa'. Jadi di sini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Rafaa'. Semoga hidupnya akan sentiasa diberkati dan bahagia. Belajar betul-betul ok!

nota kaki 1: entri ini bukan entri keluhan
nota kaki 2: tensi kerana rumah belum ada internet, kene tunggu 3 minggu lepas apply baru boleh dapat, ade ke patut??!!

1 comments:

Anonymous said...

salam,roi.palpitation lepas bc entry ni..x sabar nk masuk clinical year n takut jgk rs...