Monday, April 27, 2009
.: Tempayan Retak :.
Posted by tautanhati at 7:42 AM 8 comments
Thursday, April 23, 2009
.: Sukanya Dia :.
~ TBN- Taman Bunga Nusantara ~
Tapi, DIA nak pergi jalan-jalan jugak sebelum balik Malaysia. Boleh ke? DIA nak pergi 2 tempat sebelum balik ni. Taman Bunga Nusantara & Dufan. Jom ikut DIA!
Posted by tautanhati at 10:06 PM 2 comments
Wednesday, April 22, 2009
.: Pergi Yang Kembali Lagi :.
Makan-makan di Papa Ron's Pizza dengan Kak Tasha, Nik, King meninggalkan memori indah (sebab dapat makan pizza free. Kak Tasha belanja). Emmm....rugi Alia tak dapat ikut. Kami makan pizza PaHe (paket hemat)- Rp. 15000/orang. Best3.
Jumpa pulak Aiman n de geng. Makan2 jugak.
Aiman: Kak Tasha, Kak Ijah, jangan lupa buat persembahan Ahad malam nanti.
GUE: Ala...mualessnye...
Hari Ahad minggu itu. Emmm...berapa hb ye?12 April (baru je check it out!). Sangat meletihkan. Why???
8.00-10.00 : Netball match. Semi-final. Dapatlah nombor 3!!!
11.00 : Naik ojeg pergi FK. Naik bas dari FK ke rumah Dr. Tri. Makan-makan.
Aduh, beratnya kelapa! oooppsss...kepala. Rasa cam nak demam.
Rasa- rasa itu betul rupanya.
4.00 : Balik rumah, terus mandi untuk sejukkan kepala.
5.30 : Tidur jap. Alamak! Performance nak buat ape. Pantun? Seloka senang sikit kot.
6.00 : Fikir cepat! Idea, please come to me!
6.30 : Boleh tidur lagi sebab A.B.C.
7.00 : Jom pergi Majlis Jalinan Mahabbah!
Di Bale 4, duduk la GUE di depan sekali. Sejuk betul! Tukar tempat la. Badan rasa tak enak nye. Badanku mengamuk! Aduh, bertenang donk!
Selepas beberapa ucapan dan pengisian, kami pun diizinkan untuk makan. Kak Ijah dan Kak Ainur pun ada. Kami makan bersama-sama. Ajaibnya, tiba waktu makan, GUE tiba-tiba sihat. Alhamdulillah. Tambah nasi pulak tu. Nasi ala-ala nasi ayam tu jadi sangat enak. Dapat 2 ketul ayam. Sedapnyeeee!
Speech time! For those who will leave UNPAD Jatinangor. GUE la tu (and da gang).
This is for you all!
Salam mahabbah ucapan pemula,
Suhaijah Razali ingin berseloka,
Buat ingatan kepada semua,
Jangan dilupa kami di sana.
Mula-mula kenal senior 2005,
Mohsein, Fathi, Kak Aimi, Kak Tasha,
Eh, ada lagi rupa-rupanya,
Kak Izzah, Kak Aida, Kak Kem juga.
Mereka 'supporting'-'supporting' semua,
Pemberi pinjam buku dan soalan past year,
Kalau ada masalah apa-apa,
Rujuklah mereka yang sentiasa bersedia.
Sahabat 2006 pula,
Ramai sungguh tak terkira,
Tak sempat saya nak sebut semua,
Tapi mereka dan saya kumpulan Bendahara.
Junior 2007 dan 2008 ye,
Jasa mereka tak terhingga,
Sehingga berjaya banyak acara,
Apa yang penting? Kerjasama.
Teraju IMAN, Jamaluddin b. Musa,
Orangnya kecik, berkarliber,
Nurul Aiman pula penolongnya,
Lembut dan kelakar citra ayunya.
Kepada yang tak tersebut namanya,
Jangan pula terasa di jiwa,
Bukan saya lupa anda semua,
Cuma sudah ketandusan idea.
Jangan diucap selamat tinggal,
Ucaplah sampai jumpa lagi,
Kenangan kita jangan tertanggal,
Sematlah ia di dalam hati.
Wah, wah, wah! Seloka ni kena baca dengan intonasi yang betul. Kalau tak, tak kena pulak rimanya. Pandai-pandailah ye.
eg. "Kak Tasha" dibaca "kak tashe". hee...sorry kak tasha...jadi contoh teladan pulak!
