“eno x dtg usrah mlm ni tau..eno xnk join dh.”
Aku mendapat pesanan dari atin menerusi yahoo messenger. Semasa ber’ym’ dengan atin petang semalam, aku memberitahu atin bahawa usrah akan diadakan pada jumaat malam seperti biasa. Kami biasa mengadakan usrah pada waktu ini. Rutinnya dijalankan pada setiap minggu selepas solat isya’ berjemaah. Oleh sebab kami baru memasuki semester baru, Cardiovascular System, masing-masing sibuk dengan learning issue (L.I) yang terasa makin mencabar, membuatkan kami lupa untuk berusrah. Inilah kali pertama usrah diadakan selepas kami pulang dari
Aku berfikir tentang tajuk yang bakal dibincang dalam usrah nanti dan mendapat ide untuk mengupas tajuk berkaitan aurat. Petang itu selepas pulang dari kelas renang, aku membuat rujukan tentang topik tersebut. Berkobar-kobar semangatku untuk memberikan kefahaman kepada sahabat-sahabat tentang aurat tapi semangatku sedikit luntur selepas menerima ym dari atin.
Adakah aku telah gagal menanamkan rasa minat dan cinta usrah kepada sahabat-sahabatku? Adakah hatiku diselaputi dosa sehinggakan apa yang aku sampaikan dalam usrah tidak memberi kesan dalam hati sahabat-sahabatku? Adakah ini ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana aku ikhlas dalam kerja ‘amar ma’ruf nahi munkar’?
Ya Allah! Ampunilah dosaku. Permudahkanlah urusanku. Ikhlaskanlah diriku. Jadikanlah ilmu yang aku sampaikan bermanfaat kepada siapa yang mendengar. Jangan Kau jadikan diriku fitnah bagi orang lain. Bukakanlah pintu hati kami ini supaya kami mahu mendengar kebaikan dan mengamalkan ilmu yang telah Kau sampaikan kepada kami.
0 comments:
Post a Comment