Friday, November 28, 2008
.: Mengintai Mutiara di Lautan Ujian :.
Satu lagi program ceramah anjuran IMAN telah diadakan pada Rabu yang lepas. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menghadiri ceramah tersebut. Ceramah ini diadakan sempena musim peperiksaan yang akan menjelma tidak lama lagi bagi mahasiswa FK regular dan KPBI Universitas Padjadjaran. Ustaz Darlis dijemput untuk memberi nasihat atau motivasi untuk membakar semangat pelajar-pelajar.
Kata Us. Darlis,
Apa yang penting adalah cara kita memandang ujian atau cara kita menghadapi ujian tersebut. Hidup adalah ujian.
'inna ma'al 'usri yusra', setiap kesusahan ada kesenangan. Yakinlah firman Allah ini. Tapi, kenapa masih ada kata-kata "sudah jatuh, ditimpa tangga"? Kenapa setelah kesusahan, kesusahan lagi yang kita terima?
'tiada pertolongan kecuali dari Allah'. Maka rayulah kepada Allah dengan ibadah kita supaya Allah berkehendak untuk memberi apa yang kita minta.
Ada 4 kunci sukses:
1. belajar. Mengulang-ulang adalah satu kaedah belajar. Jangan pernah rasa bosan mengulang-ulang. Tinggalkan keegoan dan kesombongan. Jangan rasa diri hebat dan jangan memandang rendah orang lain.
2. just follow
3. do it
4. loncatlah/keluarlah dari 'comfort zone'. Ia adalah satu kuburan. Jangan main-main. Jadilah pemain.
Teringat perumpamaan yang diberi oleh Sang Murabbi (satu filem islamik dari Indonesia), "ada seekor monyet yang memanjat satu pokok. Sampai di puncak pokok tersebut, tiba-tiba ada angin taufan melanda. Monyet itu memeluk erat pokok tersebut dan terselamat dari terjatuh. Kemudian, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa mengulit-ulit monyet itu. Monyet itu terleka dek kenyamanan angin itu. Semakin lama pelukan monyet kepada pokok semakin longgar. Monyet melepaskan pelukannya tanpa sedar dan jatuh ke tanah.
Maksudnya, semakin besar/susah sesuatu ujian, kita akan menjadi semakin kuat dan tabah. Kenyamanan yang kita rasa hanya akan membuatkan kita terleka. Jadi, berusahalah!
Posted by tautanhati at 10:07 PM 1 comments
Labels: tazkirah
Tuesday, November 25, 2008
Carilah hatimu..
Posted by tautanhati at 5:31 PM 2 comments
Labels: muhasabah
Saturday, November 22, 2008
Buah Labu,Buah Keranji
Alkisah di sebuah kampung,tinggal seorang petani miskin yang hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Sikapnya yang malas bekerja dan hanya mengusahakan kebun sayurnya secara ala kadar sahaja menyebabkan dirinya sentiasa dibelenggu kemiskinan.Sedangkan penduduk kampung yang lain hidup senang-lenang dengan hasil pertanian yang diusahakan secara besar-besaran.
Sungguhpun begitu,si petani tersebut tidak perah berpuas hati dengan rezeki yang diperoleh dan sering kali menyalahkan takdir atas nasib yang menimpa dirinya.Jauh sekali di sudut hatinya menyedari kesilapan dirinya yang malas berusaha itu."Alangkah bertuahnya orang lain yang hidup senang-lenang dan memiliki banyak harta,sedangkan aku masih di takuk lama.Mengapakah Allah menjadikan aku begini?Mengapa Allah tidak adil terhadap diriku?"Demikianlah keluhan hatinya setiap kali mengenangkan nasib diri.
Pada suatu hari,seperti biasa selepas dia mengerjakan kebun sayurnya,dia pergi ke bawah sebatang pokok keranji untuk berehat.Begitulah rutin hariannya,belum pun kerjanya selesai,dia sudah berasa letih.Sewaktu dalam perjalan menuju ke tempat rehatnya,dia melalui sebuah kebun labu milik penduduk kampung.Tatkala itu,terfikir di benaknya,"Mengapakah Allah menjadikan saiz labu sebesar buyung sedangkan batangnya hanya sekecil jari?"
Kemudian sebaik sahaja petani itu tiba di bawah pokok keranji tempat dia selalu berteduh itu,terdetik lagi rasa tidak puas hati terhadap ciptaan Allah.Kali ini tentang saiz batang pokok keranji yang tidak setara dengan saiz buahnya.Maka si petani itu berkata dalam hatinya,"Tengoklah betapa tidak adilnya Allah,pokok keranji yang batangnya sebesar pemeluk ini hanya memiliki buah yang sekecil jari."
Belum pun puas dia mengomen,tiba2 sebiji buah keranji jatuh ke atas kepala si petani itu.Lalu terdetik dalam hatinya,"Nasib baik buah keranji ini tidak sebesar labu.Jika tidak,sudah tentu sakit kepalaku dibuatnya.Memang Allah Maha Adil,hanya aku sahaja yang tidak menyedarinya."
Mulai hari itu dia mula menyedari silapnya yang sering menyalahkan takdir dan bersangka buruk dengan Allah.Kalau begitu ciptaan Allah terhadap pokok dan buah-buahan,begitu jugalah manusia.Semuanya tersimpan hikmah yang tersendiri.Maka dalam hal ini patutlah dia miskin kerana idak mengikut peraturan Allah.Orang yang malas berusaha masakan akan beroleh rezeki yang banyak kerana janji Allah akan memberikan rezaki yang banyak kepada hamba-Nya yang rajin berusaha sahaja.Petani itu menyesal dan bertaubat atas kekhilafannya serta berusaha lebih kuat untuk memperbaiki hidupnya.
Kisah petani ini mewakili segelintir golongan manusia yang suka menyalahkan takdir.Sedar atau tidak,tabiat sebegini mampu mengundang ke arah penafian terhadap qadha’ dan qadar.Persoalan beriman terhadap qadha’ dan qadar merupakan salah satu rukun iman yang wajib dipegang dan menjadi tunjang kepercayaan umat Islam.Setiap orang Islam wajib yakin bahawa tiada suatu perkara pun yang terlepas drpd ketentuan (qadar) Allah.Namun,pelaksanaan (qadha’) terhadap sesuatu perkara ada yang bersifat tetap dan ada yang bersifat relatif.Hal ini kerana qadha’ terbahagi kepada dua jenis,iaitu;
i) qadha’ mubram- pelaksanaan pasti yg telah ditetapkan oleh Allah da tdk akan berubah spt kematian dan kelahiran.
ii) Qadha’ muallaq- pelaksanaan yang bergantung pada usaha dan ikhtiar manusia spt kejayaan dan kegagalan manusia bergantung pada usaha yg dilakukannya.
Berdasarkan konsep ini,jelaslah kepada kita bahawa Allah Maha Berkuasa dlm melaksanakan sesuatu perkara menurut kehendak-Nya tanpa sebarang halangan atau batasan.Namun begitu,tidak semua ketentuan Allah besifat tetap.Manusia yang dikurniakan kecerdikan akal fikiran dan kekuatan tenaga diberi peluang untuk memanfaatkan segenap kebolehan dan kemampuan yang dimiliki.Al-Quran juga menggesa umat Islam agar tekun berusaha sebagaimana yang telah ditegaskan dlm ayat yang bermaksud :
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) :”Beramallah kamu,maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat perkara yang kamu kerjakan..." (at-Taubah:105)
Namun,kita tdk boleh semata-mata berharap pada usaha yang dilakukan sahaja.Dalam masa yang sama,kita perlu berdoa dan bertawakal membuahkan hasil yang diharapkan.Kombinasi antara usaha,doa dan tawakal mampu membuka jalan ke arah tercapainya matlamat.Allah juga menyatakan kepentingan tawakal dalam firman-Nya yang bermaksud :
"...Maka apabila kamu telah berazam,bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya" (Ali Imran:159)
Setelah kita berusaha dengan tekun,diiringi pula dengan doa dan tawakal,kita perlu redha,tabah dan sabar walau apa jua ketentuan yang telah ditakdirkan atas kita.Panjatkan kesyukuran andai doa termakbul,akan tetapi jika sebaliknya janganlah mudah kecewa dan berputus asa.Yakinlah dengan hikmah disebalik ketentuan Ilahi.Lapangkan dada menerima ketentuan sunnatullah kerana itu slh satu sifat orang mukmin.
Sesungguhnya keimanan terhadap qadha’ dan qadar dpt menjadi pemangkin ke arah memperkasa diri dlm menempuh dugaan dan cabaran hidup.Keimanan ini berupaya menjadi motivasi seseorang utk bekerja kuat bagi mencapai matlamat hidupnya.Mudah-mudahan dengan usaha yg tdk mengenal jemu itu,nilai hasil yg diperoleh bukan hanya setakat secupak,malah melebihi segantang.Jadilah manusia produktif yang menikmati kejayaan dunia dan akhirat.
*DEWAN Agama & Falsafah (Jun 2006)
Posted by tautanhati at 1:16 AM 0 comments
Labels: tazkirah
Friday, November 21, 2008
Ada apa dengan cinta?
Tatkala pedih dalam kesakitan,rasa cinta mampu mengurangkannya.Tatkala kelaparan,rasa cinta mampu memberikan kekuatan.Tatkala resah digelut masalah,rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.Itulah kekuatan cinta.Suatu perasaan halus yang telah dicampakkan dalam hati setiap makhluk Tuhan.Kadang-kadang perasaan ini berkampung lama,atau sekadar singgah dan pergi.Cinta merupakan suatu mekanisme untuk berasa kuat tatkala lemah,kenyang tatkala lapar,segar tatkala mengantuk dan lain-lain yang seumpama dengannya.Oleh yang demikian,cinta tidak boleh dipandang enteng kerana kehebatan kuasanya.Bahkan,dalam penciptaan langit dan bumi serta isinya juga tersembunyi nilai cinta al-Khaliq buat hambanya.
Jika hendak berbicara tentang persoalan cinta,pasti seribu satu pendapat dan pandangan akan diterima.Ini kerana cinta adalah suatu perkara yang subjektif.Tiada yang dapat merungkainya secara tepat melainkan jika telah pun merasai penangannya.Skop cinta juga begitu luas sekali.Ada cinta ibu bapa kepada anak dan sebaliknya,cinta antara sahabat,cinta antara lelaki dan perempuan dan cinta teragung adalah cinta seorang hamba kepada PEMILIK CINTA.
Walau apa pun jua,tidak dapat dinafikan bahawa cinta merupakan fitrah semula jadi yang murni sifatnya.Biasanya seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan jauh,tetapi seseorang yg bergelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah dan hilang pertimbangan.Hal yang demikian terjadi apabila cinta diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya atau disalah guna.Analogi yang cukup mudah,ia umpama duit atau mata pisau,jika digunakan untuk kebaikan,maka baiklah natijahnya.Sebaliknya jika digunakan untuk keburukan,maka buruklah hasilnya.Cinta adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai kehebatannya.Sebab itu Allah mengajarkan bahawa cinta yang paling utama adalah cinta seorang hamba kepada Ilahi kerana cinta yang sedemikian akan menyelamatkan hamba tersebut daripada fitnah cinta sesama makhluk.
Dewasa ini,cinta semakin teruk dicabuli orang perlakuan murahan umat manusia.Cinta akhir zaman telah dicemari dengan nafsu kehaiwanan yang melampau.Mata dan hati insani telah dikaburi dengan cinta sesama makhluk yang bersifat sementara,sedangkan pada hakikatnya tujuan hidup adalah untuk mengejar CINTA yang bersifat hakiki dan abadi.Inilah penyakit yang kian menular dalam masyarakat kita pada hari ini.Kita dihidangkan dengan pelbagai kosmetik dunia yang sebenarnya hanya membawa kita ke arah murka Allah..Na’udzubillah…
Sedarlah wahai umat manusia..Cinta suci tetap wujud.Orang yang berjuang melawan hawa nafsu kelak akan menerima kalungan cinta suci tersebut,tetapi orang yang enak dalam cinta yang bersifat sementara akan dipersoal di akhirat nanti.Untuk menerima kalungan tersebut,kita perlu memantapkan jati diri,mengukuhkan dinding keimanan,sentiasa melazimi lisan dengan zikrullah,berpegang pada Kitabulllah dan sunnah Rasulullah s.a.w.Dan sudah pasti dalam perjalanan menjejaki cinta sejati,laluan berliku-liku dan penuh ranjau perlu dihadapi.Namun,janji Allah kepada hambanya tidak pernah dimungkiri.Selangkah kita pergi kepadanya,seribu langkah Allah hampir kepada kita.