Bawa balik hadiah dari IMAN. Best3. Kami bersalaman dan berpelukan dan bertangisan. Jangan dirisaukan, pergiku insyaALLAH akan kembali lagi ke kota Bandung yang sangat best ni. JOM VISIT BANDUNG!!!
Posted by tautanhati at 6:17 PM 5 comments
Sunday, April 19, 2009
home sweet home~
Pejam celik,sudah seminggu saya berada di rumah.Cuti semester kali ini adalah cuti paling panjang yang saya dan rakan2 nikmati sepanjang bergelar pelajar perubatan USM.Tetapi,ini bukan sekadar cuti biasa.Kami perlu menyelesaikan tugasan elektif kami.Projek elektif menjadi syarat untuk bergelar graduan nanti.Pelbagai aktiviti dirancang oleh pelajar2 tahun 3.Ada yang ke luar negara menjalankan misi kemanusiaan dan ada pula yang menjalankan aktiviti di sekitar Malaysia.Walau apa jua aktiviti yang dirancang,pasti menjanjikan pengalaman baru.Bagi saya,pada awalnya saya mendapat pelawaan daripada Prof Zabidi untuk menjalankan elektif di UK.Beliau mencadangkan kepada saya dan empat org mentee beliau.Memang cadangan yang menarik memandangkan beliau sudi membantu.Hanya yang kami perlu fikirkan adalah kos.Walaubagaimanapun,cadangan hanya tinggal cadangan kerana akhirnya semua membawa haluan masing-masing.Tidak mengapalah,mungkin tiada rezeki.
Jadi,saya perlu memikirkan aktiviti saya sendiri.Saya turut menerima pelawaan untuk menyertai misi kemanusiaan ke luar negara,tetapi setelah menimbangkan beberapa perkara,saya menolak pelawaan tersebut.Kalau boleh,saya mahu melakukan sesuatu yang simple tetapi bermanfaat.Penasihat Akademik(PA) saya mencadangkan agar saya mengajar di rumah anak-anak yatim.Perkara itu katanya nampak seperti sangat mudah,tetapi berapa kerat sahaja yang mampu melakukannya.Sebenarnya,sudah lama terdetik dalam hati untuk menabur sedikit bakti buat golongan ini tetapi tiada kesempatan.Mungkin inilah masa yang terbaik.Masih saya ingat pesanan seorang pensyarah,katanya kita sebagai pelajar atau pengamal perubatan bukan hanya merawat fizikal manusia,tetapi kita perlu merawat jiwa mereka andai berkemampuan.Tidak semua insan punya peluang dan ruang untuk membantu anak bangsa.Nah,apabila sudah terbuka jalan teruskan sahaja.
Justeru,apabila diteliti pelbagai aspek,saya menyambut baik cadangan PA saya.Tambahan lagi,ada sebuah rumah anak yatim yang baru beroperasi tidak jauh dari rumah saya.Rumah Penyayang Tun Abdul Razak adalah dibawah naungan Yayasan Rahah,menempatkan anak-anak yatim berusia 9 hingga 18 tahun.Saya sudah pun bertemu Pengetua untuk membincangkan projek elektif ini.Beliau amat mengalu-alukan sebarang bantuan buat warga rumah penyayang tersebut.Mujur Allah mudahkan segala urusan.Apa yang tinggal sekarang ialah persediaan saya untuk mengajar mereka.Therefore,this project will be my focus during the long holiday...
Selain itu,saya ambil peluang cuti panjang ini untuk meringankan bebanan ibu di rumah,mahirkan diri memandu kereta,jadi babysitter dan banyak lagi aktiviti lain.Yang pasti,minggu hadapan saya akan ke Kuala Lumpur untuk ke pesta buku selain menziarahi abang di sana.Tak sabar rasanya menambah koleksi bahan bacaan (sediakan duit je laa)...Hmm,rasanya sampai disini sahaja saya membebel.Moga dipertemukan di lain waktu.(*_*)
Posted by tautanhati at 2:34 PM 3 comments
Labels: diari
Friday, April 17, 2009
Indahnya tawakkal...
Assalamualaikum..
