BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 28, 2008

.: Mengintai Mutiara di Lautan Ujian :.

~lavender di cihideung~


Satu lagi program ceramah anjuran IMAN telah diadakan pada Rabu yang lepas. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menghadiri ceramah tersebut. Ceramah ini diadakan sempena musim peperiksaan yang akan menjelma tidak lama lagi bagi mahasiswa FK regular dan KPBI Universitas Padjadjaran. Ustaz Darlis dijemput untuk memberi nasihat atau motivasi untuk membakar semangat pelajar-pelajar.


Kata Us. Darlis,
Apa yang penting adalah cara kita memandang ujian atau cara kita menghadapi ujian tersebut. Hidup adalah ujian.
'inna ma'al 'usri yusra', setiap kesusahan ada kesenangan. Yakinlah firman Allah ini. Tapi, kenapa masih ada kata-kata "sudah jatuh, ditimpa tangga"? Kenapa setelah kesusahan, kesusahan lagi yang kita terima?
'tiada pertolongan kecuali dari Allah'. Maka rayulah kepada Allah dengan ibadah kita supaya Allah berkehendak untuk memberi apa yang kita minta.
Ada 4 kunci sukses:
1. belajar. Mengulang-ulang adalah satu kaedah belajar. Jangan pernah rasa bosan mengulang-ulang. Tinggalkan keegoan dan kesombongan. Jangan rasa diri hebat dan jangan memandang rendah orang lain.
2. just follow
3. do it
4. loncatlah/keluarlah dari 'comfort zone'. Ia adalah satu kuburan. Jangan main-main. Jadilah pemain.


Teringat perumpamaan yang diberi oleh Sang Murabbi (satu filem islamik dari Indonesia), "ada seekor monyet yang memanjat satu pokok. Sampai di puncak pokok tersebut, tiba-tiba ada angin taufan melanda. Monyet itu memeluk erat pokok tersebut dan terselamat dari terjatuh. Kemudian, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa mengulit-ulit monyet itu. Monyet itu terleka dek kenyamanan angin itu. Semakin lama pelukan monyet kepada pokok semakin longgar. Monyet melepaskan pelukannya tanpa sedar dan jatuh ke tanah.


Maksudnya, semakin besar/susah sesuatu ujian, kita akan menjadi semakin kuat dan tabah. Kenyamanan yang kita rasa hanya akan membuatkan kita terleka. Jadi, berusahalah!

1 comments:

Anonymous said...

i realy like the title..

Daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w tlh bersabda:
"Contoh seorg mukmin adlh spt sebtg pokok yg muda lg lembut,condong apabila ditiup angin.Apabila ia ditegakkan,ia kembali condong semula.Dan contoh org jahat adlh spt pohon jati yg tegak lg keras,hanya Allah shj yg akan membinasakannya apabila Ia kehendaki." (riwayat Bukhari)