BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 22, 2009

Kesempatan dalam tragedi

Assalamualaikum..

Huh,blog nie bukan setakat berhabuk bahkan bersawang.Sudah lama tidak berceloteh di sini,mungkin terlalu sibuk tiada mood,semangat dan juga idea.Saya cukup respect dengan En. Azizi,beliau tidak pernah kering idea dalam berkongsi apa jua cerita serta informasi dalam blognya.Kalau tak silap,tinggal beberapa hari sahaja lagi Azizi & the gang(Aminah,Zaimah,Kak Pah dll) akan ke Acheh melaksanakan misi mereka.Saya doakan niat suci mereka diredhai Allah serta segala urusan mereka dipermudahkan.Saya tahu betapa mereka bekerja keras untuk projek tersebut.Allah yusahhil alaikum!

Kebelakangan ini saya sibuk dengan projek elektif saya di Rumah Penyayang Tun Abdul Razak.Tugas saya tidaklah begitu sukar,cuma memerlukan sedikit kesabaran dalam mendidik penghuni rumah tersebut.Pada hari pertama,saya ada mengajar seorang adik tahun 6 subjek Matematik.Apa yang memeranjatkan,dia hanya hafal sifir 2.Alahai adik,macam mana nak ambil UPSR tak lama lagi.Saya pun dengan pantasnya menyediakan nota sifir buat adik-adik sekolah rendah,dan saya minta mereka menghafal sifir tersebut mengikut kemampuan.Setiap hari bacaan sifir mereka akan ditasmi'.Seminggu berada di sana,saya cuba memenuhi hasrat pembantu pengetua untuk membantu adik-adik,bukan sahaja dari aspek akademik,bahkan jua rohani.Alhamdulillah,penerimaan adik-adik cukup mengharukan.Setiap hari,selesai sahaja mereka menelaah pelajaran,mereka meminta saya menyampaikan tazkirah.Jadi,secara tidak langsung saya pun perlu membuka buku untuk dikongsi dengan mereka.

Baiklah,kita tinggalkan kisah itu.Entri saya kali ini adalah berkisar tentang satu isu yang hangat diperkatakan dan menjadi kebimbangan di kebanyakan negara kini.Saya agak rajin untuk menulis isu ini rentetan ia menjadi tajuk forum Halaqah di tv9 malam tadi.Guess what??Percaya atau tidak,tajuk forum semalam ialah 'selsema babi'.Saya hanya berpeluang mendengar part akhir sahaja dalam forum yang menampilkan Ustaz Farid Ravi dan Dr Danial Zainal Abidin sebagai ahli panel.Kombinasi yang menarik,seorang ahli agama dan seorang pengamal perubatan.Pun begitu,mereka berdua adalah pendakwah.

Saya sebenarnya amat tertarik dengan penutup yang disampaikan oleh Dr Danial.Beliau mengatakan bahawa,sedar atau tidak setiap kali dunia ditimpa tragedi,di situlah ada kesempatan untuk berdakwah.Contohnya,di saat krisis ekonomi melanda dunia,indeks matawang negara-negara Islam meningkat naik.Andai difikir,agak mustahil sedangkan indeks empayar-empayar besar merudum jatuh.Majalah The Economist telah membuat kajian tentang fenomena ini dan mendapati sistem ekonomi yang diperkenalkan dalam Islam adalah sangat baik.Nah!Terbukti bahawa betapa Islam itu syumul,meliputi segala aspek kehidupan.

Menyentuh pula wabak yang satu ini.Telah dinyatakan dalam al-Quran bahawa khinzir adalah haram.Allah menetapkan hukum sedemikian kerana Allah lah yang mencipta binatang tersebut dan Allah jualah yang mencipta kita.Yang Maha Kuasa mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.Seorang doktor di negara Barat membuat kajian pengharaman khinzir dalam Islam.Dalam kajian tersebut,beliau menyatakan bahawa,khinzir merupakan satu binatang yang akan makan apa sahaja yg dia mahu(termasuk najis).Oleh yang demikian,jangan jadikan khinzir salah satu menu hidangan anda kerana mudarat yang dibawanya.Sekali lagi ternyata betapa indah ajaran yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Baru-baru ini WHO telah menyarankan beberapa langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak selsema babi ini.Antaranya mengamalkan mencuci tangan.Jika kita adalah seorang yang beriman,tidak meninggalkan solat,amalan ini sepatutnya sudah sebati dalam diri kita.Mana taknya,setiap kali ingin menunaikan solat,bukankah kita berwudhu' terlebih dahulu.Lagi satu amalan pencegahan ialah menutup hidung ketika bersin.Sebenarnya,amalan ini telah pun diajar oleh Rasululullah s.a.w 1400 tahun yang lalu.

Walaubagaimanapun,untuk umat Islam berdakwah,walau sekadar satu ayat,satu syarat penting perlu dipenuhi.Umat Islam mestilah tidak jemu menuntut ilmu.Apabila ilmu sudah ada,mudahlah menyampaikan dakwah dan menegakkan syiar Allah.Jadi,jangan sekali-kali bosan ya untuk menambah ilmu dan sekaligus mengupgrade iman anda.

3 comments:

emrullah said...

rafaa, rumah penyayang tu rumah anak yatim ke? beshnye dpt jmpa adik2

rafaa' said...

yup,rumah tue under dato' najib.so,kira adik2 kat situ agak senang laa.

atom28 said...

salam rafaa'..
rasanya fes time kite komen kat awknye entry nih.

bagusnye rafaa'. teruskan niat luhur itu mengajar adik2 yang comel tu.hehe..

kite pun baru jer dapat offer minta jadi ustazah untuk budak darjah 1 n 2. tp kite kan tak habis lagi. bulan julai baru bley kata free lakan.huhu