BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 16, 2011

.: Tulus dan Comel :.


Lagu ni di'share' oleh sahabat saya. Mamita.
Katanya, "lirik yang tulus, kanak2 itu sangat cumel".
Betul3...once heard, you're hooked.




RINDU MUHAMMADKU

Demi cintaMu Ya Allah
Pada Muhammad nabiMu
Ampuni dosaku
Wujudkan harapanku
Ya Rasulullah
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya

Reff:
Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintahNya, tinggalkan laranganNya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasulullah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasulullah

Reff

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati kuamalkan sejak dini

Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menuju syurga


Sunday, February 13, 2011

.: 60 + 3 :.


Tangan dan kaki ku sejuk. Seluruh tubuhku menggeletar. Panggilan telefon Mak pada jam 3.15 am tadi betul2 membuat aku takut.

"Mak-Abah nak balik kg ni. Kg. Besut." kata mak. Aku dah berdebar-debar nak dengar ayat seterusnya daripada Mak.

"Abe Eh meninggal. Accident petang td."

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un." Hatiku sebak.


------------------------------------------------------------------------------------------------


"Abe Eh, maaf eh." rasa-rasanya itulah ayat terakhir aku kepada Abe Eh. Terakhir aku jumpa arwah masa raya puasa lepas. Kami sempat bergambar kategori cucu-cucu pada pagi raya tersebut.

Abe Eh, sepupu aku yang tua 2 tahun daripadaku. Masa kecil2 kami selalu main sama2. Aku ingat lagi, kami main batu selambut. Masa kecil, Abe Eh selalu datang ke rumah kami. Kitorang bukan main suka bila Abe Eh datang.

Dah besar, masing2 malu. Kalau jumpa time balik kampung tu, buat2 x nampak je. Bercakap apatah lagi.

Aku teringat gambar kami sepupu2 kat port dickson. old days stories. Tak ingat masa tu umur berapa. Aku pasti merindui saat2 itu.

Nama sebenar Abe Eh, Faris. Nama penuh aku tak pasti. Beliau anak sulung daripada 4 siblings. Semuanya hero. Mesti Chik (mak Abe Eh a.k.a adik Abah) sangat terasa akan kehilangannya.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Ini kali kedua Abe Eh terlibat dalam MVA (motor vehicle accident). Kali pertama masa aku masih di Bandung. Kereta Abe Eh total lost. Sa yang pergi melawat Abe Eh tak sanggup nak tengok. Sa hampir pengsan. Alhamdulillah pada masa tu Allah masih bagi extra masa kepada Abe Eh. Pada pandanganku, yang tengok dia selepas mungkin 1 tahun post MVA, x de kesan2 pun yang Abe Eh pernah accident. Abe Eh survive dalam MVA yang dahsyat tu.

Dan mungkin pada MVA kali ini, telah tamat tempoh masa tambahan yang Allah berikan. Ya Allah! Aku berharap agar tempoh masa tambahan yang Allah beri ini berjaya dimanfaatkan oleh Abe Eh dengan sebaik-baiknya.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Mengimbas memori perpisahan yang abadi yang berlaku di rumah kg. kat Besut...
Masa aku ambil UPSR, Tok Ayah meninggal. Aku tak dapat pergi berziarah.
Masa aku di KMPh, Mek meninggal. Aku sempat mengucup Mek buat kali terakhir.
dan ini perpisahan ketiga di kg. kat Besut. Abe Eh...aku kat HUKM, sedang dalam exam period.

Abe Eh dan Mek memang rapat. Aku kadang2 jeles dengan diorang. Abe Eh pandai ambil hati Mek. Dia penyayang. Dia cium dan peluk Mek setiap kali sampai kg. dan masa nak balik. Aku mencontohi dia. Aku pun mula cium dan peluk Mek yang aku sangat sayang. Tak sangka Abe Eh menyusul Mek.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Ya Allah! aku takut. aku takut aku belum bersedia ketika Kau menjemputku. Aku takut Ya Allah! Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu dalam setiap hela nafas kami Ya Allah.

Ya Allah!Ampunilah dosa2 Abe Eh. Tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang soleh. Permudahkanlah baginya untuk menjawab soalan2 Munkar dan Nakir. Ya Allah! jadikanlah kubur itu tempat yang aman baginya.

Ya Allah! ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, saudara2 ku, guru2ku, sahabat2ku dan semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah! kasihanilah Mak dan Abah sepertimana mereka mengasihi dan menyayangiku sejak aku masih kecil. Ya Allah! bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu. Ya Allah! kasihanilah kami. Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu Ya Allah! dengan rahmatMu. dengan rahmatMu Ya Allah.


Semoga roh Abe Eh dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang beriman yang sentiasa dalam keredaan Allah.




Friday, February 11, 2011

.: Utusan TUHAN :.


First time dengar lagu ni hari ni dalam rancangan Tanyalah Ustazah. Best! Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba ni, ni la lagu yang sesuai untuk menaikkan semangat cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ayo kita perbanyakkan selawat ke atasnya.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad.


google2 lirik tapi tak jumpa. so, listen and type sendiri. kalau salah "sorry aaa" (odin's version..^^V)




Utusan TUHAN

Bunga mekar penuh aroma

Kicau burung merdu ceria

Berarak menyambut insan mulia

Sukacita alam semesta

Telah datang berita syurga

Utusan Tuhan lahir ke dunia

Kekasih Tuhan akhir kenabian

Penyempurna risalah penebar hikmah

Utusan tuhan insan dilahir

Penyampai wahyu al quran suci

Penebar rahmat bagi insani

Kemuliaan manusia suci

Dialah Muhammad sumber kebenaran

Dialah Muhammad sempurnya insan

Mata air cahaya kesucian

Penyelamat kaum beriman

Saat malam dlm kegelapan

Tersingkap hijab penuh keajaiban

Dalam mi’raj mu berjumpa tuhan

di sidratul muntaha ....

Muara mata air syurgawi

Ibrah suci sebagai wasi

Keindahan wujud keadilan

Sumber ilmu wahyu ilahi

Allahumma solli ‘ala Muhammad

Ya rabbi solli alaihi wa alih

Allahumma solli ‘ala Muhammad

Ya rabbi solli alaihi wa alih

Kesabaran tauladan insan

Penyampai wahyu risalah Tuhan

Tempat berlindung kaum yang lemah

Cermin takwa dalam ibadah

Dialah Muhammad sumber kebenaran

Dialah Muhammad sempurnya insan

Mata air cahaya kesucian

Penyelamat kaum beriman

Sollu ‘ala Muhammad