Akhirnya diberi juga kesempatan utk berkongsi kisah masuk kampung (part 2)..Residency 2
dijalankan pd 14-18 Julai yg lalu.Kumpulan sy merupakan kumpulan terakhir yg masuk kampung kerana penyelia kami berkursus..Jadi,terpaksa dilewatkan sedikit..Tapi,tdk menjadi mslh pun bg kami,yg penting semua urusan kami berjalan lancar dan dipermudahkan.Kami bertolak jam 9 pagi.Setengah jam perjalanan,kami sampai di Balai Raya Kg Wakaf Aik.Wakil keluarga angkat masing sudah sedia menanti dgn senyuman.Kemudian,kami berkumpul utk Majlis Penyerahan Anak Angkat.Saya agak kecewa sebenarnya kerana rakan saya yg sepatutnya menetap di rumah keluarga angkat yg sama dgn saya tdk dpt hadir atas sebab kesihatan..Jadi,saya telah ditumpangkan ke rumah keluarga angkat rakan yg lain sebab saya tdk dibenarkan bersendiri..Anak tumpangan pun xpe la,sbb sy yakin mereka semua baik2.Sebelum dilepaskan kpd keluarga angkat,Dr mengingatkan kami agar menjaga kelakuan masing2 dan meminta ibu bapa angkat memberi tunjuk ajar kpd kami..
Kami mkn tgh hari bersama di rumah.Pada sebelah petang,tugas kami pun bermula.Nasib baik kami dah dtg utk mengenal pasti rumah penanam tembakau,jadi tdk la susah sgt.Cuma hendak berjumpa dgn orangnya sahaja yg payah sebab kebanyakan mereka keluar menjual hasil tanaman..Hari pertama memulakan tugas agak mencabar sebab
soalan kaji selidik agak panjang dan kami agak kekok..Maklumlah,dah lame tidak kecek Kelate...Jadi,tergeliat la sikit lidah ni.Apa-apa pun,kami cukup terharu dgn layanan penduduk kampung.Walaupun mereka penat,kami tetap juga dialu-alukan.Seperti biasa,perut ni xpernah lapar..huhu..;-p
Tetap melayan kami walaupun ada kerja...
Alhamdulillah,berkat kesungguhan semua ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab,soal selidik dapat diselesaikan dlm masa dua hari sahaja.Hari ke-3,kami berbincang tentang aktiviti yg akan diadakan utk intervensi (bln 8 nnt)..Setiap drpd kami memerah otak memikirkan aktiviti yang akan dijalankan bersama-sama penduduk kampung nanti..Antara cadangan aktiviti adalah seperti,ceramah,pemeriksaan kesihatan,sukaneka dan mcm2 lg..Apa-apa pun,kami perlu membincangkan semula cadangan2 ini dengan Dr Nazri.Ketua bagi Residency 3,Chong Yee Mei mula membahagikan tugas.Ada yg perlu berurusan dgn Penghulu,ada yang perlu berunding dgn Klinik Kesihatan Beris Panchor dan tidak dilupakan urusan dengan Lembaga Tembakau Negara (LTN).
Jadi,kami ada 2 hari lagi.Tugasan sudah selesai,jadi kami ambil kesempatan ini utk melakukan pelbagai aktiviti..Aktiviti utama tentulah makan buah beramai-ramai..Macam2 buah yg ada,durian,rambutan,etc...Semuanya licin dikerjakan oleh kami..Selain itu,saya juga melawat keluarga angkat saya..Riuh-rendah rumah tersebut dgn suara kanak2..Tiba2 terasa sedih..Mana tidaknya,sy teringatkan anak2 saudara di rumah..Mereka agak nakal dan memeningkan kepala,tetapi itulah yg mengubat hati ini..chewahh..
tiba2,teringat kat budak2 nie(separuh drpd anak sedaraku)..
Bukan itu sahaja,ada dlm kalangan kami yg belajar menunggang motor (tdk termasuk saya sbb sy takut)..Guru kami tentulah Ibu Zaleha (gelaran baru wat Zali)..Kemudian,kami juga menikmati keindahan ciptaan Ilahi (waiting for the sunrise)..Terasa betapa kerdil diri ini apabila memikirkan keagungan al-Wadud..Selebihnya,kami byk bermesra dgn penduduk kampung..
sunrise...
Hmm,mungkin ini sahaja yg dpt dikongsi sepanjang Residency 2..Mungkin utk inteversi nanti,banyak yg boleh dicoret..Nantikan ye..;-)
by : bintu mohamed