BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 23, 2009

.: Kedua Letih :.

~ blue-car ~


Posting OnG memang memenatkan. Tengoklah One n Shila, housemateku. Tak boleh disorok lagi yang diorang tengah posting OnG. Balik2 rumah je terserlah dan terpancar keletihan di wajah mereka. Gue? dah lepas dah posting tu. Punbagaimanawalau, nampak gaya nye, takdir menentukan supaya gue menjadi sangat bijaksana dalam bidang OnG. Tapi sebelum menjadi sangat bijaksana tu, ada pengorbanan yang harus gue jalani. Gue harus menjalani 'kursus intensif' OnG di saat orang kebanyakan bercuti dan berlibur. Suke3x.



Posting kedua yang meletihkan ialah posting medicine. 'SM'= sedang maju. Ya! gue sedang maju dalam posting kedua letih ni. Suke3x. Dalam posting ni, ada 4 core physical examination (PE) yang kena master: abdomen, cardio, respi, neuro. I am working on cardio and respi. Very interested to study lung sound and heart sound. Excited sangat2 bila dapat appreciate and differentiate between vesicular sound and bronchial sound. alhamdulillah.


~ lorong ~


Masalah yang sedang mengganggu fikiran gue sekarang ni ialah.....
emm...Kenapa la susah sangat nak buat blood taking. Asyik tak dapat jek. Kesian patients...
Gue harap dapat asah skill venopuncture ni secepat yang mungkin. (venopuncture=ambil darah). Like what abah said, bila kita jalan kat belukar setiap hari, ia akan membentuk lorong buat kita. Lorong itu lama kelamaan akan jadi jalan. Masa ia masih belukar, kita dapati bahawa sangat susah untuk kita lalui. Kena ada parang untuk tebas pokok2 dan semak samun. Tapi, bila dah jadi lorong, jalan, kita tak lagi bersusah payah. Semuanya dah jadi kebiasaan bagi kita. Gue harap belukar yang gue lalui ini akan jadi highway cepat2.


~ highway ~


Syndrome yang menakutkan.
Bila kat wad, banyak betul tajuk2 yang gue mau baca. Tapi, bila dah sampai rumah...emmm...macam semua benda tu dah tahu. Tak perlu baca lagi. Sindrom ni tak boleh dibiarkan. Boleh membawa padah ni. How to solve? Soal diri sendiri. Kalau diri sendiri tak boleh jawab tu maksudnya ilmu tak absorb ke dalam otak lagi. Belum osmosis.



Ok lah. dah ada something yang ditanya kat diri gue n gue tak boleh jawab. So, gue harus pamit ya. Mau study. Adiosss! WASSALAM.