BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 19, 2010

.: Raya Itu :.

Hari raya haji tahun ni beraya dengan Ha n Aina di rumah Ayah Lik. Tinggal kami bertiga je. Ayah Lik sekeluarga balik Kelate. Memori ini...


7.30 pm: ha n aina sampai di midah. solat maghrib n makan kue tiaw berkuah.
8.30 pm: bergerak pulang. singgah di Giant kajang. beli bahan2 mentah untuk raya esoknya.


kami bercadang nak buat kuah lodeh. cari punya cari ketupat nasi mini Nona...kt giant dah sold out. alhmdulillah jumpa juga kt kedai runcit.


malam tu kami tidur pada jam 2 am sebab nak siapkan kuah lodeh, masak ketupat nasi mini nona, buat kek chocolate moist favouriteku n buat sambal karipap putar aina.


pagi esoknya, abah telefon...kejutkan kami bangun. pukul 8, yang boleh solat pergi solat raya di surau/masjid jenaris. yang tak pergi, dengar orang bertakbir n khutbah kt tv je... live from masjid negara. sambil2 tu kemas rumah, sapu n mop lantai n tangga. (detailnye cerita...)


belajar buat ketupat putar daripada aina. alhamdulillah, semuanya menjadi. pukul 11 am baru kami bersarapan.



~juadah di pagi raya~


pukul 12, kami bergerak ke rumah pkck pe'i kt ampang. sepupu abah. kami bawa kek chocolate moist favouriteku ke sana. cik ju kata sedaaap...~kembang sat...pukul 2.30, kami minta diri untuk ke rumah kak na kt taman kota cheras. sepupu mak pulak. kami bawa kek chocolate moist favouriteku n karipap putar aina. pukul 5.30pm, kami pulang ke pangkal jalan. sampai2 je rumah, terus 'on' tv menonton telemovie "ku yakin berlaku" di astro oasis.


best cerita ni...
1. nilai2 islam diterapkan dengan baik ie. tiada sentuhan antara lelaki dan perempuan, semua pelakon menutup aurat.
2. pengajaran 1: dosa2 kita tidak perlu diceritakan/disebarkan kepada semua orang. setelah kita bertaubat, tak perlu ungkit kisah2 silam/hitam.
3. pengajaran 2: syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami. syurga suami pula di bawah tapak kaki ibunya. seorang isteri perlu taat pada suami.
4. pengajaran 3: yakinlah bahawa sesuatu yang baik pasti berlaku asalkan kita sabar berdoa.
5. pengajaran 4: sejahat mana pun kita, Allah akan menerima taubat kita dan sentiasa ada peluang untuk kita untuk baiki kesalahan.





malam tu, kami keletihan. sat lagi nak balik midah pulak. ha kata nak hantar pukul 10 pm. ada masa 1jam untuk kutidur sekejap di rumah ayah lik ni. 10.30 pm, sampai di midah. bye2 ha n aina. huk3...sedih...


sepanjang hari raya satu hari ni, abah yang banyak 'call' kami. mak, kami yang 'call'. kenapa eh? mak takut nangis ke?

Sunday, October 24, 2010

.: SemuT :.

Seorang sahabat kelihatan sangat pelik memikirkan kenapa masih ada orang yang menentang satu pihak ini yang banyak berjasa. Pihak ini memberikan banyak kemudahan dari segi kewangan, dan macam-macam jenis bantuan lagi.


Fenomena ini tak hairanlah, kawan. Tuhan yang Maha Hebat pun orang berani lawan inikan pula manusia yang belum tentu betul atau salah. ingin diingatkan kepada kawan, rezeki tu hak Allah. Allah yang beri rezeki kepada kita. Pihak itu atau pihak ini hanyalah sebagai pengantara. Jangan kawan fikir yang tanpa pihak itu atau pihak ini, kawan akan hidup susah. Siapa mereka untuk menyekat rezeki yang Allah nak bagi?


Kawan pernah dengar cerita semut dengan Nabi Sulaiman?
Suatu hari Nabi Sulaiman terjumpa semut yang sedang mencari makanan. Nabi Sulaiman bertanya banyak mana semut makan. Semut jawab, semut makan sebiji beras untuk sebulan. Nabi Sulaiman berkata, "Kalau setakat sebiji beras, aku boleh beri lebih daripada tu." Nabi Sulaiman mempelawa semut untuk tinggal bersama Nabi supaya semut tak perlu bersusah payah cari sebiji beras tu lagi. Maka Nabi Sulaiman pun letak semut kat dalam satu bekas tertutup dan meninggalkan sebiji beras kepada semut.





Sebulan kemudian, Nabi Sulaiman datang melawat semut. Nabi Sulaiman terkejut melihat sebiji beras tu masih berbaki separuh. Nabi Sulaiman meminta penjelasan daripada semut. Semut jawab, "semasa aku berada di luar, aku bergantung kepada Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Pemurah. Aku percaya Allah lah yang memberi rezeki kepadaku.walaupun aku letih mencari sebiji rezeki, namun aku percaya yang Allah takkan lupakan aku. Tetapi sekarang aku telah dikurung di sini. Aku hanya bergantung kepadamu. Aku takut kamu lupa untuk memberi aku makanan pada bulan akan datang. sebab itu aku makan sedikit-sedikit supaya masih berbaki untuk masa depan." Nabi Sulaiman beristighfar atas kejadian tersebut.



Refleksi diri sendiri dengan melihat apa yang terjadi pada orang lain. Sungguh banyak nikmat yang Allah beri. Apa yang dah kita lakukan untuk tunjuk rasa syukur kita pada yang Maha Pemberi. Check list diri kita sendiri:
- solat lima waktu sempurna?tiada perlengahan?
- puasa ganti, selesai?puasa sunat, ada buat?
- aurat?ada tutup dengan sempurna?



Sebaiknya-baiknya, kejarlah kedua-duanya. akhirat dan dunia. sekiranya tidak mampu, jadikan akhirat pilihan utama.



- sekadar tazkirah untuk kita yang sering alpa -

Wednesday, July 7, 2010

Buat kamu...


Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah terlalu lama saya tidak mencoret apa-apa di ruangan ini.Kalau tidak silap,kali terakhir pada tahun lepas.Kasihan sungguh dengan blog kesayangan kami yang sangat lama terbiar ini.Mujurlah ada Suhaijah yang lebih rajin berbanding kami berdua.Bukannya terlalu sibuk,tetapi kami sendiri yang tidak pandai mencari masa untuk berkongsi dengan pembaca (ada followers ke?).Hakikatnya semua insan di beri 24 jam sehari,terpulang pada setiap individu bagaimana memanfaatkan setiap saat yang Allah kurniakan.

Dua tahun yang lalu,pada tarikh ini (7 Julai) saya dan Roihan memulakan blog ini sebagai hadiah hari lahir buat Suhaijah.Saya pernah menyatakan kepada Jah untuk menamatkan sahaja riwayat blog ini gara-gara terbiar, tetapi ditegahnya.Katanya,blog ini sangat bermakna baginya.Maklumlah, blog ini bukan sahaja hadiah hari lahir bahkan sebagai tanda persahabatan kami bertiga.Alhamdulillah, dengan izin ar-Rahim, masih panjang riwayat blog ini.

Baik,berbalik kepada tujuan asal.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Jah yang menyambutnya pada hari ini.Buat Jah sayang, semoga pertambahan umur seiring dengan amal, berjaya dunia & akhirat, ceria sokmo dan bertemu jodoh soleh, insyaAllah..

p/s :
i) selamat kembali ke sekolah..
ii) sy hrp sy lebih rajin memeriahkan rumah kami slps ini
iii) maaf, ayat2 sy di atas terlalu skema..al-maklum lama sungguh tak berkarya..harap tiada yang pening membacanya..;-p

Monday, June 21, 2010

.: Time ni lah :.

emmm....time busy ni la perasaan membuak-buak nak menulis di blog. tatabahasa lintang-pukang. munsyi dewan baca pun rasa nak memberontak. apa kan daya...jari jemari yang agak kasar ni ligat menari di atas keyboard. key "backspace" kerap kali ditekan dek kerana tersalah atau terlajak menari.


minggu yang paling sibuk dalam posting triad ni...anaesthesiology. seronok tu memang la seronok. tapi banyak benda kena buat dalam 2 minggu ni sampaikan nak balik rumah ayah lik pun tak sempat.


aim sekarang ialah nak siapkan literature review untuk special study module (SSM) dan nak buat sebahagian case write up (CWU). if nak siapkan CWU malam ni memang impossible lah. dapat siap sikit pun alhamdulillah...


banyak benda berlaku di saat laptop dan printer sangat diperlukan. charger laptop rosak, printer pulak tak di recognize oleh laptop. dah bertahun-tahun guna (3 tahun je sebenarnya) printer tu takkan la laptop tak recognize pulak. senile dah agaknya laptop ni. sorry laptop. i love u.


laptop yang banyak berjasa ni bakal mendapat charger baru esok. sabar ye laptop. pinjam orang lain punya dulu ye.


laptop, printer dah memeningkan kepala ni. tetiba tambah pulak satu lagi...sakit gigi.heheh... gigi yang tampal di bandung dulu tercabut tampalannya. mahal tu tampal gigi kat bandung. dentist specialist yang tampal boleh tercabut jugak. berapa ratus ribu ntah satu gigi. lupa dah. yang penting tampalan tu mahal. kualiti dipersoalkan.huh...


dah le...nak siapkan kerja ni. dah minum kopi radix dijangka tidur jam 3 am or boleh di extend sehingga 4am sahaja. if not, esok ayam berkokok dulu. mungkinlah...~tak tahu...takde ayam kat sini.

Sunday, May 30, 2010

.: Nestum Nesvita favourite ku :.

Love Nestum very much since zaman sekolah. Till now, I will take nestum as my breakfast.
Dulu nama die nestum, sekarang nama die nesvita. (but I was used to nestum).



Malam tadi, pergi dengar forum motivasi daripada prof. Banyak input yang dapat. Habis je forum ada tayangan multimedia tentang Lifeline for Gaza. Sesungguhnya, saya tidak tahu. Teruk betul. Bila ada orang bercerita tentang Gaza, barulah saya teringat yang Palestin belum aman lagi. Palestin masih memerlukan bantuan.



Bantuan apa yang boleh saya salurkan? Teringin juga merawat orang sakit di sana. ~Ya Allah! jadikanlah aku tidak takut mati di jalanMu ya Allah.



Kata kawan saya di atas pentas tu...Boikot Mc D.
Saya tak heran sangat pada Mc D. Tak lapar pun bila tengok iklan Mc D. Tak matilah kalau tak makan Mc D.



TAPI...
Saya tak boleh nak tinggalkan nestum. Saya suka sangat nestum ni. Milo pun satu hal jugak. Semua yang saya suka ni adalah product Nestle. Saya nak tahu jugak kenapa nak boikot Nestle. Then, saya terbaca di website vivapalestina ada sebut "Why boycott Nestle?"



Saya membuat pesanan pada diri saya, I SHOULD BOYCOTT NESTLE because...
1. Nestle owns 50.1% share of Osem, Israeli food maker.
2. Nestle bina kilang-kilangnya (it has 11 plants) di atas tanah haram iaitu tanah yang dirampas daripada penduduk-penduduk asal Palestin.
3. Netanyahu kata Nestle memberi sumbangan yang paling banyak dalam mengukuhkan ekonomi Israel.



Untuk siapa2 yang pantang tengok iklan McD mesti meleleh air liur nak beli time tu jugak, bolehlah fikir2kan, renung2kan dan selamat beramal. Carilah sebab kenapa kita kena boikot Israel. "Why boycott McD?"


pesanan buat Abdul Rahman or Abdul Muhaimin (whatever it is name to be~I seriously like Abdul Muhaimin more) makanlah makanan yang halalan toyyiba. don't ask your parent to buy McD, Milo, Maggi, Nestum. not good to eat.



~berdoa supaya Nestle menjual semula syer nya kepada Osem. heheh.

Friday, May 28, 2010

.: I should be KIND rather than being RIGHT :.

I got a lesson today.

One fine morning, in the lift to 9th floor...
I stood beside lift button panel. A group of people came in. I pressed on the open button until a man headed in front of me. I stepped backward to give him and his wife space. My finger lifted off the button as I now one step away from it.
Suddenly, the man spoke to me,
"Pres the button! People want to enter."


I smiled to him with my heart babbled.
" It's not that I don't want to press the button but he came to stand in front of me. I think it is not proper for me to stretch out my hand along his way."



He happened to go to the same floor with me. As we reached 9th floor, all people walked out the lift but he did not go out. He pressed the open button and let all people go out. Although he can go out first (he was in the front line), he didn't do that. He was being kind to us.



Then, I realized I should be kind rather than being right. Initially, I think that my action is right and he was wrong about me. I was angry when he said that to me like I was an insensitive person.
In fact, I should say to him,
" Yes, you are right."


That is the magical word of being humble.

Sunday, May 16, 2010

.: Bila Perut Budu diberi Cencaluk :.

Alhamdulillah...saya sudah berjaya memasuki tahun 4 dua minggu lepas. Posting saya sekarang ialah triad yang terdiri daripada ENT (ear, nose, throat), Ophthalmology dan Anaesthesia. Memasuki tahun 4 ini membuatkan saya tidak menulis di dalam blog. Masa yang ada digunakan untuk mempelajari penyakit-penyakit penting dalam ENT yang hanya selama 3 minggu ini. Saya amat mengagumi rakan-rakan yang sentiasa istiqamah menulis walaupun mempunyai banyak tugasan-tugasan lain.


Masa hujung minggu ini saya teringin untuk meluahkan sesuatu dalam blog tersayang ini. Blog ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya bersempena hari lahir saya yang ke 20. Hari lahir ke-20 ini adalah sejarah yang sukar diulang. Sebabnya ialah tarikh yang sangat istimewa iaitu 7/7/2007 @ 070707. Pada mulanya, blog ini direka supaya kami bertiga dapat berkongsi cerita dan pengalaman. Namun, masing-masing ada komitmen sendiri dan sentiasa tidak berkesempatan untuk menulis. Setelah beberapa lama ditinggalkan bersawang, sahabat saya mengusulkan supaya melupuskan blog ini. ~mana boleh!ini kan hadiah saya. saya sayang banget blog ini~


Jadi, walau sesibuk mana pun, saya akan cuba untuk menulis sekurang-kurangnya 1 post setiap bulan (walaupun agak teruk juga la azam saya ni). I will try!



Teringat sewaktu di Bandung tiga tahun yang lepas, saya berkali-kali minta untuk membawa budu ke Bandung. Namun, Mak menegah dengan alasan selera makan saya akan bertambah dan akan menjadikan saya gemuk. Semasa keluarga saya datang ke Bandung, Ayah Lik sukarela merancang untuk membawa budu tanpa pengetahuan Mak tetapi Ayah Lik terlupa untuk membawanya. ~Keciwa....

Sampai sudah saya tidak berjaya menjejakkan 'kaki' botol budu di bumi Bandung. huhu.


Cerita sekarang pula.
Hujung minggu akan menjadi sangat bermakna bila dapat tidur di rumah ayah lik. Sekarang pun saya ada di rumah Ayah Lik. Segala kerisauan, ke'stress'an saya selama seminggu akan hilang sebaik sahaja saya sampai di rumah Ayah Lik. ~nak balik rumah pekan jauh sangat. balik kajang pun ok.


Pernah kawan saya bertanya, ada apa di rumah Ayah Lik memandangkan saya selalu sangat ke sana. Emmm...kat rumah Ayah Lik ni ada Ayah Lik, Che Su dan 3 budak kecil yang banyak kerenah. ~suka layan budak-budak ni.


Ceritanya, Ayah Lik sakit perut selepas makan cencaluk.
"Perut budu, tapi pergi makan cencaluk. Ni le jadinya."


Budu dan cencaluk. Dua makanan yang beridentitikan dua buah negeri. Budu diperbuat daripada ikan bilis manakala cencaluk daripada udang. Sebut sahaja budu, orang akan terfikirkan Kelantan~ Kelantan menang 3-0 ke atas Terengganu semalam.
Sebut saja cencaluk, Melakau lah jadi sasaran.~suka sebut melakau walaupun tak wujud dalam kamus org Melaka.uhuk.


Saya pun alah pada cencaluk. Kalau makan, hidung jadi gatal. Actually, cencaluk sedap juga but budu is better.eheh.


Setakat ni je la kot. ~Simpan idea untuk post seterusnya.

Thursday, April 22, 2010

.: 1 in 35000 :.

subhanallah! there is no impossible things to Allah. Allah Maha Berkuasa atas segala yang berlaku.


have you ever heard about TRAP-twin reversed arterial perfusion? it is a condition occurs in twin pregnancy where one twin supplies blood and nutrition to the other twin which is already dead.
this was the first time i heard about the phenomenon.


emm...kalau dalam bahasa melayu mungkin dipanggil "kembar pengepam darah". kes ni berlaku 1 dalam 35000 pregnancies. dan yang satu tu pernah ada di wad kuning dekat sini.


kisahnya macam ni...
TRAP ni ialah satu komplikasi yang sangatlah jarang berlaku di kalangan ibu yang mengandung kembar. ia melibatkan satu kembar yang ada kecatatan dari segi struktur dan tidak boleh survive manakala kembar yang satu lagi adalah normal dan bertindak sebagai pembekal darah dan makanan kepada pasangan kembarnya tu.


nak tahu lebih lanjut, boleh la google2. macam2 ada.




Ini nak menunjukkan bagaimana TRAP terjadi. darah dan makanan dari ibu akan disalurkan ke bayi melalui umbilical vein. bahan-bahan buangan daripada bayi pula akan disalur ke ibu melalui umbilical artery. tetapi, dalam TRAP, si A punya bahan buangan disalurkan kepada si B. jadi, si B yang sepatutnya mati dapat juga merasa sisa-sisa makanan daripada si A dan menyebabkan dia membesar tanpa struktur yang sebenar. si B tiada kepala, otak, tangan, jantung. Maka, orang-orang terdahulu pun memberikan nama A sebagai "pump" atau si pengepam dan B sebagai "acardiac" atau si tiada jantung. Dapat dilihat di sini bahawasanya, si pengepam (A) berusaha keras untuk membekalkan makanan kepada kembarnya yang tiada jantung itu. Ini menyebabkan, jantung A terbeban dengan kerja tambahan dan berisiko untuk mendapat 'cardiac failure' (kegagalan jantung) semasa lahir nanti.



fenomena luar biasa ini sebenarnya telah terjadi beberapa kali di Malaysia ini. Namun, oleh sebab saya ni kurang prihatin dengan masalah-masalah seperti ini sehinggalah memasuki posting OnG baru berminat untuk tahu.


boleh la klik di bawah ini untuk 'more info':

1. http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story6060462.asp

2. http://www.indianpediatrics.net/july2003/july-683-684.htm

3. http://www.centrus.com.br/DiplomaFMF/SeriesFMF/11-14weeks/chapter-05/chapter-05-final.htm





Wednesday, April 21, 2010

.: Risau dan Gusar :.

yesterday, i had short case exam which i didn't feel good about it. this was my re-sit posting~obstetrics and gynecology (O&G). I really want to pass this 3rd year. Ya Allah! please help me, your weak servant.



i got this case:
35 years old chinese lady, G2P1.
LMP: 4 August 2009


1. what is her EDD (expected date of delivery) and POA (period of amenorrhea)?


2. please examine her abdomen.
(do running commentary)


3. discussion: causes? investigation? management?



from per abdomen examination, the abdomen is distended by a gravid uterus as evidenced by linea nigra. the umbilicus is centrally located and inverted. there is fetal movement noted. otherwise the abdomen looks normal. the clinical fundal height is 38 week as evidenced by 2 fingers below xyphisternum, fullness of flank and fullness of costal margin. therefore it is equal to date and measures 37 cm. there is a singleton fetus in oblique lie with head at maternal right hypochondrium and breech at maternal left iliac fossa. the fetal back is at maternal right side. the estimated fetal weight is 3.0kg. the liquor is adequate. i will finish my examination by listening to fetal heart sound at anterior shoulder which is at here (direction showed).

so, the diagnosis is 35 years old G2P1 at 37 weeks POA with oblique lie.



i did well for EDD and POA part.
my technique is also correct except I forgot to mention position of fetal back and mistaken folded cutaneous as a transverse suprapubic scar (cesarean section).



during discussion, i did not get what prof. wanted.

for causes, i answered,
laxity (not appropriate for this patient because patient is only G2), polyhydramnios (not appropriate as the liquor is adequate), concomitant mass (cannot as the uterus is equal to date) uterine abnormalities (fair enough for that answer).

the correct answer (reliable to the patient): placenta previa, prematurity and uterine abnormalities.



investigation:
ultrasound: to exclude any causes of unstable lie.
the correct answer should be to see the location of placenta.



management:
my answer: observe the lie for 24 hours
the correct answer: observe the lie for 48 hours.
(still have the subsequent management which I always forgot to mention in front of examiner)



so, the result was only borderline.
prof told me that i have to work harder for my OSCE and theory exams which will be held next Monday in order to pass my 3rd year. i want to pass! Ya Allah, please help me.

