BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 3, 2009

Dari Bandar Di Raja ke Bumi Anbiya'

Hujan rahmat..

Saat ini sudah tiga hari hujan turun mencurah-curah membasahi bumi USM.Syukur dirafa'kan atas rahmat Allah ini setelah sekian lama matahari menampakkan cahaya yang terik sehingga kering rumput di padang.Mujurlah cuaca mendung dan gloomy tidak mempengaruhi saya dan rakan study group yang lain untuk berhibernasi.Ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.Study leave selama sebulan perlu dimanfaat sebaik mungkin kerana final exam is just around the corner.Peperiksaan Selanjar yang menyumbang 10% biarkan berlalu,pandang ke hadapan dan berusaha untuk yang akan datang.

Aish..Tercabar iman melihat majoriti pelajar tahun 3 yang lain pulang ke rumah merehatkan minda dan mengambil mood untuk menyediakan diri ke arah peperiksaan Ikhtisas II.Saya perlu bersabar sehingga 20 haribulan nanti.Salah seorang abang saya akan melangsungkan majlis perkahwinannya,jadi masa yang paling sesuai untuk pulang adalah ketika itu.Biarpun seminggu sebelum exam,saya mahu juga pulang.Kata seorang teman,ada keberkatannya jika pulang untuk bertemu keluarga.Mudah-mudahan benar katanya.

Tinggalkan perihal exam...Sebenarnya post saya kali ini berkisar tentang kakak sulung saya yang akan berlepas ke Mesir pada bulan hadapan kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana (Takpekan Jah,nak tulis tentang keluarga saya??).Kakak saya akan kembali semula ke tempat beliau menuntut ilmu dan tempat menyulam kasihnya dengan suami tercinta.Berat hati ini untuk berpisah dengannya memandangkan kami amat rapat.Tambahan lagi,saya pasti merindui anak-anaknya yang sangat keletah.Mana tidaknya,saya selalu menjadi pengasuh mereka sejak kecil lagi.Aduhai...Tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya nanti.Ulfa,Wiaam dan Aufa...Ketiga-tiga mereka amat rapat dengan saya.Tambah sayu dihati ini apabila kelmarin Ulfa meminta saya pulang sebelum mereka berangkat ke Bumi Anbiya.Tidak segan silu mulut kecil itu menyatakan rasa rindunya pada makciknya yang agak kuat berleter ini..Huhu..Tika itu mata saya sudah mula berkaca.Rindunya hati..Fahamilah anak-anak saudaraku,diriku perlu berjuang di sini.

family yang happy go lucky

Walau apa jua yang terjadi,kata perpisahan pasti terungkap nanti.Ku doakan kakak tercinta tetap bahagia bersama keluarga tersayang walau jauh di sudut hatinya berat meninggalkan ibu dan adik beradik yang lain..Buat Ulfa,Wiaam dan Aufa moga tidak lupa kepada kami.Bi iznillah,pasti kita kan ketemu lagi..

~pasti budak bertiga tu nanti petah berbahasa Arab,kelu laa lidah makciknya yg seorang ini.next year kena polish jugak bahasa syurga nie..insyaAllah

5 comments:

Anonymous said...

salam buat sahabat prjuanganku, rafaa'.muaahh...
blog ni kn blog joint venture.so, x kesah le hang nk tulih gapo2 pn. sy baca jek. bleh tgk gmbo wiaam n ulfa (aufaa x sempat kenal.huhu). wiaam da berisi bgt.chubby tol.

Anonymous said...

huhuhu...
nama khairaummah dh xle guna. tadi baru jumpa org yg gne khairaummah ~ntah2 tu mmg nama die sebenar x. xtahu la.

from now, saya gne nama sndiri je la ey.suhaijah.confirm 1 dlm sejuta.

Anonymous said...

time kaseh jah..wiaam mmg sgt chubby.itulah penangan masakan tuk die.aufa plak sgt talkative,mcm ulfa gak.bygkan,die bley ckp dlm masa sejam non-stop.xlarat nak layan..

by the way,saya pon guna name sendiri pasni..proud to have nama yg jrg didgr neh..

Anonymous said...

rafaa pkbr?
bestnye dpt ke mesir..

Anonymous said...

baek alhamdulillah sue..
skang tgh berjuang utk final exam..rindunya kat sue.