BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 16, 2010

.: Bila Perut Budu diberi Cencaluk :.

Alhamdulillah...saya sudah berjaya memasuki tahun 4 dua minggu lepas. Posting saya sekarang ialah triad yang terdiri daripada ENT (ear, nose, throat), Ophthalmology dan Anaesthesia. Memasuki tahun 4 ini membuatkan saya tidak menulis di dalam blog. Masa yang ada digunakan untuk mempelajari penyakit-penyakit penting dalam ENT yang hanya selama 3 minggu ini. Saya amat mengagumi rakan-rakan yang sentiasa istiqamah menulis walaupun mempunyai banyak tugasan-tugasan lain.


Masa hujung minggu ini saya teringin untuk meluahkan sesuatu dalam blog tersayang ini. Blog ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya bersempena hari lahir saya yang ke 20. Hari lahir ke-20 ini adalah sejarah yang sukar diulang. Sebabnya ialah tarikh yang sangat istimewa iaitu 7/7/2007 @ 070707. Pada mulanya, blog ini direka supaya kami bertiga dapat berkongsi cerita dan pengalaman. Namun, masing-masing ada komitmen sendiri dan sentiasa tidak berkesempatan untuk menulis. Setelah beberapa lama ditinggalkan bersawang, sahabat saya mengusulkan supaya melupuskan blog ini. ~mana boleh!ini kan hadiah saya. saya sayang banget blog ini~


Jadi, walau sesibuk mana pun, saya akan cuba untuk menulis sekurang-kurangnya 1 post setiap bulan (walaupun agak teruk juga la azam saya ni). I will try!



Teringat sewaktu di Bandung tiga tahun yang lepas, saya berkali-kali minta untuk membawa budu ke Bandung. Namun, Mak menegah dengan alasan selera makan saya akan bertambah dan akan menjadikan saya gemuk. Semasa keluarga saya datang ke Bandung, Ayah Lik sukarela merancang untuk membawa budu tanpa pengetahuan Mak tetapi Ayah Lik terlupa untuk membawanya. ~Keciwa....

Sampai sudah saya tidak berjaya menjejakkan 'kaki' botol budu di bumi Bandung. huhu.


Cerita sekarang pula.
Hujung minggu akan menjadi sangat bermakna bila dapat tidur di rumah ayah lik. Sekarang pun saya ada di rumah Ayah Lik. Segala kerisauan, ke'stress'an saya selama seminggu akan hilang sebaik sahaja saya sampai di rumah Ayah Lik. ~nak balik rumah pekan jauh sangat. balik kajang pun ok.


Pernah kawan saya bertanya, ada apa di rumah Ayah Lik memandangkan saya selalu sangat ke sana. Emmm...kat rumah Ayah Lik ni ada Ayah Lik, Che Su dan 3 budak kecil yang banyak kerenah. ~suka layan budak-budak ni.


Ceritanya, Ayah Lik sakit perut selepas makan cencaluk.
"Perut budu, tapi pergi makan cencaluk. Ni le jadinya."


Budu dan cencaluk. Dua makanan yang beridentitikan dua buah negeri. Budu diperbuat daripada ikan bilis manakala cencaluk daripada udang. Sebut sahaja budu, orang akan terfikirkan Kelantan~ Kelantan menang 3-0 ke atas Terengganu semalam.
Sebut saja cencaluk, Melakau lah jadi sasaran.~suka sebut melakau walaupun tak wujud dalam kamus org Melaka.uhuk.


Saya pun alah pada cencaluk. Kalau makan, hidung jadi gatal. Actually, cencaluk sedap juga but budu is better.eheh.


Setakat ni je la kot. ~Simpan idea untuk post seterusnya.

2 comments:

||Aku Pemikir|| said...

salam,

minta link blognya dan minta juga dilletakkan link blog aku dalam blog ko. dan sama-samalah kita jadi follower antara satu sama lain

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/


sama2 lah kita bertukar pandangan dan dapatmanfaatnya ye.. :


yoyo,
fk06

tautanhati said...

my pleasure!