Debaran Bermula
Apa!!!Najah seperti tidak percaya ketetapan UKM yang seperti sangat mendadak. Apa boleh buat. Najah terpaksa menurut.
Najah ke Kuala Lumpur bersama teman baiknya yang juga mendapat tawaran yang sama, Hayah. Mereka menaiki bas di Terminal Makmur, Kuantan. Najah dihantar oleh mak dan abah ke Terminal Makmur. Sempat dirakamkan dialog antara Najah dengan abahnya:
Najah: Abah, Najah main-main je ni ey. Kalau dapat, dapat. Kalau tak, bagus jugak.
Abah: Eh, ada ke pulak macam tu. Buat biar bersungguh-sungguh. Dapat ke tak, tu lain cerita. Usaha mesti maksimum. Cuba tengok Hayah tu. Abah kagum dengan dia. Berdikari, cekal, tabah.
Najah tersedar. Betul kata abah, Hayah seorang yang pandai berdikari. Najah pula asyik bergantung kepada mak dan abah. Najah bersyukur kerana masih punya abah dan mak yang sangat menyayangi dan mengambil berat akan dirinya. Setelah bersalaman, Najah dan Hayah pun berangkat ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional. Mereka turun di Gombak dan akan diambil oleh abang Hayah.
Abang Hayah menghantar mereka ke Kampus Perubatan UKM di HUKM. Di situ, mereka berkenalan dengan Nik dan Hasliza. Oleh sebab mereka adalah antara yang terawal hadir, mereka diberi apartment fello di tingkat teratas bangunan asrama. Apartment tersebut agak selesa lengkap dengan ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur dan bilik mandi. Hayah dan Najah memilih untuk tidur di atas tilam di bawah sementara Nik dan Hasliza tidur di atas katil. Pada malam itu, mereka diberi taklimat tentang program perubatan yang bakal mereka lalui ini. Najah mentelaah nota-nota pelajaran kerana dia telah berjanji kepada abah untuk membuat yang terbaik.
Keesokan hari, Najah dan kira-kira 45 orang yang lain memasuki dewan peperiksaan untuk menjawab soalan “UNPAD entrance test” dan ujian psikologi. Selepas makan tengah hari, temuduga dengan wakil UNPAD dan wakil UKM pula dijalankan. Wakil UNPAD yang menemuduga Najah ialah Dr. Setiawan (Dr. Tiaw) dan wakil UKM ialah Prof. Nabisyah. Semua pelajar yang hadir ke sesi temuduga di UKM ini berjaya melanjutkan pelajaran ke UNPAD tetapi tidak semua memilih untuk menerima tawaran ini termasuk teman baik Najah, Hayah.
Beberapa hari selepas temuduga di UKM, Najah dipanggil untuk mengikuti kursus Biro Tatanegara (BTN). Pada masa itu, Hayah belum membuat keputusan untuk pergi atau tidak tetapi setelah dipujuk oleh Najah, Hayah menurut akhirnya. Sekali lagi, mereka ke Kuala Lumpur bersama-sama menaiki bas Transnasional. Mereka diarahkan untuk menunggu di Masjid Negara pada pagi keesokan harinya. Kursus BTN yang mereka ikuti adalah di Kem Kulim, Kedah. Mereka berada di sana selama 5 hari. Mereka berkenalan dengan kawan-kawan lain yang juga akan mengikuti program yang sama, Twinning Programme UKM-UNPAD. (ingat tak lagu: lari lari angkat kaki...)
5 hari berjauhan dari mak dan abah terasa seperti setahun. Najah tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumah. Hari yang masih tinggal untuk bersama keluarga sudah tidak lama kerana lima hari setelah pulang dari BTN, Najah sudah mahu berlepas ke Indonesia. Selepas pulang dari BTN, Hayah membulatkan tekadnya untuk memilih USM instead of UNPAD. Walaupun sedih terpaksa berpisah dengan Hayah namun Najah merelakannya.
Hari yang mendebarkan hampir tiba. Najah diminta ke Kuala Lumpur dua hari lebih awal dari tarikh yang sebenarnya kerana akan diadakan perjumpaan di MARA HQ. Kali ini Najah bersendirian menaiki bas Transnasional (pandai jgk brdikari si najah ni ek..tak takut ke..). Najah turun di Jalan Pekeliling pada jam 7 malam. Sambil menunggu ketibaan Ayah Lik untuk menjemput Najah, Kak Ngah yang berada di UTM City Campus berkali-kali menelefon untuk memastikan keselamatan Najah. “ jangan sampai tertidur dalam bas tu. Alert sikit.” Pesan Kak ngah sewaktu Najah masih di dalam bas.
Ayah Lik, bapa saudara kesayangan Najah menjemput Najah. Ayah Lik banyak memberi semangat kepada Najah untuk terus menyahut cabaran menjadi doktor pertama dalam keluarga.
Ayah Lik: ayah lik dulu nak jadi doktor dah tapi sebab takut darah, tak jadi lah. Tu yang jadi engineer sekarang ni. Hehehe...
Che Su, isteri ayah lik, menghantar Najah ke MARA HQ. Najah dan kawan-kawan lain yang confirm akan pergi ke UNPAD berkumpul di situ untuk mendengar taklimat dari pegawai MARA. Taklimat itu adalah tentang kehidupan di Indonesia, buku-buku rujukan untuk student medic dan nasihat-nasihat lain yang berguna. Mereka diingatkan untuk berkumpul di UKM bersama keluarga untuk pendaftaran pelajar baru UKM esok.
Esoknya, Najah membawa rombongan dua buah kereta ke UKM (ingat lagi, Pajero tu abah beli sempena nak hantar Najah..dulu ada van tapi dh jual. Abah ingat tak nak pakai yang besar2 dh. Tapi kena jgk. Honda mana muat nak isi smua sibling Najah..hehehe). Di UKM, Najah dan teman-teman yang lain diberi taklimat dan mereka menyanyikan lagu rasmi UKM. Mereka dipaksa untuk bermalam di asrama UKM kerana bimbang ada yang terlambat keesokannya. Najah berkongsi bilik dengan Syu. Pada malam itu, Najah sudah tidak lena tidur memikirkan esok adalah hari perpisahan dengan keluarga tercinta.
Bersambung (^_^)
Sembang meja makan
4 years ago
6 comments:
Salam alaik ijah..teringat pulak kenangan 2 thn lepas..cepatnye mase berlalu..rase cam baru je sume tuh..huhu..
w'slm...
tujuan cerita ni di coretkan supaya kte x lupa kenangan ini...semoga menjadi kenangan terindah...(^_~)
jah,bdk yg name hayah tu tabah eh??hmm,mungkin dulu kot.skang kejenya blk rumah je..pantang ade cuti..huhu
hehehe...xpe..kalo rumah najah tu dekat,dia pn akan same ngn hayah jgk.balik sokmo...
imbas kembali ek??
emmm...
Post a Comment