BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 15, 2008

Rajab, Sya'ban, Ramadhan

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah! Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Teh Riza memulakan usrah petang itu dengan kalimah doa ini. Pernah aku ter-/membaca potongan kalimah, “Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban bulan Rasulullah dan Ramadhan adalah bulan umatnya.”

Bulan Rejab dan Sya’ban adalah bulan persiapan menuju Ramadhan. Kita harus mempersiapkan diri dari segi jasmani dengan berlatih berpuasa di kedua-dua bulan yang mulia ini sebelum menanti ketibaan Ramadhan. Selain jasmani, ruhiyyah juga memerlukan persiapan yang secukupnya iaitu dengan membanyakkan membaca buku tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan.

Teh Riza memperingatkan kami supaya memperhatikan kualiti dan kuantiti ibadat sunat kami. Adakah bertambah, berkurang atau ‘maintain’? Sesungguhnya, ‘effective muslim’ itu adalah yang pekerjaannya sentiasa lebih baik hari ini daripada semalam.

Aku memuhasabah diri pada petang itu. Sebagai orang yang telah melalui Ramadhan berbelasan tahun, aku seharusnya menjadi seorang yang lebih dewasa, lebih matang, lebih sabar dan tidak bersikap kebudak-budakan lagi. Itulah yang seharusnya berlaku kerana bulan Ramadhan mengajar kita berjihad melawan hawa nafsu, menjadi sabar, ikhlas dan tidak mudah marah.

Sebagai penutup usrah kali itu, Teh Riza meminta kami menyediakan ‘plan’ menghadapi Ramadhan dan membentangkan ‘plan’ tersebut pada usrah yang akan datang. InsyaALLAH…

0 comments: