BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 9, 2008

CINTA KITA DAN CINTANYA BERBEZA

CINTA KITA DAN CINTANYA BERBEZA

Sakit kepala masih terasa gara-gara menelan satu biji Nifedipine di lab pagi tadi. Dr. Suryo (Pharmacology department) menyediakan satu eksperimen ‘to compare the effect of coronary vasodilator drugs’ untuk lab activity. Setiap tutorial diberi 2 jenis drug dan 2 orang yang sihat dari setiap tutorial dipilih untuk menjadi ‘subject’. Salah seorang dari orang yang sihat itu adalah saya.heheh..(alhamdulillah..jgn riya’). Ada 4 jenis drug: nitroglycerin, isosorbide dinitrate, nifedipine, dipridamol.

Sebelum eksperimen dijalankan, semua ‘subject’ diperiksa terlebih dahulu: bp, pulse rate, respiration rate, temperature..semuanya within normal limit (sihat tuh). Saya diberi makan ubat D (double blind…tak tahu ubat ape). Vital sign diperiksa semula setiap 15 minit dalam masa 45 minit. Semua vital sign menunjukkan penurunan kecuali suhu badan yang tetap normal.

Selesai eksperimen saya ke tandas dan terkejut apabila melihat kulit muka menjadi merah. “eh, aku malu kat sape nih!” bicaraku dalam hati (xleh cakap kuat2 nnt ade org dlm toilet tu dgr). Ingatkan gue aja yang perasan, tapi Aizon (my colleague) pun perasan jugak. Bila dah tahu drug D tu ialah Nifedipine, baru terasa ‘side effect’nya: flushing, dizziness, headache. Nifedipine tu long-acting…sampai petang terasa kesan ubat tuh…nyut3 kepala..rasanya mau pecah!

Tapi takpe, hari ni ada makan free. Ada orang Malaysia datang!Program apa ntah..Program Pengantarabangsaan Malaysia-Indonesia???emm…yang itulah.. Maka berjumpalah gue ini dengan student Malaysia. Katanya 3 orang student mewakili setiap universiti. Jumpa seorang kaunselor dari UiTM, Pn. Azah. Gue diminta memanggilnya auntie azah. Baek! Ngobrol terus dengan Aunt Azah sampe sore (petang).

Sebenarnya entry ini nak bercerita tentang usrah malam ni/tadi..CINTA KITA DAN CINTANYA BERBEZA…melencong pulak dari niat sebenar…heheh. Nak bagi apa ya usrah malam ni. Sakit kepala nih.. tak boleh nak berfikir (sj je alasan). Alia bersetuju untuk ‘conduct’ malam ni. Elok bebenor la tu. Alhamdulillah dapat sahabat yang memahami.

“Tsauban sangat mencintai dan merindui Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan Rasulullah. Tsauban resah kalau tak dapat bertemu dengan Rasulullah walau sehari. Suatu hari, tsauban bercerita kepada Rasulullah apa yang merunsingkannya. Dia risau kalau-kalau tidak dapat bertemu lagi dengan Rasulullah di syurga nanti. Maklumlah, Rasulullah tu dah confirm masuk syurga tapi Tsauban...em...daripada cerita ni dapatlah kita tahu bahawa cinta kepada Rasul adalah cinta sejati yang berlandaskan iman yang tulin. Cinta kepada Rasulullah bererti kita cinta kepada Allah. Cinta akan membuatkan kita sentiasa teringat-ingat dan ingin berjumpa dengannya. Cintailah yang berhak dicintai iaitu Allah, Rasulullah dan makhluk ciptaan Allah. Kalau kita mencintai seseorang itu, pasti kita mahu meniru gaya atau sifat orang yang kita cintai tu kan. Nah, sekarang cintailah Rasulullah dan tirulah sifat Rasulullah. Pastikan setiap hari, kita berjaya mengaplikasikan sifat Rasulullah dalam kehidupan harian: SiFAT (Siddiq, Fathanah, Amanah, Tabligh). Tak usah kita nak uar-uarkan kepada orang apa kebaikan yang kita lakukan kerana yang paling baik itu ialah yang menutup (merahsiakan) kebaikan yang dilakukan. Lagi pula, kita tidak layak untuk riya’, sombong atau takbur di hadapan Allah. Hanya Dia yang layak. Untuk membandingkan betapa kerdilnya kita, cuba bayangkan kita pergi ke PaUn (pasar unpad) pada pagi ahad. Semasa sedang berjalan dengan sandal Scholl, tiba-tiba nampak seorang ibu memakai selipar jepun (bukan made in jepun ye). Dalam hati ni terdetik “slipper aku lagi bagus, mahal. Maklumlah, aku ni golongan yang loaded. Hahaha.” Kita telah takbur di Unpad. Unpad tu dimana?-jatinangor. Jatinangor tu di mana?-bandung. Bandung tu di mana?-jawa barat. Jawa Barat tu di mana?-indonesia. Indonesia tu di mana sih?-asia tenggara. Asia tenggara tu di mana?-benua asia. Benua asia tu di mana?-bumi. Bumi tu di mana?-galaksi bima sakti. Bima sakti tu…?-di mana kita tadi? Nun di sana tuh…sangat kerdil kan…maka layakkah kita nak bermegah?”

Maka sahabat-sahabat sekalian, tuntutlah ilmu (eh!tibe2 plak…nk g study la ni..). Jangan sia-siakan kesempatan yang ada. Usrah adalah salah satu medan untuk kita berkongsi ilmu. Usrah juga mengingatkan kita apa yang kita lalai dan sebagai pengecas keimanan kita. Insya-Allah, dengan usrah kita bukan setakat menjadi seorang muslim tapi juga seorang mu’min. So, jangan give up usrah ya!

0 comments: