BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 21, 2010

.: Time ni lah :.

emmm....time busy ni la perasaan membuak-buak nak menulis di blog. tatabahasa lintang-pukang. munsyi dewan baca pun rasa nak memberontak. apa kan daya...jari jemari yang agak kasar ni ligat menari di atas keyboard. key "backspace" kerap kali ditekan dek kerana tersalah atau terlajak menari.


minggu yang paling sibuk dalam posting triad ni...anaesthesiology. seronok tu memang la seronok. tapi banyak benda kena buat dalam 2 minggu ni sampaikan nak balik rumah ayah lik pun tak sempat.


aim sekarang ialah nak siapkan literature review untuk special study module (SSM) dan nak buat sebahagian case write up (CWU). if nak siapkan CWU malam ni memang impossible lah. dapat siap sikit pun alhamdulillah...


banyak benda berlaku di saat laptop dan printer sangat diperlukan. charger laptop rosak, printer pulak tak di recognize oleh laptop. dah bertahun-tahun guna (3 tahun je sebenarnya) printer tu takkan la laptop tak recognize pulak. senile dah agaknya laptop ni. sorry laptop. i love u.


laptop yang banyak berjasa ni bakal mendapat charger baru esok. sabar ye laptop. pinjam orang lain punya dulu ye.


laptop, printer dah memeningkan kepala ni. tetiba tambah pulak satu lagi...sakit gigi.heheh... gigi yang tampal di bandung dulu tercabut tampalannya. mahal tu tampal gigi kat bandung. dentist specialist yang tampal boleh tercabut jugak. berapa ratus ribu ntah satu gigi. lupa dah. yang penting tampalan tu mahal. kualiti dipersoalkan.huh...


dah le...nak siapkan kerja ni. dah minum kopi radix dijangka tidur jam 3 am or boleh di extend sehingga 4am sahaja. if not, esok ayam berkokok dulu. mungkinlah...~tak tahu...takde ayam kat sini.