BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 26, 2008

Belajar tentang kehidupan..

Maha Suci Allah..Akhirnya dapat juga sy login ke blog sendiri.Bukannya tdk mahu meluangkan masa utk mencoret sesuatu,tapi kekangan masa membataskan segalanya..Cik Suhaijah pun dah mula bising..Memang terlalu byk yg ingin dikongsi bersama pembaca,setiap detik yg berlalu dirasakan terlalu berharga.Tetapi apakan daya,sy hanya mampu merancang.Apa yg aula,perlu diaulakan.Tanggungjawab sbg pelajar mendahului nampaknya..Rasanya dalam sekelip mata shj sy sudah pun berada dlm minggu ke-4 blok neurology.Blok yg sy kira amat men'stress'kan,Allah sahaja yg tahu.Sy tidak pernah selemah ini,hampir sahaja sy berhenti sekerat jalan..Sy rasakan yg perjalanan sy dlm bidang yg cukup mencabar ini sampai di sini shj..Sehinggalah suatu petang sy menelefon ibu di kampung..

Saya:Mak,dah tak mampu rasenye nak belajar dlm bidang nie..(sambil teresak-esak)
Mak : (Terkedu)..Sabarlah syg..Tak ada perkara yg mudah dlm dunia nie.Akak dah buat keputusan utk amik medic kan..Jadi,kena la byk bersabar..Kena kuat fizikal,mental bila amik medic nie..
Saya: Tp,dah tak larat..
Mak : Mak memang tak boleh bantu..Tapi akak ade Allah,mintak lah dgn Dia akak..Dia punya segalanya..Dia ada kuasa utk memberi pd sesiapa yg meminta..Yg penting usaha,doa dan tawakal..InsyaAllah,jalan akan dipermudahkan utk akak..

Itulah antara perbualan saya dgn ibu,menyesal juga kerana menyebabkan ibu sy risau.Tapi,sy betul2 buntu..Pada malam harinya saya menerima panggilan drpd abang2 dan kakak2.Masing2 memberikan kata2 semangat buat adik yg dlm tekanan melampau ni..Apa yg mereka sampaikan semuanya perkara yg sudah biasa didengar,tetapi sebagai manusia kita perlu diingatkan kembali..Mana tidaknya,berfikir pun dah tak berapa nak betul..Apa-apa pun ingatlah apabila menghadapi sebarang kesusahan,kembalilah kepada Pemberi ujian,kerana hanya Dia yg berkuasa meredakan resah di hati,bahkan Dia jualah yg memberi jalan keluar..Maha Kasihnya Allah yg tidak jemu2 memberi dan mendengar rintihan kita.

Sekarang sy sudah pulih drpd tekanan..Biasalah kalau tdk tertekan sedikit,bukan pelajar namanya..hehe..Sy lebih byk belajar sekarang.Dan apa yg sy pelajari skrg tdk diajar dlm dewan kuliah..Menarik bukan??Akhir-akhir ini sy meringankan kaki sy untuk ke wad.Di wad lah sy belajar sesuatu yg baru.Belajar tentang kehidupan...Sy bermesra dengan beberapa pesakit,bukan hanya utk belajar tntg penyakit mereka,tapi utk melihat mereka mengukir sekuntum senyuman.Sy tak dapat melakukan apa-apa utk mengurangkan sakit yg mereka tanggung,sy hanya mampu menjadi pendengar setia,tempat mereka berkongsi cerita dan kisah duka.Setiap kali mendengar cerita mereka,sy menguatkan azam di hati utk berusaha menjadi doktor yg baik pada masa akan dtg.

Kini,sy lebih celik dan sedar mengapa Allah menempatkan sy dlm bidang ini..Dia Perancang yg sgt hebat..Sy lebih bersyukur dgn apa yg sy ada hari ini,bahkan sy amat bertuah jika di bandingkan dengan orang lain.Diberikan pelbagai nikmat yg tak pernah habis bahkan berlebih.Betapa lemahnya sy yg menitiskan air mata hanya kerana sedikit tekanan..Insaflah wahai diri,jika ujian yg ringan tak dpt dihadapi dgn baik,bagaimana pula dgn ujian yg lebih berat???Di tahap manakah iman kamu???Soalan yg hanya diri sendiri mampu jawab..Tepuk dada,tanya iman..


