BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 30, 2011

.: Biblioholisme :.



Bismillahirrahmaanirrahiim...

Jam 12.oo tgh hari tadi, sempat menonton Kembara Buku di Tv1. Seronok tengok pengembaraan mereka ke Jogjakarta. Mereka adalah book trailers yang mencari tempat-tempat best iaitu syurga buku kepada pencinta buku. Masa sy belajar di Bandung dulu, ada juga teman-teman ajak berlibur di Jogja. Tak terasa nak pergi pun. Yang sy tau, di Jogja ada patung-patung, kuil-kuil yang besar tu je. Rasa rugi pulak tak google betul-betul tempat menarik di Jogja. Rupa-rupanya, Jogja ada banyak toko buku besar-besar yang boleh dianggap sebagai syurga buku. aduh...rugi rugi rugi...


Dalam Kembara Buku, ada tunjuk beberapa tempat yang menarik iaitu:
1. Toko buku Togamas
2. Social Agency Book
3. Desa Buku Kiyai Lenggang
4. Shopping Complex


Kampung buku Kiyai Lenggang adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara. Di Malaysia pun ada di Langkawi. Eh, sy pernah ke Kg. Buku di Melaka. Tapi kt Melaka tu, bukan ada buku betul pun. Yang ada watak-watak dalam cerita dongeng macam arnab dan kura-kura, sang kancil dan buaya, dinosaur. Ala-ala masuk dalam dunia pengembaraan fantasi gitu.


Dalam masa terdekat ni, kalau diberi kesempatan nak pergi mengembara ke Jogja. Nak jadi book trailers and nak masuk dalam biblioholisme. Check it out!


biblioholisme: literary addiction/dunia buku/ kecanduan buku

Dalam dunia buku atau biblioholisme ini, ada beberapa citra yang memainkan peranan masing-masing. Mana satukah anda?

biblioholic: orang yang ektrem membeli, mengumpul membaca buku

bibliomania: orang yang membeli dan mengumpul buku tapi tak baca

bibliophile: orang yang suka beli dan rajin baca buku sehingga menguasai apa yang dibaca

bibliothaph: orang yang ingin buku-bukunya selamat sehingga buku-buku tersebut dikubur supaya awet

bibliocast: penghancur buku

biblionarsis: beli buku mahal untuk dipamer dan dapat pujian


p/s Sy rasa sy ni biblioholic. hah? ceh3... Ha bawa 2 novel untuk sy baca. Macam tahu2 je novel Terasing tu dah selamat khatam. tq ne...


Sekian. Wassalam.



0 comments: