BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 28, 2009

.: kalau tak suka, bagi balik :.

Senario 1

Dania sedang menunggu ketibaan lif untuk ke pengajian usrah di tingkat 14. Dia sedang memegang senaskhah Al-Quran terjemahan. Semasa lif terbuka, Dania menyorokkan Qurannya di dalam jaket yang dipakai olehnya. Dia takut kalau2 ada non-muslim di dalam lif tersebut yang melihatnya memegang Al-Quran.

~Apa yang Dania takutkan?



Senario 2

Dania dan dua sahabatnya memasuki lif untuk pulang ke rumah masing2. Dalam lif tersebut ada satu keluarga berbangsa Cina. Sesampai Dania ke tingkat yang dituju, dia meminta diri. Kebiasaannya, Dania akan memberi salam kepada sahabat-sahabatnya. Tapi, pada kali ini, Dania segan untuk memberi salam kepada sahabat-sahabatnya di depan keluarga Cina tersebut.

~Apa yang Dania segankan?



Senario 3


" Umat Islam seharusnya berbangga dengan Islam. Bangga menjadi seorang Islam. Bangga mengamalkan ajaran Islam. Tidak takut untuk menegakkan syariat Islam serta undang-undang Islam. Kita tidak seharusnya menjadikan orang bukan muslim sebagai alasan untuk kita tidak mahu menegakkan undang-undang Islam. Bimbang orang bukan Islam takut dengan undang-undang Islam atau bimbang orang bukan Islam menolak undang-undang Islam. Kita seharusnya menegakkan Islam walaupun dibenci oleh orang kafir, walau dibenci oleh mereka dan walau dimusuhi oleh mereka. "

Menitis air mata Dania mendengarkan khutbah Aidil Adha pada pagi 10 zulhijjah tersebut. Dia merasakan kata-kata khatib itu seperti sedang ditujukan kepada dirinya. Dia berazam untuk membaiki kesilapannya selama ini. Dia tidak akan takut, malu atau segan untuk mengamalkan Islam.



Senario 4


Drama 'Taubat Nasuha' tayangaan TV3 sempena Aidiladha pada malam itu sangat memberi kesan kepada diri Dania. Ia mengisahkan tentang seorang ayah (fauzi) yang panas baran, selalu melepaskan geram kepada anak-anak.

Bapa mertua (jalaluddin hasan) ayah ini memberikannya beberapa buah kitab lama yang salah satunya berjudul 'panduan solat sunat TAUBAT'. Pesan si bapa mertua, "kalau tak suka, jangan buang. Bagi balik."

Kata- kata bapa mertua ni ada signifikannya di akhir cerita.

Pada satu pagi, sang ayah memarahi anak-anaknya, "kalau macam ni la perangai, lebih baik takde daripada ada." Ibu (shila rosly) yang mendengar dan melihat kelakuan ayah terhadap anak-anaknya, telah menitiskan air mata.

Akhirnya, ibu dan anak-anaknya mati dibunuh oleh penyamun di rumah mereka. Sebelum meninggal, ibu sempat menelefon ayah untuk meminta bantuan namun ayah tidak menghiraukan panggilan telefon sang ibu.

Melihat kejadian tersebut, barulah sang ayah tersedar dari kesilapannya. Bapa mertua menyedarkannya bahawa anak-anak dan isteri adalah amanah dari Allah. Samalah seperti kitab lama itu tadi, kalau tak suka bagi balik.


"KITA SERING MENGHARGAI SESUATU KETIKA IA SUDAH TIADA DI SISI KITA DAN PADA MASA ITU SEMUANYA SUDAH TIDAK BERGUNA."


"SAYANGILAH KELUARGA KITA SELAGI ADA WAKTU."

0 comments: