BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 18, 2008

.: aku terpaku :.

Semalam aku menelefon Mak dan Abah di Malaysia. Aku sangat kangen pada mereka. Aku mendail nombor hp Mak dengan kod 010166. Kod ini biasa digunakan untuk pengguna sim Mentari. Mak menjawab panggilan dengan suara yang lembut. Aku sangat suka mendengar suara Mak melalui telefon. Perkara ini juga diakui oleh adik lelakiku. ahah...

Selepas berbual dengan Mak beberapa minit, hp di'pass' pula kepada Abah. Seperti biasa, Abah memberikan motivasi atau bercerita apa-apa yang dibacanya kepadaku. Abah memang pro-aktif, banyak ide. Kali ini Abah bercerita tentang 3 perkara. Nak tahu? ahah...

1. Abah bercakap pasal semua amalan bermula dengan niat. Kalau kita dah berniat untuk melakukan sesuatu, pasti kita dah tak fikir pasal benda lain, dan terus berusaha untuk capai niat tersebut. Badan kita pun dah di 'set' untuk mampu membuat kerja tu. Contohnya, kita niat puasa, siang hari otak kita dah di 'set' untuk menahan lapar dan kita pun tak terfikir nak makan sehinggalah tiba waktu berbuka barulah time tu, waah!!!laparnyeee... Abah bagi persoalan, kenapa orang gila mampu merayau-rayau pada waktu tengah hari yang panas terik dan orang gila tak rasa lapar or sakit ke. Kalau orang normal mesti dah penat dan demam-demam. Adakah sebab tadi, orang gila tak berniat pun untuk merayau-rayau dan jatuh sakit?ahah...kenapa ya?

2. Cuba buat kajian kenapa anjing suka kejar orang penakut yang bila nampak anjing terus lari lintang-pukang. Abah ada baca fakta sains kata orang yang takut akan mengeluarkan sejenis bau yang dapat dihidu oleh anjing. Anjing dapat menghidu bau yang jaraknya sehingga 2km. Seronok la anjing mengejar orang tu. haha...

3. Usia Nabi Muhammad masa kewafatannya ialah 63tahun kan? Cuba lihat kat pita pengukur (tali inci). Ada 60inch + extra 3 inch yang takde senggat. Betul tak? Betul, betul, betul. Cuba tanda kat mana umur kita sekarang. Misalnya, umur dah 50thn, pendek je lagi nak sampai 60 tu. Huhuhu...abah... Ni rasa nak nangis ni. (insafnya diri terasa). "orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati."

Terakhirnya, aku memaklumkan kepada Abah bahawa minggu depan 'exam'. Abah mengingatkanku kejayaan tu bukan pada apa yang orang lain nilai pada diri kita. Kejayaan tu dinilai pada usaha yang kita hamburkan. Contoh Nabi Nuh a.s yang hidup dan berdakwah selama beratus-ratus tahun tapi pengikutnya cuma puluhan orang sahaja (83 ey Abah sebut. x ingat dh). Kalau nak tengok orang menilai, mesti nak kata Nabi Nuh tak berjaya tapi Allah menilai Nabi Nuh sebagai orang yang berjaya sebab dapat melaksanakan tanggungjawab yang Allah beri tu.

O o...dah 16 minit. Tempoh 'simcard' perdana mentari dah habis. Ok la.. lain kali 'call' lagi. Abah, Mak, I love U! muaaaahhhhh..... (^_~)

2 comments:

Nur said...

salam ziarah ijah. bez cite abah ijah. hehe

Anonymous said...

hehe..time kasih...