BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 22, 2008

Buah Labu,Buah Keranji

Alkisah di sebuah kampung,tinggal seorang petani miskin yang hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Sikapnya yang malas bekerja dan hanya mengusahakan kebun sayurnya secara ala kadar sahaja menyebabkan dirinya sentiasa dibelenggu kemiskinan.Sedangkan penduduk kampung yang lain hidup senang-lenang dengan hasil pertanian yang diusahakan secara besar-besaran.

Sungguhpun begitu,si petani tersebut tidak perah berpuas hati dengan rezeki yang diperoleh dan sering kali menyalahkan takdir atas nasib yang menimpa dirinya.Jauh sekali di sudut hatinya menyedari kesilapan dirinya yang malas berusaha itu."Alangkah bertuahnya orang lain yang hidup senang-lenang dan memiliki banyak harta,sedangkan aku masih di takuk lama.Mengapakah Allah menjadikan aku begini?Mengapa Allah tidak adil terhadap diriku?"Demikianlah keluhan hatinya setiap kali mengenangkan nasib diri.

Pada suatu hari,seperti biasa selepas dia mengerjakan kebun sayurnya,dia pergi ke bawah sebatang pokok keranji untuk berehat.Begitulah rutin hariannya,belum pun kerjanya selesai,dia sudah berasa letih.Sewaktu dalam perjalan menuju ke tempat rehatnya,dia melalui sebuah kebun labu milik penduduk kampung.Tatkala itu,terfikir di benaknya,"Mengapakah Allah menjadikan saiz labu sebesar buyung sedangkan batangnya hanya sekecil jari?"

Kemudian sebaik sahaja petani itu tiba di bawah pokok keranji tempat dia selalu berteduh itu,terdetik lagi rasa tidak puas hati terhadap ciptaan Allah.Kali ini tentang saiz batang pokok keranji yang tidak setara dengan saiz buahnya.Maka si petani itu berkata dalam hatinya,"Tengoklah betapa tidak adilnya Allah,pokok keranji yang batangnya sebesar pemeluk ini hanya memiliki buah yang sekecil jari."

Belum pun puas dia mengomen,tiba2 sebiji buah keranji jatuh ke atas kepala si petani itu.Lalu terdetik dalam hatinya,"Nasib baik buah keranji ini tidak sebesar labu.Jika tidak,sudah tentu sakit kepalaku dibuatnya.Memang Allah Maha Adil,hanya aku sahaja yang tidak menyedarinya."

Mulai hari itu dia mula menyedari silapnya yang sering menyalahkan takdir dan bersangka buruk dengan Allah.Kalau begitu ciptaan Allah terhadap pokok dan buah-buahan,begitu jugalah manusia.Semuanya tersimpan hikmah yang tersendiri.Maka dalam hal ini patutlah dia miskin kerana idak mengikut peraturan Allah.Orang yang malas berusaha masakan akan beroleh rezeki yang banyak kerana janji Allah akan memberikan rezaki yang banyak kepada hamba-Nya yang rajin berusaha sahaja.Petani itu menyesal dan bertaubat atas kekhilafannya serta berusaha lebih kuat untuk memperbaiki hidupnya.

Kisah petani ini mewakili segelintir golongan manusia yang suka menyalahkan takdir.Sedar atau tidak,tabiat sebegini mampu mengundang ke arah penafian terhadap qadha’ dan qadar.Persoalan beriman terhadap qadha’ dan qadar merupakan salah satu rukun iman yang wajib dipegang dan menjadi tunjang kepercayaan umat Islam.Setiap orang Islam wajib yakin bahawa tiada suatu perkara pun yang terlepas drpd ketentuan (qadar) Allah.Namun,pelaksanaan (qadha’) terhadap sesuatu perkara ada yang bersifat tetap dan ada yang bersifat relatif.Hal ini kerana qadha’ terbahagi kepada dua jenis,iaitu;
i) qadha’ mubram- pelaksanaan pasti yg telah ditetapkan oleh Allah da tdk akan berubah spt kematian dan kelahiran.
ii) Qadha’ muallaq- pelaksanaan yang bergantung pada usaha dan ikhtiar manusia spt kejayaan dan kegagalan manusia bergantung pada usaha yg dilakukannya.

Berdasarkan konsep ini,jelaslah kepada kita bahawa Allah Maha Berkuasa dlm melaksanakan sesuatu perkara menurut kehendak-Nya tanpa sebarang halangan atau batasan.Namun begitu,tidak semua ketentuan Allah besifat tetap.Manusia yang dikurniakan kecerdikan akal fikiran dan kekuatan tenaga diberi peluang untuk memanfaatkan segenap kebolehan dan kemampuan yang dimiliki.Al-Quran juga menggesa umat Islam agar tekun berusaha sebagaimana yang telah ditegaskan dlm ayat yang bermaksud :
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) :”Beramallah kamu,maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat perkara yang kamu kerjakan..." (at-Taubah:105)

Namun,kita tdk boleh semata-mata berharap pada usaha yang dilakukan sahaja.Dalam masa yang sama,kita perlu berdoa dan bertawakal membuahkan hasil yang diharapkan.Kombinasi antara usaha,doa dan tawakal mampu membuka jalan ke arah tercapainya matlamat.Allah juga menyatakan kepentingan tawakal dalam firman-Nya yang bermaksud :
"...Maka apabila kamu telah berazam,bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya" (Ali Imran:159)

Setelah kita berusaha dengan tekun,diiringi pula dengan doa dan tawakal,kita perlu redha,tabah dan sabar walau apa jua ketentuan yang telah ditakdirkan atas kita.Panjatkan kesyukuran andai doa termakbul,akan tetapi jika sebaliknya janganlah mudah kecewa dan berputus asa.Yakinlah dengan hikmah disebalik ketentuan Ilahi.Lapangkan dada menerima ketentuan sunnatullah kerana itu slh satu sifat orang mukmin.

Sesungguhnya keimanan terhadap qadha’ dan qadar dpt menjadi pemangkin ke arah memperkasa diri dlm menempuh dugaan dan cabaran hidup.Keimanan ini berupaya menjadi motivasi seseorang utk bekerja kuat bagi mencapai matlamat hidupnya.Mudah-mudahan dengan usaha yg tdk mengenal jemu itu,nilai hasil yg diperoleh bukan hanya setakat secupak,malah melebihi segantang.Jadilah manusia produktif yang menikmati kejayaan dunia dan akhirat.



*DEWAN Agama & Falsafah (Jun 2006)

1 comments:

armouris said...

info tentang khasiat labu kat sini - Labu Kaya Khasiat