Posted by tautanhati at 11:26 PM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
.: WAJAH BARU:.
Sudah lama tidak menulis di blog. Hanya membaca di blog teman-teman yang nampaknya sentiasa dilimpahi idea-idea bernas untuk disebarkan. Alhamdulillah, blog ini yang dikongsi bersama dua orang teman lagi sudah berwajah baru. Semoga akan menambah minat untuk membaca dan menulis. (Terima kasih dan maaf kepada sahabat-sahabat)
Blog kalau mahu bertukar wajah, perlu rajin di'touch-up', edit, tukar 'template' atau 'layout. Manusia pula, sudah ada satu bidang perubatan iaitu 'plastic surgery' untuk bertukar wajah. Ada yang bertanya, "minat tak jadi surgeon?" Emmm...lepas menonton banyak drama perubatan, minat tu tersemai sedikit demi sedikit. Pada mulanya, saya amat tidak bersetuju dengan plastic surgery seperti yang ditonjolkan dalam filem "200 pounds beauty". Plastic surgeon dalam filem itu digambarkan sebagai seorang yang memiliki 'god's hand'. Bukan itu sebenarnya filosofi plastic surgery.
Saya mengenali plastic surgery secara murninya semasa di dermatomusculoskeletal system (DMS). Pensyarah yang mengajar pada waktu itu ialah Dr. Lisa, seorang plastic surgeon. Pada mulanya, saya berfikiran plastic surgeon hanya mahu mengambil keuntungan dan mengubah ciptaan Allah. Tapi sebenarnya, tugas plastic surgeon lebih murni; mengembalikan rasa percaya diri pesakit. Contohnya, pada bayi 'cleft palate', jika tiada usaha untuk memperbaik palate tersebut, akan terjadi masalah untuk makan dan minum.
Begitulah apa yang boleh kita lihat dari sisi positif plastic surgery. Setiap kejadian yang Allah turunkan tu pasti ada hikmahnya. Berfikirlah akan hikmahnya. (i'm thinking)
Emm...satu lagi...Disember ni ramai keluarga yang nak bercuti di Bandung. Maklumlah, insyaAllah ini tahun terakhir kami di sini. Jadi, teman-teman, bawalah family anda pergi tempat-tempat yang menarik. Tunjuklah yang baik-baik dan yang bagus-bagus.
Posted by tautanhati at 9:13 PM 2 comments
Sunday, November 9, 2008
Sunday, November 2, 2008
Carrot or stick??It's ur choice..
Tersenyum sy membaca entry Roihan,akhirnya kawan sy yg seorang ni bermesra juga dengan kanak2..Tahniah sy ucapkan,nampaknya Roi dah maju setapak.Patutlah sewaktu sy menghantar mesej meluahkan penyakit malas yg melanda diri ini,respon roihan agak berbeza.Lagaknya seperti seorang ibu yg tegas.Alhamdulillah,posting paediatrik menjadikan Roihan lebih matang (jgn marah Roi,ini pujian)..
Stress management
Hujung minggu baru ini sy telah menyertai satu program yg telah dianjurkan oleh Persatuan Sains Perubatan USM (PSPUSM).Ringkasnya,program yg dikenali sebagai Hari Interaksi Pelajar ini berkisar tentang pengurusan stress khususnya bagi pelajar perubatan.Saya amat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati saya utk menghadiri program ini walaupun pada awalnya hajat di hati sekadar meramaikan peserta dan memenuhi kehendak seorg rakan yg menjadi ajk program.
Apabila difikrkan semula,program ini sgt tepat pada masanya kerana sy pun berada dlm keadaan yg tidak berapa stabil.Jadi,memang tidak rugi sy menyertainya.Program ini berlangsung selama 2 hari,tetapi sy hanya hadir pd hari pertama sahaja.Dr Fuad & Dr Saiful mengendalikan sesi pertama..Berdasarkan kajian,pelajar yg mengambil jurusan perubatan mengalami stress yg lebih teruk berbanding jurusan lain.Jadi,tidak dpt dinafikan lagi kenyataan yg pernah sy baca ini,”STUDY MEDICINE IS HAZARDOUS TO YOUR HEALTH”.Tetapi,harus diingat,semua masalah boleh diatasi,termasuklah stress.
Jadi,utk menyelesaikan masalah stress ini,kita haruslah mengetahui tahap stress kita terlebih dahulu.Untuk itu,semua peserta diminta mengisi borang soal selidik yg disediakan oleh Dr Saiful.Seperti yg telah dijangka,stress sy berada pd tahap sederhana.Kemudian,melalui kaedah yg sama kami mengenal pasti apakah stressor yg menyumbang kepada masalah stress tersebut.Antara stressor yg biasa adalah akademik,keadaan sekeliling dll (sy dah lupa).Yg pasti,stressor sy adalah akademik.Jadi,apabila sudah mengenal pasti masalah sebenar,maka bolehlah mengatur strategi utk mengurangkan stress.
Hmm,bunyinya macam mudah bukan?Mahu atau tidak terpulang pd diri sendiri.
Sesi kedua yg dikendalikan oleh Dr Norzila,Pakar Psikiatrik amat menyeronokkan.Kami diajar beberapa senaman ringkas yg boleh mengurangkan stress.Relaxation Therapy sy kira amat berguna khasnya sebelum memasuki dewan peperiksaan atau utk present case..huhu..Ada sesuatu yg sgt terkesan dihati sebenarnya.Pesanan Dr supaya selalu bersangka baik atau dlm erti kata yg lain sentiasa berfikiran positif sgt berguna.Katanya,sekali kita berfikiran negatif,selamanya kita begitu..Hmm,moga dijauhkan.
Ringkas,tp bermanfaat
Teringat saya pada tazkirah ringkas yg disampaikan pada minggu lepas,tajuknya ’Motivasi Diri’.Sedar atau tidak,semua yg kita lakukan memerlukan motivasi.Bahkan,untuk makan pun memerlukan motivasi.Jika tidak,mana mungkin tangan bergerak,mulut mengunyah.Tidak dapat dinafikan lagi peri pentingnya motivasi diri buat kita.Makan motivasinya kenyang,belajar motivasinya berjaya dan berjihad motivasinya adalah iman dan taqwa.
Ada 2 jenis motivasi,iaitu motivasi lobak dan kayu.Seekor arnab,apabila disuruh berlari,umpannya adalah lobak dan kuda apabila disuruh berlari,maka perlu dipukul dengan kayu.Analogi yg cukup menarik,kedua-dua haiwan ini disuruh berlari,tetapi dengan cara yg berbeza,cara lembut dan tegas.Anda lebih mengenali diri anda,mahu dibelai atau digertak??Cara berbeza,hasil yg sama,gunalah sesuai mengikut keadaan ye..
Posted by tautanhati at 1:45 AM 1 comments
Labels: motivasi
Saturday, November 1, 2008
What a Paediatrics Life!
roi~
Posted by tautanhati at 7:59 PM 3 comments
Labels: diari
Hmm... Bila agaknya ya?
Saya pasti, ramai yang dah tahu tentang perkara yang bakal saya taip ni, tapi takpe la, cuma untuk peringatan buat semua =)
10 Muwasafat Tarbiah:
Akidah yang sempurna
Ibadah yang sah
Akhlak yang mulia
Minda yang berilmu
Tubuh badan yang kuat
Mampu berdikari
Mujahadah diri
Semua urusan terurus dengan baik
Menjaga masa
Berguna untuk orang lain
Jadi, agak-agaknya berapa sifat yang kita dah ada?
Bila la agaknya ye kita boleh capai sume 10 muwasafat ni...?
Bila pulak kita nak kongsi ngan kawan-kawan kita yang lain?
Baru balik daurah mode,
roi~
Posted by tautanhati at 7:48 PM 3 comments
Labels: tazkirah