BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 5, 2009

.: SAKSI yang tak mengenal TIPU :.



Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihitung-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana ia melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Hanya kan mendengar
Tubuh bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

~Rabbani ft. Mawi~



Monday, August 17, 2009

raikanlah!!!

Today, streamyx was activated in my house@hostel at laman midah. After about 3 months not having internet, today i used internet for the whole evening. Many things to tell in this blog.


wanna tell about what i learnt in this 2nd posting, surgery (1st posting of mine is Obstetrics and Gynecology).


1. PATIENT IS THE BEST BOOK IN CLINICAL YEAR

one day, a doctor ask me what is medication for peptic ulcer disease/gastritis?
i answered PPI (proton pump inhibitor). Then she asked for example. I answered confidently 'Omeprazole'.
hahaha! tu ubat lama la. what PPI that we used nowadays? (nampak sgt aku ni x updated. mana tau! masa kt UNPAD dulu belajar omeprazole)
so, i went to the ward to find out what is the new PPI. An educated GERD patient told me that it is Nexium.

lesson: rajin2 la pergi ward. belajar from patient then balik baru baca buku.


2. ???


...................................................................................................to be continued (nak buat case write up)

aku aniaya diri sendiri

al-fatihah buat Us. Asri Rabbani.


Suka banget lagu ni. Menghayati lagu ni tengah2 malam hingga menitikkan air mata. Semoga roh Us. Asri dikumpulkan bersama orang-orang yang mendapat keredhaan Allah s.w.t.




Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku


Sunday, June 21, 2009

*homemade chocolate cake*

yummy..isnt it??

Tuesday, June 16, 2009

Hari gembira~

Pagi ini pelik melihat ibu yang seorang senyum sendirian dan begitu semangat melakukan pelbagai kerja.Hati mahu bertanya,tetapi saya diamkan diri dahulu.Biasanya,mak akan menceritakan apa sahaja yang mencuit perasaannya,tidak kira perkara gembira atau sebaliknya.Ketika saya melayan Nawal di dapur,mak meluru ke arah saya.Dan tidak semena-mena mengatakan yang beliau ingin menunaikan sujud syukur kerana ada dua berita gembira hari ini.Guess what?

Abang sulung saya yang merupakan inspirasi kami berjaya dalam temuduganya.Beliau ditawarkan biasiswa Kementerian Pelajaran untuk menyambung pengajian dalam peringkat Phd.Salah seorang abang ipar saya juga berjaya dalam temuduga yang sama,tetapi untuk menyambung pengajian dalam peringkat Master.Alhamdulillah,itu sahaja kalimat yang terkeluar dari mulutku.Kata mak,tidak ada yang menggembirakan hatinya selain apabila melihat kejayaan anak-anak.

Terima kasih Allah atas nikmat ini..

Biar berbuih mulut

Ini merupakan minggu terakhir saya mencurah sedikit bakti di Rumah Penyayang Tun Abdul Razak sebelum kembali ke USM minggu hadapan.Kalau diikutkan,saya tak perlu datang lagi,tetapi mengenangkan yang saya berjanji untuk mengadakan sesi intensif untuk subjek Sains dan Matematik,maka saya gagahi juga diri untuk hadir.Walaubagaimanapun,saya amat kecewa dengan adik-adik di sana.Mereka seolah-olah langsung tidak menghargai usaha orang lain.Dengan wajah yang langsung tiada minat untuk belajar dan mulut asyik mengucapkan perkataan 'malas',bisa saja meruntuhkan semangat saya untuk menyampaikan ilmu.Saya buat-buat tak nampak dan pekakkan telinga kerana masih ada dua tiga orang yang khusyuk menadah ilmu.


Akhirnya,apabila selesai sesi untuk malam itu,saya pun buka mulut.Rasanya saya sudah pernah mengatakan perkara itu,tapi saya rasa saya perlu mengulanginya lagi.Walau pedih untuk mereka menerima ayat-ayat saya,tetapi itulah hakikatnya.Mereka seperti tiada kesedaran untuk belajar dan menghargai setiap nikmat yang diberi oleh Allah,sedangkan masih ramai yang malang di luar sana.Saya tidak nafikan bahawa mereka ada kekurangan dari aspek kekeluargaan,tetapi saya rasa itu bukan alasan.Pada hemat saya,kehidupan mereka boleh dikatakan mewah jika hendak dibandingkan dengan beberapa Rumah Anak-anak Yatim yang pernah saya kunjungi di Kelantan.