Ya Ghafur,lemahnya iman ku..Ku mohon hidayahMu dlm meniti kehidupan seharianku..Ku mohon jua andai aku ditimpa ujian,maka datangkan jalan keluar Ya Allah kerana aku yakin bagi setiap kesusahan,akan diiringi dengan kesenangan.Jadikanlah ujian yg menimpa diri ini sebagai wasilah untukku meningkatkan iman yg lemah ini..Kurniakan daku walau secebis kekuatanMu Ya Rahman..
Amin ya Rabbal Alamin..

-->this is just an intro for that new lesson..a lots more to share later on=)
-->to suhaijah,bittaufiq wannajah ye!!

Saturday, October 25, 2008

.: PROPOSAL :.


Usrah bersama Teh Reza hari ini dihadiri oleh aku, Alia, Adda, Kak Aimi, Kak Ijah dan Teha. Hari ini baru dapat bertemu dengan Kak Ijah setelah sebulan lebih Kak Ijah memasuki clinical year di RSHS. Selama sebulan berpuasa, kami tidak berkesempatan untuk berusrah. Hari ini alhamdulillah, walaupun tidak semua ahli dapat hadir (kak tasha n kak aimi ada kkn) namun usrah tetap diteruskan. Emm...ape yang best nak cerita hari ni ek.


Teh Reza bertanya tentang hikmah terbesar yang diperolehi daripada Ramadhan lepas. Ni adalah part yang paling susah bagiku (part nak bercerita tentang diri sendiri). Emm...banyak mende sebenarnya, tapi xtau perlu diberitahu atau tidak. Hikmah terbesar ialah...emm..nk bgtau ke ey?...xyah la...wawawa...


Nak cerita tentang hikmah terbesar orang lain la. "mencari hati". Bila aku mendengar ini, aku juga terfikir adakah hatiku masih ada? Kalaupun ada, adakah ia masih berfungsi dengan baik? Bukan hati=liver tapi hati=qalbu. Bagiku, tanda hati hilang ialah banyak beribadah tapi tak rasa kemanisan beribadah. Sekadar cukup syarat je nak 'tick' kat kertas mutaba'ah ibadah. Baca Quran sekadar baca saja. Tak menghayati maksud sebenar yang dibaca. Hati dah banyak debu, kotoran.


Teh Reza kata, hati ni macam kita lihat diri kita kat cermin. Kalau cermin tu berkilat, baru dapat lihat diri kita dengan jelas. Cam tu lah jugak dengan hati. Kalau hati berdebu dan kotor, susah kita nak nampak kebenaran. So, cuci lah hati kita dengan antiseptic or alcohol 70% (osce-tuberculin test) heheh...


Emm...nak cerita pasal proposal. Tau tak proposal apa? Gue pun hari ni baru tahu. Rupa-rupanya UBM (unit baitul muslim) kat sini guna kaedah proposal untuk nikah (kat Malaysia xtau la pulak). Caranya ialah...jeng3...akhawat akan menghantar proposal (ala2 about me friendster tuh) kepada murabbinya --> murabbinya bagi proposal tu kepada murabbi ikhwan --> murabbi ikhwan tanya, "siapa yang sudah siap untuk menikah?" --> ada ikhwan jawab, "saya!" --> "nah, ambil proposal ni n hantar proposal kamu pula ya" --> proposal ikhwan dihantar ke murabbi akhawat --> "ini proposal dari si ikhwan" --> both of them will do istikharah (kt rumah masing2) --> khitbah --> istikharah lagi --> "jadi ke tak jadi?" --> "jadi, insyaAllah" --> nikah la mereka. alhamdulillah.
~ini cuma ringkasan dan hasil olahan dari apa yang didengar dari Teh Reza.~


Sudah siapkah kamu? Entah la. Apa tanda-tanda orang yang dah bersedia ey? What do you think? Emm...I think...I'm thinking. wawawa...