Sunday, April 11, 2010

.:rheumatoid arthritis:.

discussion in rheumatology tutorial was different from other tutorial. conducted by Prof Shahrir, as usual he did not directly ask what was written in question paper that we got. he has his own way to make our adrenaline peaked. each students had 'opportunity' to answer his question.


we were asked about the rhematoid arthritis (RA) criteria. we answered:


1.rheumatoid factor (+)
2.finger/hands joints 6w or more
3.rheumatoid nodules present
4.involve 3 or more joints
5.morning stiffness more than 1h for more than 6w
6.erosions on xray
7.symmetrical arthritis for 6w or more

he did not approve our answer. then he told us the new criteria:


it has 4 domain:

1.joint distribution (joint pain)
0- no pain
1- 1 medium joint
2- 2-3 medium joints
3- 1-3 small joints
4- 4-10 small joints
5- more than 10 joints

2.serology (Rheumatoid factor, anti CCP)
0- RhF (-) or anti CCP (-)
1- RhF (+) +/- anti CCP (+) less than 3times upper limit (low titer)
2- RhF (+) +/- anti CCP (+) more than 3times upper limit (high titer)

3.duration of synovitis
0- less than 6w
1- more than 6w

4.acute phase reactant (ESR, CRP)
0- ESR, CRP normal
1- ESR high or CRP high


4-5: probable RA
>6: classical


at that time, this criteria had just came out. amazingly, prof shahrir had remembered it well.~the only doctor in rheumatology department PPUKM.


i don't know how wide is this criteria being used. ~~~ask rheumatologist, surely he will know.hahaha.


~ade org tnye prof. mana satu nak guna. prof kata guna criteria yang lama.

Saturday, April 10, 2010

.: I am a Muslim doctor :.

born not to be an ordinary doctor. born to be a Muslim doctor.


muslim doctor is different from other doctor. he not only treat patient physically but also spiritually. muslim doctor always remind his patients about purpose of living in this world. i also would like to be one.


arixtra vs heparin vs clexane


one of patient that i attended has DVT. she is a pregnant woman in 17 weeks of pregnancy. she presented with unilateral right leg swelling upto thigh at 9 weeks of pregnancy and was diagnosed to have DVT. she was treated with clexane.


i flash backed meeting with another patient about 3 months ago. he also got clexane for his heart problem. that was the first time i heard about that medication. he told me that he was informed by the nurse about ingredients of clexane. there is pig enzyme in clexane. he cannot refuse clexane as he was told that clexane is the best drug for him. i paused, not knowing what to say and not knowing about alternative drug.


now, the similar case comes back to me. it urged me to find the answer. what drug can substitute clexane (which is 'halal')? is clexane better than heparin? why not give heparin?


now i know that:
heparin is derived from porcine or bovine.
clexane is low molecular weight heparin, is derived from intestinal mucosa of pigs.


"Muzakarah berpandangan bahawa Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui.


Oleh itu, berhubung dengan penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta ketika pesakit berada pada tahap kronik, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine."


http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-ubat-clexane-dan-fraxiparine



also, i've found an article written in NST (new straits times) about arixtra. so, we should have no doubt not to use clexane as first choice. we should first choose arixtra. go!go!arixtra!

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=31&storyid=1256026385822



however, the problem is 'is arixtra widely used in Malaysia?', 'is every hospital in malaysia has arixtra?'


this is not a joke. this is not something that we can play2. if not us, muslim doctors, who else would stand, backing up our muslim patients?


patients are innocent. they don't know options they have. they put their trust on doctors.
so we, muslim doctors should not disappoint them. give the best for patients' benefits. to gain not only medical knowledge but also 'medical fiqh' is essential for us, muslim doctors.