BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 25, 2008

Carilah hatimu..


Pesan Imam al-Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat...Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak kau temui juga,carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya ketika itu kau tidak punyai hati"

~Tiada jalan lain wahai diri,kecuali bangun dan terus bermujahadah.Hati itu boleh berkarat,mudah jua dikotori,maka pencucinya adalah al-Quran dan mati.Semak-semak kehidupan seharianmu.Bagaimana kamu mulakan harimu?Adakah hatimu dilimpahi rasa syukur kerana telah dibangkitkan daripada kematian yang sebentar?Berapa banyak kalimah pujian kepada-Nya dilafazkan atas nikmat yang tidak henti-henti?Tanya juga pada diri,adakah surat2 cinta-Nya dihayati dan diamalkan?
~Janganlah hendaknya kita tertipu dengan fatamorgana kemewahan dunia.Sementara masih punya waktu,burulah redha Allah supaya penghujung hayat nanti diakhiri dengan husnul khatimah.Ingatlah,sebaik-baik bekalan adalah takwa.

2 comments:

Anonymous said...

cari hati ms solat, baca Quran, mengingati mati...manakah hati ku?
Ya Allah! kurniakanlah hati yg baru kepadaku, yg masih suci, tidak kotor dgn benci, hasad dengki, riya', takbur.

Anonymous said...

sungguh indah post ini...thanks ya