Hari raya haji tahun ni beraya dengan Ha n Aina di rumah Ayah Lik. Tinggal kami bertiga je. Ayah Lik sekeluarga balik Kelate. Memori ini...
7.30 pm: ha n aina sampai di midah. solat maghrib n makan kue tiaw berkuah.
8.30 pm: bergerak pulang. singgah di Giant kajang. beli bahan2 mentah untuk raya esoknya.
kami bercadang nak buat kuah lodeh. cari punya cari ketupat nasi mini Nona...kt giant dah sold out. alhmdulillah jumpa juga kt kedai runcit.
malam tu kami tidur pada jam 2 am sebab nak siapkan kuah lodeh, masak ketupat nasi mini nona, buat kek chocolate moist favouriteku n buat sambal karipap putar aina.
pagi esoknya, abah telefon...kejutkan kami bangun. pukul 8, yang boleh solat pergi solat raya di surau/masjid jenaris. yang tak pergi, dengar orang bertakbir n khutbah kt tv je... live from masjid negara. sambil2 tu kemas rumah, sapu n mop lantai n tangga. (detailnye cerita...)
belajar buat ketupat putar daripada aina. alhamdulillah, semuanya menjadi. pukul 11 am baru kami bersarapan.
pukul 12, kami bergerak ke rumah pkck pe'i kt ampang. sepupu abah. kami bawa kek chocolate moist favouriteku ke sana. cik ju kata sedaaap...~kembang sat...pukul 2.30, kami minta diri untuk ke rumah kak na kt taman kota cheras. sepupu mak pulak. kami bawa kek chocolate moist favouriteku n karipap putar aina. pukul 5.30pm, kami pulang ke pangkal jalan. sampai2 je rumah, terus 'on' tv menonton telemovie "ku yakin berlaku" di astro oasis.
best cerita ni...
1. nilai2 islam diterapkan dengan baik ie. tiada sentuhan antara lelaki dan perempuan, semua pelakon menutup aurat.
2. pengajaran 1: dosa2 kita tidak perlu diceritakan/disebarkan kepada semua orang. setelah kita bertaubat, tak perlu ungkit kisah2 silam/hitam.
3. pengajaran 2: syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami. syurga suami pula di bawah tapak kaki ibunya. seorang isteri perlu taat pada suami.
4. pengajaran 3: yakinlah bahawa sesuatu yang baik pasti berlaku asalkan kita sabar berdoa.
5. pengajaran 4: sejahat mana pun kita, Allah akan menerima taubat kita dan sentiasa ada peluang untuk kita untuk baiki kesalahan.
malam tu, kami keletihan. sat lagi nak balik midah pulak. ha kata nak hantar pukul 10 pm. ada masa 1jam untuk kutidur sekejap di rumah ayah lik ni. 10.30 pm, sampai di midah. bye2 ha n aina. huk3...sedih...
sepanjang hari raya satu hari ni, abah yang banyak 'call' kami. mak, kami yang 'call'. kenapa eh? mak takut nangis ke?