BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 20, 2008

~Penawar daripada Al-Quran~

Arghhhhh!!!!

"Banyaknya notes yg x disentuh.Apa yg dah blaja before dis dah lupe..Apa nak wat ni.Macam mane kalau fail exam..Naudzubillahi min zalik..Serabutnye kepala,sesak dada memikirkannye..Camne nak tenangkan jiwa yg kuat berkocak nie???"

"Ya Allah,tenangkanlah hatiku dan lapangkanlah dadaku ini..."
Terpacul juga kalimah pengharapan seorang hamba yang lemah kepada Khaliqnya..

Sebagai seorang yang berkelana menimba ilmu,saya rasa kita seringkali berhadapan dengan situasi seperti ini.Sedarlah wahai rakan-rakan sekalian,untuk mendapatkan setitis ilmu memang payah.Adat orang menuntut ilmu perlu menempuh pelbagai ujian dan dugaan.Tetapi,tenanglah kerana langit tidak selalunya mendung dan setiap kesusahan pasti akan diiringi dengan kesenangan.Bahkan,kita seharusnya berasa bertuah kerana dianugerahkan al-Quran yang merupakan syifa' yang mujarab di saat kita berasa tidak mampu menanggung segala jerih payah ini.Semuanya terpulang kepada kita samaada sekadar memandang seperti angin lalu atau mengambil segala macam hikmah yang tersembunyi..

Di ruang yang amat terhad ini,saya ingin berkongsi hikmah yang dicedok daripada al-Furqan sabagai panduan di saat diri dihimpit pelbagai ujian..

Doa penerang hati..

-"Iaitu orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenang." (ar-Ra'd:28)
-al-Insyirah:1-8

Al-Kalam punya semua jawapan...

Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (al-Ankabut:2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah:216)

Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah:286)

Rasa frust??

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman." (Ali Imran:139)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(at-Taubah:111)

Kepada siapa aku perlu berharap?
"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakal."(at-Taubah:129)

Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(Yusuf:12)






0 comments: