BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 17, 2009

Indahnya tawakkal...

Assalamualaikum..

Alahai..sudah lama saya tak menjenguk blog sendiri...Sangat la berhabuk..Bukan menyepikan diri,tetapi sibuk berjuang dengan peperiksaan Profesional 2 yg telah selamat ditempuhi.Memang ada hajat dihajat di hati untuk berkongsi sesuatu,tetapi tak punya kesempatan.Study group dibuat hampir sepanjang hari.Kemudian,apabila selesai peperiksaan,hati pula berdebar menanti keputusan diumumkan.Di saat menanti nama diumumkan,rasa seperti akan terkena serangan asthma.Akan tetapi,dikuatkan juga hati ini.Sementara menanti Dekan dan Pengerusi Fasa II masuk ke dewan,saya mengingatkan rakan2 study group,"apa jua keputusan terimalah dengan hati terbuka..kita semua dah usaha,Allah jualah yang menentukan apa yg terbaik buat kita semua..yakinlah...pasti ada hikmah di sebaliknya."

Alhamdulillah,kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Yang Esa atas nikmat kejayaan ini.Majoriti pelajar tahun 3 lulus dan berjaya naik ke tahun 4.Namun,beberapa orang rakan diuji dengan kegagalan.Tidak sampai hati melihat air mata dan wajah sedih mereka,hanya kata2 semangat mampu saya titipkan.Saya tahu,mana mungkin saya merasai apa yg mereka rasa tetapi saya yakin bahawa mereka adalah orang yang terpilih untuk melalui ujian tersebut.Hakikatnya,kami yang berjaya ini pun berdepan dengan ujian.Semoga kami menjadi hamba yg tetap bersyukur dan istiqamah dengan amalan kami.

Melihat pada tajuk entri saya kali ini,ingin saya berkongsi suatu kisah.Sebulan sebelum exam,saya menghadiri kelas terapi hati yang disampaikan oleh isteri seorang pensyarah atau lebih mesra dipanggil Kak Nur.Entah mengapa hati saya begitu kuat untuk datang ke kelas tersebut.Kebetulan,hujan mencurah-curah tetapi saya tetap juga berkeras.Saya ajak sekali rakan2 study group utk ke surau tempat kelas tersebut diadakan.Sampai di sana,kami menggigil kesejukan.Mana tidaknya,habis pakaian kami lenjun kebasahan.Saya berseloroh dengan teman2,tak mengapa kita basah kerana setitis ilmu,moga ada berkatnya.

Mujur kelas belum dimulakan kerana Kak Nur baru sahaja sampai.Minggu tersebut adalah sesi untuk kelas tasawuf.Pengajaran tasawuf adalah dengan merujuk kepada buku 'Membina Personaliti Rabbani'.Di tengah2 sesi pengajaran,Kak Nur menyentuh perihal tawakkal.

Kak Nur : Pernah tak adik2 apabila dah abes exam contohnya,masih lagi risau memikirkan result yg bakal diterima nanti??

Kami : ....(terdiam,maknanya setujulah)

Kak Nur : Emm,diam nie maksudnya ade laa kan..Tahu tak kenapa jadi macam tu?

Kami : Tak tahu (sambil geleng kepala)

Kak Nur : Sebab adik2 tak cukup yakin dengan Allah dan tak benar-benar bertawakkal.

Saya : (gulp...Ya Allah,terasanya aku)

Kak Nur : Akak kasi satu analogi yang mudah..Bila adik ke tandas,kemudian adik tinggalkan barang adik bersama kawan,adik tentu tak risau kan.Sebab apa??Sebab adik betul2 kenal kawan adik,percaya dan yakin yang dia akan jaga barang adik elok-elok.Adik2,dengan Allah lebih2 lagi kita kena yakin dan percaya kerana Dialah yang menentukan segalanya.Setiap saat yang berlalu tidak terlepas daripada pandangan-Nya.Apabila kamu semua mengejar sesuatu,usahalah bersungguh-sungguh,selebihnya serahkan pada Yang Kuasa.Kelak,bila terima natijahnya,pasti kamu akan berlapang dada.

Apa yang disampaikan oleh Kak Nur,benar2 terkesan dihati saya.Sejak hari itu,saya tanamkan dalam diri,berusahalah selagi ada masa dan jangan sesekali lupa untuk pasakkan keyakinan pada Ilahi.Tiap kali usai solat,ada suatu doa yang saya panjatkan.."Ya Allah,andai beroleh kejayaan itu baik buatku,maka jadikanlah aku hamba yang bersyukur,namun demikian jika sebaliknya baik buatku,jadikanlah aku hamba yang sabar dan redha dengan ketentuan-Mu.Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu".

Kini,saya benar-benar merasai indahnya tawakkal..Thank You ALLAH!!!

p/s:maaf,ayat terlalu serabut.sudah lama tak mengarang.

by; Rafaa'

2 comments:

roi said...

tahniah rafaa'!!!

rafaa' said...

thanx roihan..(^_^)