BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 19, 2009

home sweet home~

Pejam celik,sudah seminggu saya berada di rumah.Cuti semester kali ini adalah cuti paling panjang yang saya dan rakan2 nikmati sepanjang bergelar pelajar perubatan USM.Tetapi,ini bukan sekadar cuti biasa.Kami perlu menyelesaikan tugasan elektif kami.Projek elektif menjadi syarat untuk bergelar graduan nanti.Pelbagai aktiviti dirancang oleh pelajar2 tahun 3.Ada yang ke luar negara menjalankan misi kemanusiaan dan ada pula yang menjalankan aktiviti di sekitar Malaysia.Walau apa jua aktiviti yang dirancang,pasti menjanjikan pengalaman baru.Bagi saya,pada awalnya saya mendapat pelawaan daripada Prof Zabidi untuk menjalankan elektif di UK.Beliau mencadangkan kepada saya dan empat org mentee beliau.Memang cadangan yang menarik memandangkan beliau sudi membantu.Hanya yang kami perlu fikirkan adalah kos.Walaubagaimanapun,cadangan hanya tinggal cadangan kerana akhirnya semua membawa haluan masing-masing.Tidak mengapalah,mungkin tiada rezeki.

Jadi,saya perlu memikirkan aktiviti saya sendiri.Saya turut menerima pelawaan untuk menyertai misi kemanusiaan ke luar negara,tetapi setelah menimbangkan beberapa perkara,saya menolak pelawaan tersebut.Kalau boleh,saya mahu melakukan sesuatu yang simple tetapi bermanfaat.Penasihat Akademik(PA) saya mencadangkan agar saya mengajar di rumah anak-anak yatim.Perkara itu katanya nampak seperti sangat mudah,tetapi berapa kerat sahaja yang mampu melakukannya.Sebenarnya,sudah lama terdetik dalam hati untuk menabur sedikit bakti buat golongan ini tetapi tiada kesempatan.Mungkin inilah masa yang terbaik.Masih saya ingat pesanan seorang pensyarah,katanya kita sebagai pelajar atau pengamal perubatan bukan hanya merawat fizikal manusia,tetapi kita perlu merawat jiwa mereka andai berkemampuan.Tidak semua insan punya peluang dan ruang untuk membantu anak bangsa.Nah,apabila sudah terbuka jalan teruskan sahaja.

Justeru,apabila diteliti pelbagai aspek,saya menyambut baik cadangan PA saya.Tambahan lagi,ada sebuah rumah anak yatim yang baru beroperasi tidak jauh dari rumah saya.Rumah Penyayang Tun Abdul Razak adalah dibawah naungan Yayasan Rahah,menempatkan anak-anak yatim berusia 9 hingga 18 tahun.Saya sudah pun bertemu Pengetua untuk membincangkan projek elektif ini.Beliau amat mengalu-alukan sebarang bantuan buat warga rumah penyayang tersebut.Mujur Allah mudahkan segala urusan.Apa yang tinggal sekarang ialah persediaan saya untuk mengajar mereka.Therefore,this project will be my focus during the long holiday...

Selain itu,saya ambil peluang cuti panjang ini untuk meringankan bebanan ibu di rumah,mahirkan diri memandu kereta,jadi babysitter dan banyak lagi aktiviti lain.Yang pasti,minggu hadapan saya akan ke Kuala Lumpur untuk ke pesta buku selain menziarahi abang di sana.Tak sabar rasanya menambah koleksi bahan bacaan (sediakan duit je laa)...Hmm,rasanya sampai disini sahaja saya membebel.Moga dipertemukan di lain waktu.(*_*)

3 comments:

nur_aishah said...

SAlam...
Semoga cuti anda terisi dengan segala perancangan bermanfaat yang telah dibuat..

rafaa' said...

nur_aishah,insyaAllah.

haikal ambri said...

salam..saya nak sangat tolong tapi cuti lambat lagi..nanti ek.Bila nak dtg Bandung?