BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 13, 2008

Masuk kampung (part 1)...

Baru seminggu memulakan semester baru,kami(pelajar thn 3) di USM dah cukup pening dgn CFCS(Community & Family Case Study).Mana tidaknya,sampai shj di USM,semua terkejar-kejar menyediakan result Residency 1.Bukan itu shj,kami juga perlu menyediakan proposal bg Residency 2..Secara jujurnya,memang sy slh seorg drpd pelajar yg tdk berapa berminat nak buat semua kerja ini.Tetapi,apabila mengenangkan bahawa ini tanggungjawab bersama,maka dikuatkan jua semangat dan cuba juga ditanamkan walau sedikit minat dlm diri ni.Apabila difikir-fikir,bagus juga aktiviti ini diadakan,USM akan melahirkan doktor2 yg mampu menjlnkan kajian.Rupanya bukan senang nak buat semua benda ni,byk kemahiran dan ilmu yang diperlukan.Bukan itu shj,kami juga memperoleh pelbagai pengalaman baru disamping meninjau kehidupan masyarakat kampung.















Jadi,sy ingin berkongsi pengalaman sy sepanjang CFCS ini.Bermula dengan Residency 1 yg dijlnkan pada 18-22 Mac 2008..Pelajar tahun 3 dibahagikan kpd 15 mukim di daerah Bachok.Kumpulan sy diamanahkan utk menjalankan kajian di Mukim Senok Barat.Alangkah terkejutnya kami apabila diberitahu oleh penghulu terdapat lebih kurang 1000 buah rumah di mukim ini.Kalau ikut secara teori apa yg telah kami pelajar,kami perlu melibatkan semua rumah,tetap apabila dibincang dengan penyelia kami,Dr Nazri,kami akan melibatkan kampung2 terdekat shj.Itu pun dah ada 300++ rumah.Bayangkan dgn segala kekurangan,terutama sekali dari segi pengangkutan, memang betul2 menguji kesabaran kami.Penduduk Mukim Senok Barat kebanyakannya bekerja sebagai petani(penanam tembakau) dan juga nelayan sbb dekat dgn Pantai Senok.Jadi,dah namanya dekat dgn pantai,maka faham-fahamlah kehangatan cahaya matahari yg amat luar biasa.Kami semua boleh la dikatakan bertukar warna kulit..huhu..Lupa nak nyatakan,Residency 1 diketuai oleh saudara Adam al-Anas.

Kalau diikutkan,kami perlu menetap dirumah keluarga angkat masing2.Walau bagaimanapun,disebabkan bbrp masalah,kami terpaksa berulang-alik dr USM ke Bachok sepanjang 5 hari tersebut.Tidak dpt diungkapkan kepenatan yg kami alami,akan tetapi semua itu terubat dgn keramahan penduduk kampong.Mungkin mereka miskin ilmu,harta dan sebagainya,tetapi mereka sgt kaya dgn budi bahasa.Indah sungguh memori kami di sana.Ada suatu ketika,kaki kami sudah tdk larat nak melangkah,ditambah pula dgn tekak yg makin kering,tiba2 kami dipanggil oleh seorang pak cik.Bertuahnya kami,beliau menjemput kami minum air kelapa segar dan juga mkn buah tembikai.Semuanya fresh…Boleh dikatakan,hati kami terubat tatkala menerima sambutan yg amat baik drpd penduduk kampung.Walau di mana shj,pasti ada yg menegur.Bahkan ada yg menjemput kami utk ke kenduri.Terharu sungguh dibuatnya…










Berbalik kepada kajian yg dijalankan,terdapat pelbagai mslh kesihatan di mukim kami sebenarnya seperti obesity (perempuan dewasa),kurang zat mknn (kanak2),diabetis dan juga darah tinggi.Masalah lain termasuklah alergik seperti sinusitis dan masalah kulit.Setelah mengambil kira pelbagai aspek,kami mengambil keputusan utk fokus kepada mslh kulit yg mana sgt berkait rapat dgn pengunaan racun dan juga penjagaan kebersihan.Jadi,kajian kami akan bertumpu kpd penduduk kampung yg bekerja sbg penanam tembakau.Soalan soal selidik pun telah disediakan utk mereka.Kami perlu bekerjasama dgn Lembaga Tembakau Kelantan bg memudahkan urusan kami.Utk Residency 2 yg diketuai oleh Alia Fahizha,kami berharap urusan kami akan dipermudahkan oleh Allah.Pd Jumaat lepas,kami telah pun meninjau rumah-rumah yg akan kami pergi.Dan esok(Isnin),kami akan pergi lagi ke sana dan menetap di rumah keluarga angkat masing2 selama 5hari.

Itu shj catatan drpd Residency 1.Nantikan pula sambungannya sekembalinya saya dr Bachok nanti.Moga pelbagai kenangan manis lagi akan kami tempuhi kelak..;-)











Bersama Penghulu,isteri & anak2







by:bintu mohamed

0 comments: