BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 30, 2010

.: Nestum Nesvita favourite ku :.

Love Nestum very much since zaman sekolah. Till now, I will take nestum as my breakfast.
Dulu nama die nestum, sekarang nama die nesvita. (but I was used to nestum).



Malam tadi, pergi dengar forum motivasi daripada prof. Banyak input yang dapat. Habis je forum ada tayangan multimedia tentang Lifeline for Gaza. Sesungguhnya, saya tidak tahu. Teruk betul. Bila ada orang bercerita tentang Gaza, barulah saya teringat yang Palestin belum aman lagi. Palestin masih memerlukan bantuan.



Bantuan apa yang boleh saya salurkan? Teringin juga merawat orang sakit di sana. ~Ya Allah! jadikanlah aku tidak takut mati di jalanMu ya Allah.



Kata kawan saya di atas pentas tu...Boikot Mc D.
Saya tak heran sangat pada Mc D. Tak lapar pun bila tengok iklan Mc D. Tak matilah kalau tak makan Mc D.



TAPI...
Saya tak boleh nak tinggalkan nestum. Saya suka sangat nestum ni. Milo pun satu hal jugak. Semua yang saya suka ni adalah product Nestle. Saya nak tahu jugak kenapa nak boikot Nestle. Then, saya terbaca di website vivapalestina ada sebut "Why boycott Nestle?"



Saya membuat pesanan pada diri saya, I SHOULD BOYCOTT NESTLE because...
1. Nestle owns 50.1% share of Osem, Israeli food maker.
2. Nestle bina kilang-kilangnya (it has 11 plants) di atas tanah haram iaitu tanah yang dirampas daripada penduduk-penduduk asal Palestin.
3. Netanyahu kata Nestle memberi sumbangan yang paling banyak dalam mengukuhkan ekonomi Israel.



Untuk siapa2 yang pantang tengok iklan McD mesti meleleh air liur nak beli time tu jugak, bolehlah fikir2kan, renung2kan dan selamat beramal. Carilah sebab kenapa kita kena boikot Israel. "Why boycott McD?"


pesanan buat Abdul Rahman or Abdul Muhaimin (whatever it is name to be~I seriously like Abdul Muhaimin more) makanlah makanan yang halalan toyyiba. don't ask your parent to buy McD, Milo, Maggi, Nestum. not good to eat.



~berdoa supaya Nestle menjual semula syer nya kepada Osem. heheh.

Friday, May 28, 2010

.: I should be KIND rather than being RIGHT :.

I got a lesson today.

One fine morning, in the lift to 9th floor...
I stood beside lift button panel. A group of people came in. I pressed on the open button until a man headed in front of me. I stepped backward to give him and his wife space. My finger lifted off the button as I now one step away from it.
Suddenly, the man spoke to me,
"Pres the button! People want to enter."


I smiled to him with my heart babbled.
" It's not that I don't want to press the button but he came to stand in front of me. I think it is not proper for me to stretch out my hand along his way."



He happened to go to the same floor with me. As we reached 9th floor, all people walked out the lift but he did not go out. He pressed the open button and let all people go out. Although he can go out first (he was in the front line), he didn't do that. He was being kind to us.



Then, I realized I should be kind rather than being right. Initially, I think that my action is right and he was wrong about me. I was angry when he said that to me like I was an insensitive person.
In fact, I should say to him,
" Yes, you are right."


That is the magical word of being humble.

Sunday, May 16, 2010

.: Bila Perut Budu diberi Cencaluk :.

Alhamdulillah...saya sudah berjaya memasuki tahun 4 dua minggu lepas. Posting saya sekarang ialah triad yang terdiri daripada ENT (ear, nose, throat), Ophthalmology dan Anaesthesia. Memasuki tahun 4 ini membuatkan saya tidak menulis di dalam blog. Masa yang ada digunakan untuk mempelajari penyakit-penyakit penting dalam ENT yang hanya selama 3 minggu ini. Saya amat mengagumi rakan-rakan yang sentiasa istiqamah menulis walaupun mempunyai banyak tugasan-tugasan lain.


Masa hujung minggu ini saya teringin untuk meluahkan sesuatu dalam blog tersayang ini. Blog ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya bersempena hari lahir saya yang ke 20. Hari lahir ke-20 ini adalah sejarah yang sukar diulang. Sebabnya ialah tarikh yang sangat istimewa iaitu 7/7/2007 @ 070707. Pada mulanya, blog ini direka supaya kami bertiga dapat berkongsi cerita dan pengalaman. Namun, masing-masing ada komitmen sendiri dan sentiasa tidak berkesempatan untuk menulis. Setelah beberapa lama ditinggalkan bersawang, sahabat saya mengusulkan supaya melupuskan blog ini. ~mana boleh!ini kan hadiah saya. saya sayang banget blog ini~


Jadi, walau sesibuk mana pun, saya akan cuba untuk menulis sekurang-kurangnya 1 post setiap bulan (walaupun agak teruk juga la azam saya ni). I will try!



Teringat sewaktu di Bandung tiga tahun yang lepas, saya berkali-kali minta untuk membawa budu ke Bandung. Namun, Mak menegah dengan alasan selera makan saya akan bertambah dan akan menjadikan saya gemuk. Semasa keluarga saya datang ke Bandung, Ayah Lik sukarela merancang untuk membawa budu tanpa pengetahuan Mak tetapi Ayah Lik terlupa untuk membawanya. ~Keciwa....

Sampai sudah saya tidak berjaya menjejakkan 'kaki' botol budu di bumi Bandung. huhu.


Cerita sekarang pula.
Hujung minggu akan menjadi sangat bermakna bila dapat tidur di rumah ayah lik. Sekarang pun saya ada di rumah Ayah Lik. Segala kerisauan, ke'stress'an saya selama seminggu akan hilang sebaik sahaja saya sampai di rumah Ayah Lik. ~nak balik rumah pekan jauh sangat. balik kajang pun ok.


Pernah kawan saya bertanya, ada apa di rumah Ayah Lik memandangkan saya selalu sangat ke sana. Emmm...kat rumah Ayah Lik ni ada Ayah Lik, Che Su dan 3 budak kecil yang banyak kerenah. ~suka layan budak-budak ni.


Ceritanya, Ayah Lik sakit perut selepas makan cencaluk.
"Perut budu, tapi pergi makan cencaluk. Ni le jadinya."


Budu dan cencaluk. Dua makanan yang beridentitikan dua buah negeri. Budu diperbuat daripada ikan bilis manakala cencaluk daripada udang. Sebut sahaja budu, orang akan terfikirkan Kelantan~ Kelantan menang 3-0 ke atas Terengganu semalam.
Sebut saja cencaluk, Melakau lah jadi sasaran.~suka sebut melakau walaupun tak wujud dalam kamus org Melaka.uhuk.


Saya pun alah pada cencaluk. Kalau makan, hidung jadi gatal. Actually, cencaluk sedap juga but budu is better.eheh.


Setakat ni je la kot. ~Simpan idea untuk post seterusnya.