BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 30, 2009

.: Intifadhah :.

Wahai belia sekalian! Perkuatkan dan perhebatkan dirimu dengan ilmu. Dengan ilmu, kita boleh menguasai dunia. Umat Islam pernah menguasai dunia suatu ketika dahulu. Yakinlah diri bahawa kita boleh berjaya asal ada kemahuan di hati. Tanamkan budaya cintakan ilmu.


"Untuk menanamkan budaya membaca di dalam diri, pertama sekali kita harus mencintai ilmu", kata seorang ustaz dalam ceramah beliau.


Pada mulanya saya ingin menyangkal kata-kata ini. Bagi saya, kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara sudah cukup untuk mendorong kita membaca.


"If you have been questioned about something and you cannot answer the question, that is the starting when you should read." - this is what I hold on after learning EBM (Evidence ased Learning)


Then, I realized that "kemahuan takkan wujud tanpa kecintaan". We have to love ILMU before KEMAHUAN comes.



~ STUDY! I LOVE YOU!
buku sangat sedikit masa 1st year ~


Saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, ciptalah satu KEBANGKITAN. Tingkatkan kualiti diri dengan ilmu.

"Read whenever you have time. Instead of watching films, chatting or 'mengumpat', you better read."
"Buku adalah sahabat sejati."




Tersentuh hati ini bila meng'amin'kan doa yang dibaca oleh Us. Zawawi dalam Halaqah@tv9.

"Ya Allah ya Tuhan kami, bersihkanlah hati-hati kami daripada sifat-sifat orang munafik. Bersihkanlah amalan-amalan kami daripada ingin menunjuk-nunjuk dan bersihkanlah kata-kata kami daripada kata-kata dusta dan kotor.

Ya Allah ya Tuhan kami satukanlah hati-hati orang Islam di timur dan di barat, di utara dan di selatan sebagaimana Kau telah menyatukan hati orang Ansar dan Muhajirin.


Ya Allah ya Tuhan kami, bantulah muslimin, mujahidin di Palestin dan di mana sahaja.
Berilah kekuatan kepada mereka. Hidupkanlah semangat jihad mereka. Kau satukanlah hati pemimpin-pemimpin dunia Islam supaya mereka membantu bukan sahaja dengan memberi ubat tetapi juga membantu dengan menghantar tentera bilamana orang Islam diserang.

Wahai Tuhan kami, tanamkanlah di hati kami supaya Allah menjadi matlamat hidup kami, jihad sebagai jalan hidup kami, Rasul adalah ikutan kami, Al-Quran sebagai peraturan dan undang-undang kami, dan berikanlah kepada kami nikmat mati syahid sebagaimana yang telah diperoleh oleh mereka yang syahid pada agamaMu.

Ya Rabbal 'Alamin,
tanamkanlah dalam hati kami, bukan hanya mencintai Masjid Al-Haram tapi juga mencintai Masjid al-Aqsa yang penuh keberkatan yang disebut olehMu dalam Al-Quran.

Wahai Tuhan kami, pada hari ini, kami memohon kekuatan kepadaMu untuk menyelamatkan diri kami, keluarga kami, anak-anak kami daripada api nerakaMu, ya Rabbal 'Alamin.
Berkatilah hidup kami dunia dan akhirat, harta kami dan keluarga kami."



Satu lagi KEBANGKITAN yang boleh kita lakukan ialah,
"baju nak yang branded, kasut branded, beg pun branded. Solat amacam? ada brand tak? Tingkatkanlah kualiti solat kita."


~ brand yang saya wajibkan diri sendiri jangan guna ~


~berpesan untuk diri sendiri~

0 comments: