BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 1, 2008

What a Paediatrics Life!

Hmm... 3 minggu yang lalu, saya telah memulakan posting kedua untuk tahun klinikal, iaitu Paediatrics. Kami menggunakan wad kanak-kanak Hospital Serdang (5A dan 5B). Mula-mula tu memang cuak jugak la, sebab saya ni semulajadi tak begitu menyukai kanak-kanak, apatah lagi nak melayan kerenah mereka, huhu... Tapi sebenarnye ok je kot, masih boleh dikawal.




Wad kanak-kanak dan wad pembedahan memang banyak bezanya (sebelum ini saya di wad pembedahan). Nak buat 'history taking' punya la lama, hampir sejam, tu belum masuk nak buat 'physical examination' lagi. Semua perkara nak kena tanya, dari waktu mengandung, lahir, sampai la umur dia sekarang. Agak mencabar juga nak buat pemeriksaan pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 ke 4 tahun, aktif betul! Buat pada bayi pun lebih senang, huhu... Apapun, itu semua adalah perkara yang mesti dilalui, tidak boleh tidak.

Bila dah masuk wad kanak-kanak ni, baru la saya sedar, 'asthma' adalah sangat 'common' di kalangan kanak-kanak. Memang kesian melihat mereka yang baru nak kenal dunia ni, tapi dah mengalami macam-macam kesukaran; susah nak bernafas, batuk, selsema, jangkitan paru-paru, cirit-birit, dan macam-macam lagi. Dah la tu, jarang sangat nak jumpa seorang budak yang datang dengan hanya satu masalah kesihatan sahaja; rata-rata mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga masalah sekali. Itu baru masalah pernafasan, belum sebut lagi yang mempunyai masalah jantung, Down Syndrome, dan macam-macam lagi la.

My surgeon, Mr. Ahmed Awil said, "You will be surprised that you were born healthy after you see the cases in Paediatrics", and I really agree with that. Jadi bersyukurlah kita yang masih sihat ni, alhamdulillah... Buat yang sedang belajar perubatan, belajar betul-betul, supaya nanti kita boleh beri khidmat yang terbaik kepada pesakit-pesakit kita. Duit mereka pun kita dah guna untuk belajar kan...

Saya yang tak pandai menulis,
roi~

3 comments:

ummuafeera said...

pandai je menulis:) best..tulislah lagi...

haridan said...

ohoho
gembire bc entry roi--
senyap2 jek die..
knon2 xde blog n mls tulis entry..
huhuh..
syabas roi--
utk makluman roi..
sy rs roi cemerlang dlm posting ni..
wlaupn die xske bdk2..
hehe
tahniah ro--ee~~~

roi said...

cemerlang betul aku nad
terutamenye dalam mid posting exam
hehehe...

pape pun time kasih la
dan amin untuk cemerlang tu
huhu~