BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 27, 2008

Etos Wanita Solehah

“Macam mana nak sebut perkataan ni kak afiah?”,saya bertanya kpd senior sewaktu sesi pengisian di surau.Kami pun cuba la menyebutnya dgn mcm2 bunyi,akhirnya tergelak sama2.

Etos??Apa maksudnya?Bagi saya yg bukanlah seorg yg hebat dlm bidang bahasa ni tentunya tdk tahu apa makna perkataan ini.Sekadar mengagak sahaja boleh la krn hampir dgn perkataan etika.Baiklah,kita ke isi perbincangan kami sewaktu sesi tazkirah di surau.Sebenarnya,etos membawa maksud lebih kurang sama dgn akhlak.Selain etos,etis dan moral juga membawa definisi yg sama.Jadi,saya sebenarnya mahu menulis tentang AKHLAK WANITA SOLEHAH.

Saya rasa semua sdh jelas dgn peri pentingnya akhlak.Masakan tidak,kita semua telah berulang kali diwara-warakan dgn misi besar baginda Rasulullah s.a.w.,apa lagi kalau bukan utk menyempurnakan akhlak umat baginda.Oleh itu,tidak dpt dinafikan lagi betapa hebat peranan akhlak bg setiap individu.Kalau mahu berbicara tentang akhlak,letih dibuatnya sebab terlalu banyak yg perlu dibincangkan dan skopnya sangat luas.

Sebelum sy pergi lebih jauh,akhlak terbhg kpd dua :
~ akhlak samawi :-akhlak yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah
~ akhlak azali :-akhlak yang tetap diamalkan walaupun norma-norma dan cara hidup bermasyarakat berubah,dlm erti kata yg lain merupakan akhlak islami.

Cabang akhlak terlalu luas,drpd akhlak sbg hamba Allah,ummat Rasulullah sehinggalah akhlak sbg seorg anak.Di sini sy ingin fokus kpd akhlak seorang wanita Islam.

Kecantikan dan wanita memang tidak dipisahkan,bagai isi dgn kuku.Tetapi,di manakah nilai kecantikan sebenar seorang wanita?Apabila soalan ini ditanyakan kepada pelbagai jenis manusia,sudah pasti pelbagai jawapan yg akan kita temui.Kecantikan itu suatu yg abstrak dan ia bergantung kepada cara penilaian,samaada menggunakan akal,nafsu atau hati.Berpandukan kayu ukur Islam,wanita yang cantik ialah wanita yang berakhlak mulia.

Sabda Rasulullah s.a.w ;
Dunia itu adalah hiasan dan seindah-indah hiasan adalah Wanita Solehah..

Wanita yang cantik akhlaknya akan menjadi perhiasan dalam keluarga,masyarakat dan juga agama.Seorang wanita mampu memberi impak kepada pembangunan sebuah negara dengan melahirkan zuriat yang hebat.Teringat lirik nasyid Keluarga Bahagia,”tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia”.Islam telah menetapkan bahawa untuk seseorang wanita menempa gelaran solehah,hanya dua syarat yang perlu dipenuhi :

1) Taat kepada Allah & RasulNya
2) Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Jadi,buat semua yang bergelar wanita,marilah kita bersungguh-sungguh memenuhi dua syarat ini(bagi mereka yang belum kahwin,settlekan syarat pertama dahulu).InsyaAllah,andai diniatkan kerana Allah,title ‘wanita solehah’ itu akan menjadi milik kita.

0 comments: