BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 18, 2009

.: cop2...berhenti jap :.

~selipar jepun~

Teringat sewaktu kecil, saya bersama-sama kakak dan jiran-jiran sangat suka bermain bola selipar. Caranya sangat mudah, seorang akan membaling bola kepada para pemain dan pemain-pemain lain kena menyatukan selipar-selipar menjadi satu binaan. Sesiapa yang terkena bola tersebut terpaksa keluar dari permainan. Jadi, dalam permainan ini ada yang mengejar dan yang dikejar. Saat saya menjadi yang dikejar, adrenalin naik mendadak. Dikejar adalah 'fear factor' bagi saya. Apabila pembaling bola sangat hampir dengan saya, saya akan menggunakan senjata yang paling berkesan iaitu "cop-cop, berhenti la sekejap." Bila pembaling bola leka, saya akan cepat-cepat lari dan menyatukan selipar-selipar tadi. hahha...itulah taktik namanya.


Rupa-rupanya taktik saya ini telah dicuri/diciplak oleh Israel. Bila Israel merasakan yang pihaknya sudah lemah dan tidak dapat bertahan lagi, pihaknya mengisytiharkan yang mereka tidak akan menyerang (unilateral ceasefire). Konon-kononnya nak berdamai la. Dakwanya, mereka telah berjaya menggempur Hamas habis-habisan baik dalam sistem militer mahupun infra struktur. Dakwanya lagi, mereka telah menghancurkan laboratorium pembuatan roket Hamas, meledakkan terowong dan gudang senjata Palestin yang menjadi tempat penembakan roket-roket. Realitinya, Israel tidak berjaya melumpuhkan kekuatan pertahanan Hamas. Hamas pula berjaya menakutkan Israel. Banyak serangan Israel yang telah dipatahkan oleh Hamas. Atas dasar itulah Ehud Olmert telah mengisytiharkan gencatan senjata sepihak.



~senjata baru zionis laknatullah-mampu mencairkan tubuh manusia, sangat kejam~


Pengisytiharan oleh PM Israel Zionis ini telah menunjukkan kelemahan dan kekalahan pihak Israel Zionis. Di saat Olmert menyatakan bahawa mereka berjaya menghancurkan lab pembuatan roket dan meledakkan gudang senjata Hamas, Brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan Hamas menggempur pangkalan udara Hatsarem Israel dengan roket Grad. Sangat nyata bahawa Israel silap. Hamas masih belum kalah. Hamas tetap berdiri teguh.







Satu lagi signifikan yang boleh dilihat ialah pengisytiharan ini jelas-jelas menunjukkan bahawa Israel Zionis mengaku yang perang ini adalah perang satu pihak iaitu Israel Zionis ke atas rakyat palestin. Tidak ada kaitan dengan Hamas. Ye la, kalau Israel nak kata 2 pihak yang terlibat sepatutnya diorang setuju dengan gencatan senjata dua pihak bukan sepihak je. Walaupun, Israel nampak 'baik' sebab isytiharkan gencatan senjata ini, tapi jangan terpedaya. Ini adalah satu usaha untuk mengaburi mata manusia. Mereka tetap tidak menarik balik semua tentera mereka (IOF). Bahkan, IOF masih lagi bertebaran di tanah Palestin. Konon-kononnya sebagai persiapan kalau rakyat Palestin bertindak ke atas mereka. Macam tu ke yang dikatakan gencatan senjata?hish...


Israel Zionis ni sudah terkenal dengan cakap tak serupa bikin dan kata-kata mereka tidak boleh dipercayai. Siapa yang percaya juga, "BOLEH BLA" bak kata seorang teman.


p/s Artikel ini ditulis selepas membaca di www.infopalestina.com dan ditulis berdasarkan pehamahaman saya. Kita boleh berbeza pendapat kerana memang diciptakan untuk itu. Itulah yang dinamakan 'Human Variability'.



3 comments:

aishah said...

Salam...
comel sliper ijah..hehe
teringat main benda yg sama time kanak2 ribena dulu..BEST!!
kesian kanak2 Paletin yg xble main dgn gembira mcm kita yg bertuah ni.

Memang Yahudi-Zionis ni x boleh bg muka...
dah termaktub dlm al-Quran & sejarah pasal realiti perangai kaum Yahudi ni mcmana..sy sgt stuju dgn pendapt saifulislam dlm artikel beliau yg dimuatkn juga dlm I luv islam mengenai Muslim Ilusi vs yahudi realiti
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1334

sedih btol...bila perhatikn keadaan majoriti muslim zaman skrg

teruskn menulis...senjata anda dihujung jari pd keyboard menyedarkn para pembaca (",)

hana said...

Salam,buat penulis.Dari gaya macam Ijah yang tulis.

Secara jujur,itulah juga pandangan saya dalam hal ni.Mereka gagal,namun megisytiharkan genjatan senjata untuk menarik perhatian dunia agar melihat mereka pihak yang 'benar' itu dan HAMAS adalah parti pengganas.Namun,perang ini milik mereka yang menegakkan kebenaran,dan kebenaran itu milik HAMAS.HAMAS mungkin dilihat pengganas kerana tidak mahu mengikut perjanjian genjatan senjata,namun salahkah jika sebuah negara mempunyai kelengkapan perang spt ngr2 lain di dunia?Negara mana yang tidak mempunyai tentera dan senjata?Tidak ada satupun pun kecuali palestin.Dan kedegilan HAMAS patut dipuji dan disokong sepenuhnya..kerana mereka juga punya hak untuk mempertahankan diri,dan mereka juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin tidak spt Fatah yang menjual darah rakyat Palestin.

Hanya melalui perang konflik ini dapat ditamatkan.Saya pencinta keamanan,tidak suka perang,namun bila menyentuh hal Islam dan Zionis,saya memilih perang.Mereka telah melanggar perjanjian genjatan senjata berkali-kali.mahu diharap apa pada mereka?Mahu menunggu sehingga Tanah Palestin dijajah sepenuhnya baru tersedar?Owh..tidak..sekaranglah masanya.

media tak guna yang pro yahudi juga salah satu sebab maklumat tidak disampaikan dengan betul.Namun,manusia itu tidak bodoh,hanya menerima semata.Banyak lambakan artikel dan video2 di internet,nilailah sendiri.Saya terbaca di Haaretz,satu srt khbr yahudi tajuknya israel menang:atas dasar apa?Ingat nak kata hamas menang rupanya percaya Israel menang.Merepek betul.Namun saya setuju dgn poin yang diberikan,seorang tentera mereka masih dalam tahanan hamas,hamas masih akan melancarkan serangan roket ke perkampungan dan mereka akan terus melakukan penyeludupan senjata.Secara logiknya,kalau begini..mane menangnye mereka?Hanya kerana mereka membunuh civillians?

owh maaf.panjangla plak.

khairaummah said...

setuju dengan ani.
tulis je pjg2..anda dialu-alukan.
^_^