Saya mengingatkan mereka,biar berbuih mulut saya atau Ibu (penyelia) atau Ma (warden) atau siapa sahaja menasihati mereka,tetapi jika tiada kehendak atau inisiatif untuk mengubah diri,mereka tidak akan ke mana.Allah pun telah mengatakan dalam kitab al-Quran bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan mereka sendiri mengubahnya.Nah,bagaimana lagi caranya kalau bukan datang dari diri sendiri?Saya mungkin bersikap tidak adil kerana menyalahkan mereka sedangkan saya tidak duduk dalam situasi mereka.Hakikatnya,saya pun seorang anak yatim,tetapi saya bertuah sedikit kerana tinggal bersama keluarga.



Setiap insan di dunia ini Allah telah tentukan nasib dan takdirnya.Kita semua juga tidak terlepas dari ditimpa ujian serta musibah,namun Allah punya rahsia tersendiri atas semua ujian yang diberikan.Kita sebagai hamba harus menerima dengan hati terbuka kerana itu memang resam dunia.Jika diteliti,Allah datangkan musibah atau ujian sebagai didikan dan untuk mematangkan diri kita.Analoginya mudah,ketika belajar,kita perlu menghadapi peperiksaan.Dan dari setiap peperiksaan yang kita duduki,ada ketikanya kita gagal atau tersilap langkah.Di sinilah kita belajar dari kesilapan untuk pelajaran di masa hadapan.



Apabila Allah datangkan ujian,itu maknanya Allah sayangkan hambanya bukan benci.Maka,beruntunglah hamba yang tidak sunyi daripada mehnah.Kesimpulannya,kita perlu kembali kepada Allah tika dibelenggu masalah atau pun enak diulit kesenangan.Jangan segan silu merayu padaNya,disamping bangkit berusaha mencari jalan penyelesaian.Dan yang paling penting,jangan lupa bersyukur dalam apa jua keadaan kerana terlalu banyak nikmat yang kita perolehi jika hendak dibandingkan dengan ujian yang menimpa.

Monday, June 15, 2009

Satu taklifan..


Seringkali diri ini menyalahkan masa yang tidak mencukupi,sedangkan itu kelemahan sendiri kerana tidak pandai mengurus setiap detik yang dikurniakan.Cuti semester yang panjang semakin hampir kepada penghujungnya.Namun,masih banyak tugasan yang belum dibereskan.Memang betul-betul bercuti nampaknya.Hari ini barulah saya bersemangat duduk di kerusi menghadap laptop untuk settlekan tugasan yang diamanahkan.Sebenarnya,bukanlah sukar sangat..Tetapi,hendak mula yang susahnya.Alhamdulillah,Yang Maha Kuasa menggerakkan hati dan memberikan kudrat untuk melaksanakannya.

Selalu juga telintas dibenak fikiranku,bukan mudah memikul amanah.Apatah lagi jika berkaitan dengan membangunkan agama.Inilah yang menjadi halangan paling besar saat menerima jawatan ajk tertinggi Rakan Masjid USMKK.Rakan Masjid yang dilancarkan pada 18 Januari 2009 merupakan satu jawatankuasa di bawah naungan Pusat Islam USMKK yang bertindak sebagai platform dalam penganjuran sebarang aktiviti dakwah dan kerohanian kampus.Uniknya,ia melibatkan pelajar dan juga staf.Pada awalnya,seorang sahabat meminta keizinan untuk mencalonkan nama saya sebagai Setiausaha.Walau berat hati untuk membenarkan,namun entah bagaimana saya menjawab 'Ya'.Kemudian,dalam kesibukan menyediakan diri untuk peperiksaan Selanjar 3 dan Profesional 2,saya dikhabarkan bahawa saya akan dilantik menjadi SU.Secara jujurnya,saya ingin menolak jawatan tersebut,bukan kerana memikirkan bebanan akademik.Akan tetapi,kerana amanah yang bakal dipikul bukanlah mudah.Saya seolah-olah bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan dakwah di kampus berjalan dengan baik.Bagi saya yang punya pelbagai kelemahan ini,sudah tentu dirasakan terlalu berat.

Akhirnya,setelah menimbang baik buruk termasuk kerana termakan pujuk rayu sahabat yang seorang itu,saya menerima jawatan tersebut dengan pelbagai harapan dan misi.Hal yang demikian kerana Kampus Kesihatan masih belum mempunyai suatu persatuan rasmi untuk memantau aktiviti dakwah.Mungkin ini peluang yang Allah berikan kepada diri saya untuk menyumbang sesuatu hendaknya.


Carta organisasi Rakan Masjid USMKK peringkat staf

Carta organisasi Rakan Masjid USMKK peringkat pelajar


Dengan penubuhan Rakan Masjid,besar harapan agar tugas dakwah akan disampaikan sehingga ke peringkat akar umbi serta memberi impak yang besar buat segenap warga kampus khasnya serta masyarakat luar amnya.Insyaallah pada akhir Julai nanti,satu lagi projek akan dijalankan di bawah naungan Rakan Masjid khusus untuk golongan Hawa.Istimewanya,kami akan cuba sedaya upaya untuk menggalakkan penglibatan bukan Muslim dalam projek dan program yang dianjurkan oleh Rakan Masjid.Saya juga memohon kepada diri saya sendiri serta semua ahli jawatankuasa untuk membetulkan niat di samping berkhidmat sebaik mungkin untk kemaslahatan bersama.Mari sama-sama kita ambil peluang ini untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu serta mengumpul saham sebagai persediaan di akhirat kelak.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya." (al-Baqarah:286)

Friday, May 22, 2009

Kesempatan dalam tragedi

Assalamualaikum..

Huh,blog nie bukan setakat berhabuk bahkan bersawang.Sudah lama tidak berceloteh di sini,mungkin terlalu sibuk tiada mood,semangat dan juga idea.Saya cukup respect dengan En. Azizi,beliau tidak pernah kering idea dalam berkongsi apa jua cerita serta informasi dalam blognya.Kalau tak silap,tinggal beberapa hari sahaja lagi Azizi & the gang(Aminah,Zaimah,Kak Pah dll) akan ke Acheh melaksanakan misi mereka.Saya doakan niat suci mereka diredhai Allah serta segala urusan mereka dipermudahkan.Saya tahu betapa mereka bekerja keras untuk projek tersebut.Allah yusahhil alaikum!

Kebelakangan ini saya sibuk dengan projek elektif saya di Rumah Penyayang Tun Abdul Razak.Tugas saya tidaklah begitu sukar,cuma memerlukan sedikit kesabaran dalam mendidik penghuni rumah tersebut.Pada hari pertama,saya ada mengajar seorang adik tahun 6 subjek Matematik.Apa yang memeranjatkan,dia hanya hafal sifir 2.Alahai adik,macam mana nak ambil UPSR tak lama lagi.Saya pun dengan pantasnya menyediakan nota sifir buat adik-adik sekolah rendah,dan saya minta mereka menghafal sifir tersebut mengikut kemampuan.Setiap hari bacaan sifir mereka akan ditasmi'.Seminggu berada di sana,saya cuba memenuhi hasrat pembantu pengetua untuk membantu adik-adik,bukan sahaja dari aspek akademik,bahkan jua rohani.Alhamdulillah,penerimaan adik-adik cukup mengharukan.Setiap hari,selesai sahaja mereka menelaah pelajaran,mereka meminta saya menyampaikan tazkirah.Jadi,secara tidak langsung saya pun perlu membuka buku untuk dikongsi dengan mereka.

Baiklah,kita tinggalkan kisah itu.Entri saya kali ini adalah berkisar tentang satu isu yang hangat diperkatakan dan menjadi kebimbangan di kebanyakan negara kini.Saya agak rajin untuk menulis isu ini rentetan ia menjadi tajuk forum Halaqah di tv9 malam tadi.Guess what??Percaya atau tidak,tajuk forum semalam ialah 'selsema babi'.Saya hanya berpeluang mendengar part akhir sahaja dalam forum yang menampilkan Ustaz Farid Ravi dan Dr Danial Zainal Abidin sebagai ahli panel.Kombinasi yang menarik,seorang ahli agama dan seorang pengamal perubatan.Pun begitu,mereka berdua adalah pendakwah.

Saya sebenarnya amat tertarik dengan penutup yang disampaikan oleh Dr Danial.Beliau mengatakan bahawa,sedar atau tidak setiap kali dunia ditimpa tragedi,di situlah ada kesempatan untuk berdakwah.Contohnya,di saat krisis ekonomi melanda dunia,indeks matawang negara-negara Islam meningkat naik.Andai difikir,agak mustahil sedangkan indeks empayar-empayar besar merudum jatuh.Majalah The Economist telah membuat kajian tentang fenomena ini dan mendapati sistem ekonomi yang diperkenalkan dalam Islam adalah sangat baik.Nah!Terbukti bahawa betapa Islam itu syumul,meliputi segala aspek kehidupan.

Menyentuh pula wabak yang satu ini.Telah dinyatakan dalam al-Quran bahawa khinzir adalah haram.Allah menetapkan hukum sedemikian kerana Allah lah yang mencipta binatang tersebut dan Allah jualah yang mencipta kita.Yang Maha Kuasa mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.Seorang doktor di negara Barat membuat kajian pengharaman khinzir dalam Islam.Dalam kajian tersebut,beliau menyatakan bahawa,khinzir merupakan satu binatang yang akan makan apa sahaja yg dia mahu(termasuk najis).Oleh yang demikian,jangan jadikan khinzir salah satu menu hidangan anda kerana mudarat yang dibawanya.Sekali lagi ternyata betapa indah ajaran yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Baru-baru ini WHO telah menyarankan beberapa langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak selsema babi ini.Antaranya mengamalkan mencuci tangan.Jika kita adalah seorang yang beriman,tidak meninggalkan solat,amalan ini sepatutnya sudah sebati dalam diri kita.Mana taknya,setiap kali ingin menunaikan solat,bukankah kita berwudhu' terlebih dahulu.Lagi satu amalan pencegahan ialah menutup hidung ketika bersin.Sebenarnya,amalan ini telah pun diajar oleh Rasululullah s.a.w 1400 tahun yang lalu.

Walaubagaimanapun,untuk umat Islam berdakwah,walau sekadar satu ayat,satu syarat penting perlu dipenuhi.Umat Islam mestilah tidak jemu menuntut ilmu.Apabila ilmu sudah ada,mudahlah menyampaikan dakwah dan menegakkan syiar Allah.Jadi,jangan sekali-kali bosan ya untuk menambah ilmu dan sekaligus mengupgrade iman anda.

Monday, April 27, 2009

.: Tempayan Retak :.



Before entering 3rd year programme in UKM this 13 May, my friends and I have to answer MEQI, an online test from UKM. Several last questions ask about "kelebihan & kekurangan diri- kenapa perlu tahu".


I answered the question just to complete the test. Several days after that, I found an old newspaper that my father sent last year. It is 'Kesihatan', an insertion for Mingguan Malaysia. I would like to share what I read that I finally know why we need to know our good and bad sides. It is in malay. Time is consumed to translate it - don't waste time! hehe.



Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yaang utuh itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hannya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketifdaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya.



Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin meminta maaf kepadamu." "Kenapa kamu berasa malu?" tanya si tukang air. "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.



Si tukang ir berasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali dia meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.



Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan utuh? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."


Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun, usah takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu akan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tidak ada yang terbuang percuma di mata-Nya. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita. Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika ia mampu terus hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran di dada.



Thursday, April 23, 2009

.: Sukanya Dia :.




"Ini pasti tidak aman."

"Tidak aman? Waduh."


"Confirm tak aman."

"Ok lah tu jadi juara!"



Hahaha. DIA jadi juara dengan lebihan o.43 (meter cubic). Barang-barang kontena teman-teman DIA kebanyakannya tepat-tepat 1 MC. Jadi, jumlah yang perlu dibayar oleh DIA ialah Rp. 2,000,050.



Hari ni DIA sudah merdeka. Dah habis exam. Temporary Free!Terasa nak balik rumah sekarang jugak. Nak pergi Cameron Highland. Abah DIA kata, insyaALLAH boleh pergi mana-mana yang DIA nak. ~tawaran terhebat abad ini. hehe.



DIA menuntut ilmu di seberang lautan. Sukanya DIA bila dah selesai peperiksaan. DIA dah berulang kali baca ayat 7-8 Surah Insyirah. DIA lupa agaknya. Nah, baca sekali lagi.




"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)."

"Dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap."




Dah, jangan nak meronggeng pulak cuti-cuti ni. Prepare yourself for the challenging clinical year!




DIA, nak tahu tak seperkara lagi? Tadi baru terdengar kat IKIM.FM.



"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).' " ~Al-Kahfi:109


Jadi, kalau DIA rasa dah cukup ilmu di dada, salah sebenarnya tu. Banyak lagi ilmu ALLAH yang DIA tak cari. Maka carilah dari sekarang. Conquer the world!

~ TBN- Taman Bunga Nusantara ~






Tapi, DIA nak pergi jalan-jalan jugak sebelum balik Malaysia. Boleh ke? DIA nak pergi 2 tempat sebelum balik ni. Taman Bunga Nusantara & Dufan. Jom ikut DIA!