Saturday, October 18, 2008

.: aku terpaku :.

Semalam aku menelefon Mak dan Abah di Malaysia. Aku sangat kangen pada mereka. Aku mendail nombor hp Mak dengan kod 010166. Kod ini biasa digunakan untuk pengguna sim Mentari. Mak menjawab panggilan dengan suara yang lembut. Aku sangat suka mendengar suara Mak melalui telefon. Perkara ini juga diakui oleh adik lelakiku. ahah...

Selepas berbual dengan Mak beberapa minit, hp di'pass' pula kepada Abah. Seperti biasa, Abah memberikan motivasi atau bercerita apa-apa yang dibacanya kepadaku. Abah memang pro-aktif, banyak ide. Kali ini Abah bercerita tentang 3 perkara. Nak tahu? ahah...

1. Abah bercakap pasal semua amalan bermula dengan niat. Kalau kita dah berniat untuk melakukan sesuatu, pasti kita dah tak fikir pasal benda lain, dan terus berusaha untuk capai niat tersebut. Badan kita pun dah di 'set' untuk mampu membuat kerja tu. Contohnya, kita niat puasa, siang hari otak kita dah di 'set' untuk menahan lapar dan kita pun tak terfikir nak makan sehinggalah tiba waktu berbuka barulah time tu, waah!!!laparnyeee... Abah bagi persoalan, kenapa orang gila mampu merayau-rayau pada waktu tengah hari yang panas terik dan orang gila tak rasa lapar or sakit ke. Kalau orang normal mesti dah penat dan demam-demam. Adakah sebab tadi, orang gila tak berniat pun untuk merayau-rayau dan jatuh sakit?ahah...kenapa ya?

2. Cuba buat kajian kenapa anjing suka kejar orang penakut yang bila nampak anjing terus lari lintang-pukang. Abah ada baca fakta sains kata orang yang takut akan mengeluarkan sejenis bau yang dapat dihidu oleh anjing. Anjing dapat menghidu bau yang jaraknya sehingga 2km. Seronok la anjing mengejar orang tu. haha...

3. Usia Nabi Muhammad masa kewafatannya ialah 63tahun kan? Cuba lihat kat pita pengukur (tali inci). Ada 60inch + extra 3 inch yang takde senggat. Betul tak? Betul, betul, betul. Cuba tanda kat mana umur kita sekarang. Misalnya, umur dah 50thn, pendek je lagi nak sampai 60 tu. Huhuhu...abah... Ni rasa nak nangis ni. (insafnya diri terasa). "orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati."

Terakhirnya, aku memaklumkan kepada Abah bahawa minggu depan 'exam'. Abah mengingatkanku kejayaan tu bukan pada apa yang orang lain nilai pada diri kita. Kejayaan tu dinilai pada usaha yang kita hamburkan. Contoh Nabi Nuh a.s yang hidup dan berdakwah selama beratus-ratus tahun tapi pengikutnya cuma puluhan orang sahaja (83 ey Abah sebut. x ingat dh). Kalau nak tengok orang menilai, mesti nak kata Nabi Nuh tak berjaya tapi Allah menilai Nabi Nuh sebagai orang yang berjaya sebab dapat melaksanakan tanggungjawab yang Allah beri tu.

O o...dah 16 minit. Tempoh 'simcard' perdana mentari dah habis. Ok la.. lain kali 'call' lagi. Abah, Mak, I love U! muaaaahhhhh..... (^_~)

Thursday, October 9, 2008

.:NAK GABUNG KE TAK NAK!:.

Assalamualaikum, sahabat-sahabat.

Isu ini pasti menjadi hangat setiap kali post-Ramadhan. Isu apa? Cuba tebak.
Ia adalah isu menggabungkan puasa qadha' dan puasa sunat. Saya tidak mampu untuk memerikan pendapat tapi sekadar untuk dikongsi bersama beberapa link yang sahabat-sahabat boleh baca dan nilai sendiri. Yang mana mahu ikut, terserah!

sumber:

1. islamonline.net

2. uzar


3. tanyalah ustaz@tv9

Moga dapat memberi panduan kepada kita semua. Wallahu a'lam.