Alahai..sudah lama saya tak menjenguk blog sendiri...Sangat la berhabuk..Bukan menyepikan diri,tetapi sibuk berjuang dengan peperiksaan Profesional 2 yg telah selamat ditempuhi.Memang ada hajat dihajat di hati untuk berkongsi sesuatu,tetapi tak punya kesempatan.Study group dibuat hampir sepanjang hari.Kemudian,apabila selesai peperiksaan,hati pula berdebar menanti keputusan diumumkan.Di saat menanti nama diumumkan,rasa seperti akan terkena serangan asthma.Akan tetapi,dikuatkan juga hati ini.Sementara menanti Dekan dan Pengerusi Fasa II masuk ke dewan,saya mengingatkan rakan2 study group,"apa jua keputusan terimalah dengan hati terbuka..kita semua dah usaha,Allah jualah yang menentukan apa yg terbaik buat kita semua..yakinlah...pasti ada hikmah di sebaliknya."
Alhamdulillah,kesyukuran hanya dipanjatkan kepada Yang Esa atas nikmat kejayaan ini.Majoriti pelajar tahun 3 lulus dan berjaya naik ke tahun 4.Namun,beberapa orang rakan diuji dengan kegagalan.Tidak sampai hati melihat air mata dan wajah sedih mereka,hanya kata2 semangat mampu saya titipkan.Saya tahu,mana mungkin saya merasai apa yg mereka rasa tetapi saya yakin bahawa mereka adalah orang yang terpilih untuk melalui ujian tersebut.Hakikatnya,kami yang berjaya ini pun berdepan dengan ujian.Semoga kami menjadi hamba yg tetap bersyukur dan istiqamah dengan amalan kami.
Melihat pada tajuk entri saya kali ini,ingin saya berkongsi suatu kisah.Sebulan sebelum exam,saya menghadiri kelas terapi hati yang disampaikan oleh isteri seorang pensyarah atau lebih mesra dipanggil Kak Nur.Entah mengapa hati saya begitu kuat untuk datang ke kelas tersebut.Kebetulan,hujan mencurah-curah tetapi saya tetap juga berkeras.Saya ajak sekali rakan2 study group utk ke surau tempat kelas tersebut diadakan.Sampai di sana,kami menggigil kesejukan.Mana tidaknya,habis pakaian kami lenjun kebasahan.Saya berseloroh dengan teman2,tak mengapa kita basah kerana setitis ilmu,moga ada berkatnya.
Mujur kelas belum dimulakan kerana Kak Nur baru sahaja sampai.Minggu tersebut adalah sesi untuk kelas tasawuf.Pengajaran tasawuf adalah dengan merujuk kepada buku 'Membina Personaliti Rabbani'.Di tengah2 sesi pengajaran,Kak Nur menyentuh perihal tawakkal.
Kak Nur : Pernah tak adik2 apabila dah abes exam contohnya,masih lagi risau memikirkan result yg bakal diterima nanti??
Kami : ....(terdiam,maknanya setujulah)
Kak Nur : Emm,diam nie maksudnya ade laa kan..Tahu tak kenapa jadi macam tu?
Kami : Tak tahu (sambil geleng kepala)
Kak Nur : Sebab adik2 tak cukup yakin dengan Allah dan tak benar-benar bertawakkal.
Saya : (gulp...Ya Allah,terasanya aku)
Kak Nur : Akak kasi satu analogi yang mudah..Bila adik ke tandas,kemudian adik tinggalkan barang adik bersama kawan,adik tentu tak risau kan.Sebab apa??Sebab adik betul2 kenal kawan adik,percaya dan yakin yang dia akan jaga barang adik elok-elok.Adik2,dengan Allah lebih2 lagi kita kena yakin dan percaya kerana Dialah yang menentukan segalanya.Setiap saat yang berlalu tidak terlepas daripada pandangan-Nya.Apabila kamu semua mengejar sesuatu,usahalah bersungguh-sungguh,selebihnya serahkan pada Yang Kuasa.Kelak,bila terima natijahnya,pasti kamu akan berlapang dada.
Apa yang disampaikan oleh Kak Nur,benar2 terkesan dihati saya.Sejak hari itu,saya tanamkan dalam diri,berusahalah selagi ada masa dan jangan sesekali lupa untuk pasakkan keyakinan pada Ilahi.Tiap kali usai solat,ada suatu doa yang saya panjatkan.."Ya Allah,andai beroleh kejayaan itu baik buatku,maka jadikanlah aku hamba yang bersyukur,namun demikian jika sebaliknya baik buatku,jadikanlah aku hamba yang sabar dan redha dengan ketentuan-Mu.Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu".
Kini,saya benar-benar merasai indahnya tawakkal..Thank You ALLAH!!!
p/s:maaf,ayat terlalu serabut.sudah lama tak mengarang.
by; Rafaa'
Posted by tautanhati at 11:48 AM 2 comments